Apa Itu Perayaan Onam
Onam (Bahasa Malayalam: ഓണം) merupakan perayaan terbesar negeri Kerala di India.
Ia adalah perayaan menuai bg masyarakat India di Kerala
Ia jatuh semasa bulan pertama takwim Malayalam ia itu Chingam (Ogos–September) dan menandakan kembalinya Raja Mahabali yang terkenal. Perayaan berlangsung selama sepuluh hari dan berkait dengan banyak unsur budaya dan tradisi Kerala.
Hamparan bunga halus, hidangan makan mewah, perlumbaan perahu ular, Puli Kali, dan tarian Kaikottikkali semuanya memainkan peranan dalam perayaan ini
Kebiasaannya, kita hanya mengenali Deepavali, Thaipusam dan Ponggal apabila bercakap mengenai perayaan kaum India
Onam secara tradisi disambut oleh penduduk di negeri Kerala, bahagian selatan India. Malah, di Kerala, sejak tahun 1961, Onam merupakan perayaan rasmi peringkat negeri dan diraikan secara besar-besaran
Apa yang menarik, Onam diraikan oleh penduduk keturunan Malayali tanpa mengira agama. Maka, Onam adalah perayaan kebudayaan masyarakat Malayali; bukan perayaan penganut agama Hindu semata-mata
Mitos yang sering dikaitkan dengan sambutan Onam adalah mengenai Bali Chakravarthi atau Mahabali keturunan Asura yang dipercayai memerintah negeri Kerala pada zaman silam
Di Malaysia pula, sambutan Onam hanya selama sehari; itu pun secara kecil-kecilan pada hari bekerja oleh sekitar 37,000 penduduk keturunan Malayali
Data yang dikeluarkan Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa daripada 1,580,210 penduduk kaum India di Malaysia, 86.9 peratus adalah keturunan Tamil, 2.4 peratus Telegu, 2.3 peratus Malayali dan 2.1 peratus Punjabi
Maka, tidak hairanlah bahawa maklumat mengenai Onam kurang diketahui oleh orang Malaysia
Bagaimanapun, adalah mustahil untuk mengharapkan sambutan Onam secara besar-besaran di Malaysia; sebuah negara yang meraikan perpaduan dalam kepelbagaian
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa perayaan Onam ini bulanlah perayaan keagamaan, tetapi ia adalah perayaan kebudayaan orang-orang Keralis.
Justeru, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut perayaan onam kepada rakan-rakan yang menyambutnya
Zack Zaihan Zainal merupakan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat merangkap Setiausaha Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor dan masih non-partisan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zackzaihan.com.my/2021/08/apa-itu-perayaan-onam.html