Yang Tak Sembahyang Lebih Baik Dari Yang Sembahyang



(Malaysiakini) – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agak pelik dengan sikap sesetengah penjawat awam beragama Islam yang berfikiran bahawa menerima rasuah baik-baik saja kerana ia kurang berdosa berbanding minum alkohol.
Berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 1,000 pegawai kanan kerajaan di Putrajaya, katanya, kakitangan awam hari ini kelihatan lebih warak daripada mereka yang berkhidmat pada zaman British.
“Saya teringat tentang pegawai-pegawai di zaman British. Mereka tidak banyak terlibat dengan rasuah. Tapi lagak mereka seperti pegawai British. Mereka minum arak dan sebagainya.
“Tapi sekarang ini kita tak minum lagi. Sekarang ini lebih warak dari dulu. Ramai dari kita ada tanda di dahi, sebab mereka sembahyang. Jelas lagi karakter pegawai-pegawai sekarang ini ini sudah bertukar.
“Pegangan mereka pada ajaran agama lebih kuat dari dulu. Tapi kita dapati walaupun kuat pegangan agama, sembahyang, puasa, umrah tiga hingga empat kali, tapi bila duit datang, (mereka) terima juga.
“Ini yang pelik. Kalau arak tu haram, rasuah itu dua, tiga kali kali lebih teruk. Sebab itu kita hapuskan amalan rasuah ini,” katanya.
Mahathir kata, ramai di kalangan pegawai berkenaan sekarang tidak berpuas hati kerana kerajaan Pakatan Harapan sangat aktif menentang rasuah sehingga mereka ini tidak dapat menjana “pendapatan lebihan” lagi.
“Hari ini, kerana kerajaan (PH) ini menolak rasuah, maka mereka tidak dapat lagi dari punca-punca (rasuah) itu. Tak dapat lagi upah-upah tertentu (hingga) berasa kecewa dengan kerajaan baru…
“Kita tahu dahulu orang-orang tertentu yang dapat perlindungan dari jentera kerajaan. Kerana mereka guna rasuah dengan pegawai-pegawai kerajaan.
“Bila kita usahakan perkara ini dihentikan, maka banyak pegawai-pegawai tertentu tidak dapat lagi punca pendapatan lebiha. Mereka kecewa. Seolah-olah kerajaan kleptrokasi lebih baik dari kerajaan demokrasi,” katanya.
Mengambil contoh beberapa negara termasuk Mexico, Pakistan dan Indonesia yang menukar parti memerintah akibat salah guna kuasa, Dr Mahathir berkata usaha membersihkan negara daripada gejala itu perlu diteruskan kerana ia akan menghancurkan negara.
“Segala tugas tak dapat dijalankan dengan baik, kos akan meningkat kerana setiap kos kita belanja perlu tambah kos rasuah, dan sesetengah pihak tidak mendapat perkhidmatan sama sekali kerana rasuah,” katanya.
Dr Mahathir berkata, kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun tidak mungkin kalah jika mereka berpegang kepada tugas dan tidak menyalah guna kuasa yang diberikan rakyat.
Pertukaran kerajaan adalah penting kerana rakyat tahu negara dipimpin dengan cara yang tidak baik sehingga dikenali sebagai negara kleptokrasi atau kerajaan penyangak.
“Apakah kita nak kerajaan penyangak atau diganti kerajaan baharu? Apakah kerajaan baharu akan jadi penyangak, mungkin kalau tidak berjaga-jaga,” katanya.
Bagaimanapun, katanya setakat ini, beliau belum nampak kecenderungan untuk salah guna kuasa dalam kalangan pentadbir.
Sepanjang hampir setahun PH memerintah, Dr Mahathir berkata beliau mendapati secara umumnya kerajaan tidak menghadapi banyak masalah dalam pentadbiran walaupun terpaksa menggugurkan mereka yang jelas menyeleweng dan melakukan kesalahan.
“Yang lain saya fikir (mereka) sedar pertukaran kerajaan dan kerajaan sekarang berhak menentukan dasar negara,” katanya.
Dr Mahathir berkata, jika rasuah dilihat sebagai haram sama seperti arak, maka pegawai kerajaan pasti tidak akan melakukan perbuatan jijik itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/04/30/yang-tak-sembahyang-lebih-baik-dari-yang-sembahyang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaminan Syurga Buat Orang Yang Menjauhi Perbalahan Berdiam Diri Adakalanya Lebih Baik

Jaminan Syurga Buat Orang Yang Menjauhi Perbalahan Berdiam Diri Adakalanya Lebih Baik

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 334 hits
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yang berbunyi Terjemahan Hadis Aku menjamin dengan sebuah istana di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran meskipun dia di pihak yang benar sebuah istana di tengah syurga b...
Wang Deposit Dalam Th Akan Diurus Dengan Lebih Baik Tun M

Wang Deposit Dalam Th Akan Diurus Dengan Lebih Baik Tun M

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 347 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan Pakatan Harapan Beliau berkata TH diuruskan den...
Susu Tepung Atau Susu Segar Yang Lebih Baik Ramai Yang Keliru Dengan Kandungan Nutrisinya

Susu Tepung Atau Susu Segar Yang Lebih Baik Ramai Yang Keliru Dengan Kandungan Nutrisinya

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 337 hits
Susu mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar ataupun susu tepung Disebabkan itu ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya Ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara...
Tetap Syukur Gaji Kecil Tapi Berkah Lebih Baik Daripada Gaji Besar Hasil Curang

Tetap Syukur Gaji Kecil Tapi Berkah Lebih Baik Daripada Gaji Besar Hasil Curang

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 356 hits
Senyumperawat com Akhir akhir ini jagad dunia maya disibukkan dengan bertebarannya video yang diindikasi sebagai kecurangan Di balik itu semua pasti tidak ada yang gratis Melihat ini semua kita mestinya bersyukur karena walaupun gaji kecil ...
30 Cara Untuk Perbaiki Diri Agar Jadi Lebih Baik Dari Sebelumnya Dalam Kehidupan

30 Cara Untuk Perbaiki Diri Agar Jadi Lebih Baik Dari Sebelumnya Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 333 hits
Ianya bukan sahaja akan memperbaiki hidup kau tetapi orang lain di sekeliling kau juga Kita saling memberi dan peroleh manfaat dari satu sama lain Tak usah bersaing cuma pastikan yang kita lebih baik dari diri kita semalam Jadi Jom kita sel...
Umno Pas Bakal Bentuk Kerajaan Lebih Baik Daripada Ph Bn

Umno Pas Bakal Bentuk Kerajaan Lebih Baik Daripada Ph Bn

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 333 hits
ALOR SETAR 4 Mei 8211 Kerjasama UMNO dan Pas akan membentuk sebuah kerajaan masa depan yang bukan sahaja jauh lebih baik daripada Pakatan Harapan tetapi juga semasa pemerintahan 60 tahun Barisan Nasional Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf W
Vanessa Angel Capek Dibohongi Dan Didzolimi Lebih Baik Bunuh Saja

Vanessa Angel Capek Dibohongi Dan Didzolimi Lebih Baik Bunuh Saja

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 260 hits
Lontaran kata yang menyiratkan keputusasaan ini disampaikannya usai menjalani sidang di Pengadilan Negeri Surabaya dengan agenda mendengarkan keterangan jaksa atas jawaban eksepsinya
Daripada Bawa K Pop Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara Seniman

Daripada Bawa K Pop Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara Seniman

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 343 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman KUALA LUMPUR Hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa kumpulan K Pop popular ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak membawa apa apa kebai...
Kerjasama Pas Umno Lebih Baik Dari Bersatu

Kerjasama Pas Umno Lebih Baik Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 327 hits
Hashim Jasin ALOR SETAR Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin mendedahkan pada peringkat awal mereka bimbang jika kerjasama antara UMNO dan Pas tidak diterima akar umbi sekali gus dikhuatiri mengundang perpecahan Bagaimanapun katanya kerjasam...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023