Adakah Pelan Selamatkan Th Akan Beri Hibah Lebih Tinggi Tahun Depan


Timmy Say 


Hibah Lembaga Tabung Haji sebanyak 1.25% yang terendah dalam sejarah mencetuskan perang besar maklumat dan hujah yang melemaskan di media sosial.

Hibah TH sepatutnya diumumkan sebelum Mac berakhir, seperti yang dijanjikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa. Malangnya, ia tidak dapat dilaksanakan dan hanya diumumkan pada 5 April 2019.

Kegagalan untuk memaklumkan kelewatan ini lebih awal kepada pendeposit TH menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan kehilangan kuasa naratif untuk menerangkan apa yang sedang berlaku kepada TH.

Kekosongan ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh bekas perdana menteri, Najib Razak untuk mengisi naratifnya sendiri berserta fakta dan angka yang mudah difahami rakyat berbanding penjelasan diberikan TH mahupun menteri.

Ini menyebabkan berlakunya perang “fakta” antara pihak pro-kerajaan dan Najib di media sosial. Masing-masing mengeluarkan hujah untuk mempertahankan diri daripada dituduh punca prestasi hambar TH pada 2018.

Hujah Najib yang paling kuat setakat ini ialah pelaburan TH bermasalah setelah pilihan raya umum ke-14 kerana prestasi saham Malaysia jatuh teruk pada 2018, selepas PH mengambil alih kerajaan dan bermain dengan isu hutang RM1 trilion. Ini menyebabkan saham yang dipegang TH mengalami kerugian banyak.

Kerajaan PH pula memberikan hujah panjang lebar yang akhirnya menyalahkan penyelewengan TH di zaman Najib dan Barisan Nasional sebagai punca TH terpaksa mengumumkan hibah 1.25%.

Perlu diingat, perang “hujah” antara Najib dan kerajaan PH bersifat politik semata-mata.

Dalam perang ini, Najib dilihat mendahului kerana popularitinya di media sosial dan juga hujah balas yang mudah difahami dan diikuti.

Meskipun ada penjelasan balas daripada pihak TH dan kerajaan PH, namun ia disambut pelbagai kesangsian kerana defisit kepercayaan rakyat terhadap kerajaan PH terlalu tinggi.

Dari sudut praktikal, sebenarnya tiada nilai tambah bagi pendeposit TH bergelut mencari siapa yang harus dipertanggungjawabkan atas hibah 1.25% yang diibaratkan nasi sudah menjadi bubur.

Perkara itu tidak lagi penting, melainkan untuk tujuan politik semata-mata.

Soalan lebih penting bagi pendeposit TH ialah apakah jaminan langkah kerajaan PH yang diwar-warkan sebagai strategi menyelamatkan TH akan memberi pulangan hibah sama menarik seperti diberikan BN pada tahun-tahun akan datang?

Apakah unjuran hibah TH untuk tahun-tahun seterusnya berdasarkan data unjuran pasaran dunia yang ada hari ini?

Unjuran hibah mestilah menunjukkan peningkatan baik kerana ia dapat menunjukkan keyakinan kerajaan PH terhadap strategi menyelamatkan TH yang diambil mereka dan ini juga membantu mengembalikan keyakinan pendeposit TH

Seterusnya, TH boleh mengumumkan langkah yang akan diambil agar unjuran hibah TH pada tahun-tahun akan datang akan dapat dicapai.

TH juga boleh mengambil kesempatan untuk menerangkan risiko yang ada dari semasa ke semasa yang boleh menjejaskan unjuran hibah tersebut agar pendeposit TH memahami situasi sebenar. Ini boleh mengelakkan keadaan panik dalam kalangan pendeposit TH.

Persoalan dan langkah di atas sangat penting kerana andainya jika TH terus mengumumkan kadar hibah mengecewakan pada tahun-tahun akan datang, risiko berlaku insiden “bank-run” amat tinggi.
Sekiranya ia berlaku, ia boleh melumpuhkan TH.

Ketika itu, menyalahkan Najib dan kerajaan BN yang lepas hanya akan menyebabkan kerajaan PH ditolak secara lebih meluas berbanding sekarang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/adakah-pelan-selamatkan-th-akan-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikah Di Usia 30 Tahun Lebih Nggak Membuat 4 Seleb Ini Minder Bangga Lho Malah

Menikah Di Usia 30 Tahun Lebih Nggak Membuat 4 Seleb Ini Minder Bangga Lho Malah

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 315 hits
Menikah bukan ajang beradu gengsi tapi soal kemantapan hati Ngapain juga buru buru nikah kalau bonusnya cuma kata wah JanganGegabahNikah
Genetik Ibu Usia Lebih 35 Tahun Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras Petua Hanya Mitos

Genetik Ibu Usia Lebih 35 Tahun Susukan Anak Pencetus Kandungan Kembar Tak Seiras Petua Hanya Mitos

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 460 hits
Mungkin ramai yang teruja mendapatkan anak kembar dan melakukan pelbagai petua dengan harapan berjaya hamil kembar Penerangan dari doktor ini memberikan penjelasan sebenar Perkongsian daripada ini diharapkan dapat merungkai persoalan dan ke...
Adakah Anda Mengalami Penyakit Lebih Dari Satu

Adakah Anda Mengalami Penyakit Lebih Dari Satu

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 336 hits
Assalamualaikum Dan Salam SejahteraBedak Asmak Adakah Anda Sedang Mengalami penyakit lebih dari Satu Mempunyai masalah penyakit seperti di bawah penyakit ekzema penyakit psoriasis gatal gatal kurapkudis kudis butaruam kulit menggelupas jang...
Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi Ikut Tips Yang Dikongsi Lelaki Ini

Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi Ikut Tips Yang Dikongsi Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 955 hits
Nak Kahwin Tahun Depan Tapi Tak Cukup Duit Lagi l Sempena cuti sekolah sekarang ini ramai yang mengambil kesempatan untuk berkahwin Tahniah kepada yang dah berjaya bina rumah tangga Yang masih lagi single teruskan misi korang untuk mencari ...
Jokowi 20 Tahun Ke Depan Tak Ada Invasi Negara Lain Ke Indonesia

Jokowi 20 Tahun Ke Depan Tak Ada Invasi Negara Lain Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 279 hits
Jokowi 20 Tahun ke depan Tak ada Invasi Negara Lain ke Indonesia Jokowi kembali menegaskan masih sangat percaya terhadap TNI dalam mempertahankan kedaulatan NKRI Namun Jokowi mengakui anggaran pertahanan masih belum maksimal Menurut Jokowi ...
Rupa Rupanya Lebih 100 Bayi Dibuang Setiap Tahun Di Malaysia

Rupa Rupanya Lebih 100 Bayi Dibuang Setiap Tahun Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 432 hits
Bernama Menurut laporan media purata 18 000 gadis belasan tahun di Malaysia hamil setiap tahun Gambar hiasan INSIDEN bayi yang baru lahir dibuang semakin menjadi jadi sejak kebelakangan ini dan orang ramai turut melahirkan rasa marah terhad...
Resah Dengan Hibah 1 25 Bagi Tahun 2018 Dari Tabung Haji

Resah Dengan Hibah 1 25 Bagi Tahun 2018 Dari Tabung Haji

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 482 hits
Tabung haji telah mengumumkan nilai hibah peratus bagi tahun 2018 dan melibatkan agihan keuntungan sebanyak RM913 juta Mujahid Yusof Rawa turut mengumumkan kedudukan kewangan Tabung Haji kembali pulih dengan lebihan aset RM1 bilion berbandi...
Sukan Sea Filipina 2019 Peluang Terbaik Pemain Esport Beraksi Di Peringkat Lebih Tinggi

Sukan Sea Filipina 2019 Peluang Terbaik Pemain Esport Beraksi Di Peringkat Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 535 hits
Akhirnya berita yang lama dinantikan oleh semua pemain dan peminat sukan elektronik seluruh Malaysia telah tiba Untuk pengetahuan korang pada tahun ini Sukan SEA Ke 30 Filipina telah memasukkan beberapa permainan sukan elektronik untuk dipe...
Nasdem Optimis Raih Suara Lebih Tinggi Dari Hasil Lembaga Survei

Nasdem Optimis Raih Suara Lebih Tinggi Dari Hasil Lembaga Survei

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 314 hits
NasDem Optimis Raih Suara Lebih Tinggi dari Hasil Lembaga Survei Menurut dia kekuatan NasDem terletak pada ketokohan para caleg yang maju melalui NasDem Bukan terletak pada identitas partai atau tingkat keterkenalan masyarakat terhadap nama...
Pondok Abuya

How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine