Apa Dia Kes Anwar Ibrahim


HISHAMUDDIN RAIS

Biar saya terangkan di sini sejelas mungkin. Perkara ini telah berkali-kali saya nyatakan. Di sini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 – saya telah menulis perkara yang sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang kes Anwar Ibrahim.

Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim ini tidak– baca tidak – sepenuhnya ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini bukan tuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini dikatakan bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukkan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara.

Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar daripada dapat mempengaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Inilah sebenarnya kes liwat Azizan 1998. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara bertindak pada tahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan agenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014.

Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. Tapi tidak ada orang dalam yang berani pecah lubang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lubang.

Pecah lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah di serata pelosok dunia.

Banyak syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah menteri kewangan. Mahathir Muhamad ketika itu ialah perdana menteri.

Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderung dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melingkupkan syarikat kroni dan juga syarikat cucu lelaki Iskandar Kutty.

Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty di satu pihak dengan Tun Daim sebagai panglima manakala Anwar Ibrahim di satu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin, Mat Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniaga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang.

Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampuk kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang di kepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru satu konspirasi dirancang.

Hakikatnya – dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama orang Melayu.

Semua yang berlaku hanyalah berita untuk mengolah persetujuan orang ramai agar melihat timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden parti sebagai orang jahat. Orang jahat wajib dipenjarakan.

Kepada anak-anak muda, atau pembaca yang tidak mengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya ini. Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi bohong.

Jangan silap, bunyinya memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media. Berita berita ini muncul pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September 1998.

Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar Ibrahim. Jika tidak yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk kepada arkib negara.

Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar bukan meliwat. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari gerombolan Ketuanan Melayu.

Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation.

Kenapa Anwar belot?

Dari segi pensejarahan, selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal perdana menteri. Ketika di puncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia.

Sebagai Mat Santa Klaus, sebagai pemegang mohor gula melaka, Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis 'contract junkies' yang mahukan projek. Saya memanggil era ini zaman pink form . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampuk kuasa.

Pada awalnya ketika di tampuk kuasa, Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikehendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni.

Dasar 'bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini berulang. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara.

Di sini saya ingin memberitahu bahawa mahkamah wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga seperti SPRM wujud untuk membanteras rasuah. Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera daulah.

Dalam negara Dunia Ketiga seperti Malaysia, jentera jentera daulah ini memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London, di Sweden atau di Norway. Dalam buku, dalam kertas, memang mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan.

Tetapi dalam negara Dunia Ketiga, mahkamah ialah jentera dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya'. Mahkamah tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpas dan memenjarakan musuh politik. Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah.

Biar saya beri tahu di sini, pada 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila peguam bela membuktikan tarikh Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud.. ops... lalu tarikh liwat diubah suai. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999.

Dalam kes liwat Saiful, ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah pergi mengadap sebelum membuat aduan polis. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini laporan media.

Saya tidak akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih berharap keadilan akan dinobatkan dalam kes ini. Saya juga angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang turun ke Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim sepanjang kesnya berjalan. Salut.

Kepada kawan-kawan para reformis dan anak anak muda yang akan turun ke jalan raya saya ada pesanan:

Jika inilah harga yang wajib dibayar

maka inilah harganya

datanglah penjara tali gantung

perjuangan ini tetap disambung.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/apa-dia-kes-anwar-ibrahim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Negara Tarik Dirii Daripada Kes Anwar Dr Kamarul Zaman

Peguam Negara Tarik Dirii Daripada Kes Anwar Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 336 hits
PADA 14 Disember 2019 dalam komen bertajuk Kes cabul Datuk Seri Anwar tak akan ke mana saya menyebut betapa banyak pihak merasa yakin bahawa dakwaan salah laku seks yang dibuat oleh Yusoff Rawther ke atas Datuk Seri Anwar tidak akan berakhi...
Video Terkini Ujian Poligraf Tiada Bukti Semua Tak Betul Nak Ujian Apa Anwar Ibrahim

Video Terkini Ujian Poligraf Tiada Bukti Semua Tak Betul Nak Ujian Apa Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 450 hits
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media pada International Unity In Diversity Conference 2020 di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur
Dato Seri Anwar Ibrahim Berjuanglah Jangan Takut Dengan Fitnah Zaman Nabi Pun Ada Fitnah Tersebut Bacalah Di Bawah Ini

Dato Seri Anwar Ibrahim Berjuanglah Jangan Takut Dengan Fitnah Zaman Nabi Pun Ada Fitnah Tersebut Bacalah Di Bawah Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 646 hits
DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERJUANGLAH JANGAN TAKUT DENGAN FITNAH ZAMAN NABI PUN ADA FITNAH TERSEBUT BACALAH DI BAWAH INI Ahmad sayuti Bashiron ibrah perjuangan Pengikut jahil Ulamak pula tak Faham Habis apa puncanya Saya sempat amati beberapa...
Kenapa Hadi Benggang Dengan Anwar

Kenapa Hadi Benggang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 511 hits
Hadi memang wajar bengang dengan Anwar Semasa Anwar dalam ABIM dulu Anwar Presiden Ustaz Fadzil Noor Timbalan dan Hadi bawah lagi Bila Anwar masuk politik dan sertai Umno Anwar jadi Menteri dan seterusya TPM Hadi dok situ gak jadi Pembangka...
Mengapa Hadi Takut Anwar Jadi Pm

Mengapa Hadi Takut Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 363 hits
Hadi mmg wajar bengang dgn Anwar Semasa Anwar dalam ABIM dulu Anwar Presiden Ustaz Fadzil Noor Timbalan dan Hadi bawah lagi Bila Anwar masuk politik dan sertai Umno Anwar jadi Menteri dan seterusya TPM Hadi dok situ gak jadi Pembangkang Bil...
Apologise Or Face Suit Anwar S Aide Tells Zuraida Over Mafia Remark

Apologise Or Face Suit Anwar S Aide Tells Zuraida Over Mafia Remark

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 710 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak the political secretary to PKR president Anwar Ibrahim has sent a notice of demand to Zuraida Kamaruddin claiming the party vice president defamed him in a speech at a dinner in early December last year F...
Mahathir Or Anwar Should Take Over As The New Education Minister

Mahathir Or Anwar Should Take Over As The New Education Minister

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 354 hits
Raja Sara Petra Malaysia s deteriorating education system and bad education policies have always been a bone of contention for most Malaysians Many in fact view education as more important than the economy because this deals with the future...
Perjanjian Wajib Dipatuhi Jangan Gunakan Video Semburit Untuk Menggagalkan Kemaraan Anwar

Perjanjian Wajib Dipatuhi Jangan Gunakan Video Semburit Untuk Menggagalkan Kemaraan Anwar

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 487 hits
Dalam Islam sebarang perjanjian hendaklah dipatuhi hatta perjanjian dgn musuh atau orang kapir sekalipun selagi mereka tidak khianat dgn perjanjian yg telah dipersetujui bersama Ini yang Nabi ajar di dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah Ap...
Siti Hasmah Kena Ingatkan Suaminya Serah Jawatan Pm Kepada Anwar Saari

Siti Hasmah Kena Ingatkan Suaminya Serah Jawatan Pm Kepada Anwar Saari

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 221 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib menyumpaikan sumbangan barangan sekolah kepada penerima pada Program Back To School anjuran Otai Reformis di Dewan Masyarakat Taman Gombak Jalan 2 Taman Greenwood Batu Caves Selangor foto ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik