Apa Itu Endemik Epidemik Dan Pendemik




Perbezaan antara ketiga-tiganya adalah sempadan jangkitan dalam populasi tersebut sama ada terhad kepada kawasan tertentu, merentas kawasan atau merentas negara.
1. Endemik adalah sebaran penyakit berulang kali atau berterusan berlaku dalam sesuatu populasi. Sebaran penyakit itu berlaku di sesuatu kawasan atau daerah tertentu sahaja dan tidak di tempat lain. Sebagai contoh, penyakit mulut dan tangan di Sarawak dan beberapa tempat lain atau demam malaria di beberapa tempat di Sabah.
2. Epidemik atau sering disebut sebagai wabak adalah apabila ramai dalam kalangan sesuatu populasi yang mendapat penyakit. Insiden penyakit tersebut melampaui bilangan jangkitan endemik. Ia juga berlaku di banyak kawasan dan secara tiba-tiba. Demam denggi adalah contoh penyakit epidemik kerana ia berlaku di beberapa tempat.
3. Manakala pandemik pula adalah epidemik berlaku di seluruh dunia melangkaui sempadan dan negara seperti mana penyakit yang disebabkan oleh virus influenza, SARS-CoV-2 dan HIV.
Konsep hidup bersama virus?
Kehidupan kita sebagai manusia memang tidak lari daripada kehadiran virus dan juga mikro organisma lain. Dalam hal Covid-19, virus SARS-CoV-2 tidak dapat kita bendung di awal penularannya. Ini ditambah dengan status pandemiknya yang mana perpindahan virus dari negara ke negara berlaku, maka sukar untuk menghentikan penyebarannya.
Kehadiran varian baru yang lebih mudah tersebar seperti varian Delta memburukkan lagi keadaan yang kita alami. Satu hal yang perlu kita fahami adalah virus ialah hidupan yang memerlukan perumah untuk berganda.
Jika kita mengelak dijangkiti, virus akan terhenti berganda. Semudah itu. Selain melalui pemvaksinan, mematuhi amalan memakai pelitup muka, mengelak berada di tempat sesak dan kerap membasuh tangan perlu diteruskan untuk tempoh lama bagi mengelak jangkitan.
Hakikatnya sekarang virus SARS-CoV-2 sudah berada di mana-mana di sekeliling kita. Varian pula mempunyai pelbagai kebolehan untuk berjangkit dan berbeza dalam menyebabkan keterukan penyakit. Matlamat virus adalah berganda dan berganda. Jika ia dapat berjangkit, tetapi akhirnya orang yang dijangkiti meninggal dunia, maka itu tidak akan menguntungkan virus.
Maka akan tiba juga ketikanya nanti virus berubah kepada varian yang mudah tersebar, tetapi jangkitannya tidak teruk. Ketika ini kita akan hidup bersama virus. Kes Covid-19 yang teruk atau kematian akan jadi lebih rendah.
Bersediakah Malaysia menuju ke arah endemik dan adakah atau bagaimanakah masyarakat mahu melaluinya?
Insya-Allah, dengan peratus vaksinasi yang tinggi, ada harapan Malaysia boleh menuju ke arah endemik. Kerjasama masyarakat sangat diperlukan untuk menjayakan harapan ini bagi melindungi kelompok yang tidak dapat divaksin.
Kelompok ini terutama kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun serta individu yang ada masalah dalam menghasilkan keimunan berkesan terhadap jangkitan atau disebut imunokompromi. Pada sudut yang lain pula, apabila ramai yang divaksinkan, virus yang ada tidak dapat berganda dan dipindahkan dengan cekap.
Virus akan lebih berjaya berganda dalam kalangan mereka yang tidak divaksinkan. Keengganan mendapatkan vaksin sebenarnya amat berbahaya kerana akan ada beberapa risiko seperti kemunculan varian baharu yang lebih teruk dalam kalangan mereka yang tidak divaksin.
Ini kerana, jika berlaku jangkitan terhadap mereka yang tidak divaksin, pergandaan virus boleh berlaku dan kemungkinan berlaku mutasi virus lebih tinggi seterusnya membentuk varian baharu.
Golongan ini akan merisikokan kanak-kanak serta mereka yang imunokompromi. Dalam kalangan mereka yang divaksinkan, kemungkinan berlaku pembentukan varian baharu amat kecil. Ini kerana pergandaan virus dapat ditindas lebih awal oleh sistem imun yang dijanakan selepas seseorang divaksin.
Kanak-kanak dan mereka yang tidak boleh divaksin ini mengharapkan mereka yang divaksin sebagai pendinding terhadap jangkitan SARS-CoV-2.
Ada kemungkinan endemik Covid-19 bertukar semula kepada pandemik jika ada varian baru yang lebih kuat?
Saya harap itu tidak berlaku walaupun kemungkinan varian baru menjadi lebih kuat itu ada. Jika rakyat semua negara menggunakan kaedah yang dicadangkan WHO dalam mengawal penularan virus, pandemik dapat dielakkan. Namun, kita tidak boleh lagi berasa terlalu selesa untuk kembali kepada keadaan sebelum Covid-19. Semuanya bergantung kepada kerjasama semua dalam mengamalkan sikap yang betul.
Ada yang mengatakan selepas ini, Covid-19 umpama kes, contohnya demam denggi atau malaria kerana jumlahnya tidak besar tetapi sentiasa ada?
Ya, inilah yang dimaksudkan sebagai endemik. Apabila ada kelompok mudah terjangkit dan menjangkitkannya pula kepada orang lain. Akan ada kepelbagaian varian SARS-CoV-2 yang menyebabkan pelbagai keterukan penyakit. Dengan adanya langkah pemvaksinan, bilangan yang sakit teruk atau meninggal dunia akan berkurangan.
Lebih ramai berada dalam keadaan tanpa simptom dan simptom ringan yang berpotensi untuk menjangkitkan orang lain jika pematuhan SOP diambil ringan. Adalah diharapkan pada ketika itu masyarakat akan lebih prihatin dan memahami bagaimana virus tersebar dan bagaimana dapat sama-sama menghalang penyebarannya.
Sumber : Sini
Baca juga : Adakah Skizofrenia Penyakit Mental


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/09/apa-itu-endemik-epidemik-dan-pendemik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Gangguan Seksual

Apa Itu Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 517 hits
Gangguan seksual adalah sebarang bentuk perkataan atau tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan bukan lisan visual psikologi atau fizikal kepada diri mangsa Gangguan sek...
Doktor Apa Itu Ubat Tahan Sakit Arcoxia

Doktor Apa Itu Ubat Tahan Sakit Arcoxia

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 385 hits
DOKTOR APA ITU UBAT TAHAN SAKIT ARCOXIA 1 Nama genetik bagi ubat sintetik ini adalah Etoricoxib Ia dijual dengan nama Arcoxia oleh syarikat farmaseutikal Merck Sharp Dohme Selain itu beberapa syarikat farmaseutikal lain menjualnya menggunak...
Peguam Wang Rm5 9 Juta Beli Dua Banglo Itu Ialah Sumbangan Bukan Hasil Aktiviti Haram

Peguam Wang Rm5 9 Juta Beli Dua Banglo Itu Ialah Sumbangan Bukan Hasil Aktiviti Haram

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa wang bagi pembelian dua lot banglo di Country Heights Kajang Selangor bernilai RM5 9 juta oleh Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan dua ahli perniagaan ...
Hina Hukum Allah Ketahuilah Duit Itu Adalah Bala Dan Allah Sedang Menghina Kamu

Hina Hukum Allah Ketahuilah Duit Itu Adalah Bala Dan Allah Sedang Menghina Kamu

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 251 hits
Lebih hina dan lebih dosa lagi ialah bukan saja tak sembahyang berjemaah bukan saja tak sembahyang bangga pula umum depan orang dia tak sembahnyang Ini hak paling terbaru sekali semalam Allah bagi nikmat harta banyak dia duk ingat dia boleh...
Apa Itu Dry Box Kotak Paling Penting Untuk Jurufoto

Apa Itu Dry Box Kotak Paling Penting Untuk Jurufoto

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 248 hits
Dry Box ataupun kotak kering adalah peralatan yang paling penting bagi mereka yang memiliki kamera Tidak kiralah sama ada jurufoto profesional ataupun hanya sekadar hobi kotak kering adalah peralatan yang wajib anda miliki Kamera adalah per...
Itu Notis Lama Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Polis Sabah

Itu Notis Lama Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Polis Sabah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 263 hits
Notis yang membenarkan orang ramai rentas daerah tular di media sosial hari ini Rentas daerah masih tidak dibenarkan di Sabah KOTA KINABALU Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah menafikan dakwaan kononnya orang ramai di negeri itu dibenark...
Maksudnya Nanti Di Mahsyar Kena Pergi Tanya Orang Itu Ustaz

Maksudnya Nanti Di Mahsyar Kena Pergi Tanya Orang Itu Ustaz

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 267 hits
Ahli neraka ini kita dengar ini bukan untuk kita masuk neraka Kita dengar pada malam ini supaya kita semua orang buat persiapan untuk jauhkan diri daripada dosa jauhkan diri daripada ambil harta orang dan hak orang Jauhkan diri daripada men...
Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri Rm31 6 Juta

Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri Rm31 6 Juta

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 183 hits
Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31 6 juta LONDON Seorang lelaki mengaku cuba untuk membunuh isterinya tiga tahun selepas wanita itu menang loteri berjumlah 5 5 juta lapor akhbar semalam Stephen Gibbs 45 pada mulanya m...
Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki

Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 172 hits
Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki MESKIPUN ramai tahu bahawa senaman yoga mampu memberikan manfaat kesihatan namun tidak banyak kaum lelaki yang mahu melakukannya Ini kerana selama ini yoga dikaitkan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall