Apa Itu Gangguan Seksual


Gangguan seksual adalah sebarang bentuk perkataan atau tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sebagai satu gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal kepada diri mangsa.


Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ugutan seksual, yang atas sebab munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai mengenakan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaannya dan pengacauan seksual yang atas sebab yang munasabah, boleh dianggap oleh penerima (mangsa) sebagai satu pencabulan maruah, atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya.

Jenis-jenis gangguan seksual

Gangguan seksual boleh berlaku sekali sahaja atau berulang kali, boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mereka.

Ia juga boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada ditempat kerja, dalam pengangkutan awam, tempat riadah dan lain-lain lagi.

Gangguan seksual ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis gangguan:

1. Gangguan seksual secara lisan

Kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

2. Gangguan seksual secara isyarat atau bukan lisan

Pandangan atau jelingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan mengurat berterusan.

3. Gangguan seksual dalam bentuk visual

Menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

4. Gangguan seksual berbentuk psikologi

Mengulangi jemputan sosial yang tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau bercumbuan.

5. Gangguan seksual berbentuk fizikal

Sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serta serangan seksual.

Tiada Akta Gangguan Seksual

Perlu diketahui, pada masa kini tiada akta khusus untuk mengatasi masalah gangguan seksual yang berlaku di Malaysia.

Mangsa gangguan seksual perlu mengambil langkah perudangan melalui beberapa jenis saluran peruntukan undang-undang sedia ada yang memiliki kelemahannya yang tersendiri.

Ini seperti Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Industri 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Kanun Keseksaan.

Antara kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada termasuklah dari aspek syarat beban pembuktian yang tinggi.

Ini menyebabkan mangsa menghadapi kesukaran membuktikan dakwaan kes gangguan seksual yang berlaku terhadap dirinya.

Prosedur sedia ada dalam peruntukan undang-undang sedia ada ini juga tidak sesuai untuk mengendalikan kes gangguan seksual yang sensitif serta kompleks ini.

Peruntukan khas

Oleh yang demikian, penting peruntukan khas diwujudkan bagi mengatasi ini dengan lebih berkesan.

Apa yang paling penting adalah pihak mangsa gangguan seksual kelak tidak merasakan diri mereka tidak mempunyai harapan untuk membawa kes serta mendakwa pelaku gangguan seksual berkenaan ke muka pengadilan.

Oleh itu, kerajaan digesa memperkenal akta khusus berkaitan dengan isu gangguan seksual seperti dicadangkan NGO agar masalah gangguan ini diselesai mengikut peruntukan lebih jelas, tanpa menumpang atau menggunakan akta lain seperti dinyatakan di atas, yang mempunyai kelemahan.

Untuk makluman, pada masa kini sebuah cadangan akta khusus bagi mengatasi masalah gangguan seksual sedang giat diusahakan untuk dibentangkan sebagai RUU dalam negara kita.

Undang-undang khusus bagi mengatasi masalah gangguan seksual yang ingin diwujudkan ini mempunyai dua matlamat penting.

Pertamanya, ia mengkehendaki setiap pihak mengambil langkah proaktif mencegah gangguan seksual daripada berlaku dan kedua, menyediakan mangsa satu bentuk pembelaan undang-undang lebih sesuai, berkesan dan bermakna.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Wanita Juga Boleh Alami Ketagihan Seks!4 Makanan Perangsang Seksual Lelaki Yang Tidak Ramai Tahu
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/09/maksud-gangguan-seksual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ni Pendakwah Apa Nih Diana Buat Pengakuan Terbuka Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Popular

Ni Pendakwah Apa Nih Diana Buat Pengakuan Terbuka Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ustaz Popular

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 398 hits
September 21 2021 Menerusi program bual bicara Analisis Finaz Yunus seorang wanita dikenali sebagai Diana membuat pengakuan telah menjadi mangsa jenayah seksual kepada seorang pendakwah terkenal Dalam wawancara itu Diana mengaku menghubungi...
Menteri Rina Harun Lembab Luluskan Ruu Anti Gangguan Seksual

Menteri Rina Harun Lembab Luluskan Ruu Anti Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 432 hits
Jangkaan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun bahawa Rang Undang undang Anti Gangguan Seksual akan dibentang pada tahun ini tidak boleh diterima Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wani...
Heo Yijae Dedah Bersara Dari Lakonan Dek Gangguan Seksual Netizen Petik Nama Pelakon Lelaki Ini

Heo Yijae Dedah Bersara Dari Lakonan Dek Gangguan Seksual Netizen Petik Nama Pelakon Lelaki Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 322 hits
Baru baru ini pelakon Heo Yi jae membuat pengakuan berani mengenai sebab utama dia memilih untuk bersara daripada dunia lakonan pada tahun 2015 Dilayan tanpa perasaan Menerusi video saluran YouTube milik Way dia menjelaskan ianya berpunca d...
Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 174 hits
Peribahasa Melayu pernah menyebut masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia siakan Perumpamaan itu memberi makna yang tersendiri hari ini apabila jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkifli sec...
Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan Sokongan Asing Itu

Siapa Ahli Politik Yang Dikatakan Terima Bantuan Sokongan Asing Itu

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Ada pemimpin politik negara ini didakwa menerima bantuan dan sokongan moral daripada individu serta organisasi luar negara terutama Amerika Syarikat dalam meneruskan karier politik masing masing Bercakap kepada Mingguan Malays...
Siapa Bis1ng Itu Alisa Alisa Dia Yang Paling Banyak Cakap Kat Sini Lepastu Tanya Pulak

Siapa Bis1ng Itu Alisa Alisa Dia Yang Paling Banyak Cakap Kat Sini Lepastu Tanya Pulak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 388 hits
Pelakon usahawan dan ibu kepada dua orang anak yang comel Hanis Zalikha sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air Sering berkongsikan video keletah kedua anaknya ternyata ramai yang kagum dengan caranya mendidik anak anaknya Yusu...
Pernah Terawang Banyak Artis Denny Darko Akui Dirinya Tak Bisa Meramal Itu Bohong

Pernah Terawang Banyak Artis Denny Darko Akui Dirinya Tak Bisa Meramal Itu Bohong

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 192 hits
Ia bahkan menyebut kalau ramalan itu sebenarnya nggak ada Yang ada hanyalah prediksi
Hiburan Nama Itu Satu Doa Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Dedah Masih Belum Pilih Nama Anak

Hiburan Nama Itu Satu Doa Ayda Jebat Dan Nabil Mahir Dedah Masih Belum Pilih Nama Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 252 hits
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat serta suaminya Nabil Mahir mendedahkan bahawa masih belum mempunyai nama buat puteri sulung mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBagaimanapun pasangan selebriti tersebut...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation