Dato Seri Anwar Ibrahim Berjuanglah Jangan Takut Dengan Fitnah Zaman Nabi Pun Ada Fitnah Tersebut Bacalah Di Bawah Ini


DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERJUANGLAH  JANGAN TAKUT DENGAN FITNAH ZAMAN NABI PUN ADA FITNAH TERSEBUT BACALAH DI BAWAH INI
------------------------------------------
Ahmad sayuti Bashiron
[ 'ibrah & perjuangan ]

"Pengikut jahil, Ulamak pula tak Faham" 

Habis apa puncanya?

Saya sempat amati beberapa photo di media sosial semalam, saya terpanggil ingin kongsikan pengamatan peribadi yg bagi saya amat berharga dalam membentuk keperibadian & pendirian siyasah saya, hingga kini.

Saya mulakan dengan kalam Rasyid Ridho ini saya jadikan sandaran...;

نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضاً فيما اختلفنا فيه... 

"Kita bertolong menolong di dalam perkara yg kita sama sepakati, dan kita berlapang dada (bertolak ansur) sesama kita pada perkara yg kita berbeza pandangan..."

1. Awal 2015, ketika Najib putuskan utk penjarakan Anwar Ibrahim buat sekian kalinya melalui fitnah seks Saiful Bukhari, Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi melalui Setiausaha Kesatuan Ulamak Dunia (KUIS), Syeikh Dr 'Ali Mahyuddin Qarrah Daghi terbang ke Kuala Lumpur berjumpa Anwar di kediamannya Segambut. Saya turut hadiri acara ringkas tersebut, bersama doakan kesejahteraan serta peliharaan Allah serta kesabaran buat Anwar yg menempuhi ujian fasa terbaru itu.

2. Syeikh Qarrah Daghi berkata, "...aku wakili Qaradhawi menyampaikan salam buat kamu, kerana Syeikh tidak mampu naiki kapal terbang dalam tempoh lama untuk datang berjumpa kamu, maka Qaradhawi doakan kesabaran dan ketaqwaan tertinggi buat kamu dalam menempuh fitnah ini". 

3. Sebelum itu dlm ucapan Syeikh itu menaqalkan beberapa kisah fitnah seks yg pernah dilalui Rasulullah dan para pelbagai Rasul terdahulu serta sahabat. Dan kata Syeikh juga fitnah seks itulah yg akan terus digunakan oleh musuh sejak zaman Adam hingga ke akhir zaman kelak.

Itu kisah seawal 2015 dulu, sudah 4 tahun berlalu. 

Saya catat tiap bait ucapan, doa, berpelukan dgn Syeikh, bergambar. Selang beberapa minggu lepas itu Anwar diangkut ke penjara, hinggalah dibebaskan penuh oleh YDP Agung tanpa seberang kesalahan, pasca PRU14 lepas.

4. Kisahnya itu berulang, dua minggu ini modus operandi sama disusun semula buat Anwar lagi. Pelakunya dikenalpasti, kisah jijik itu mewarnai media, bahkan pelakunya sungguh buruk jika dipamerkan wajahnya serta beban fitnahnya. Kita belum tahu apa kesudahannya.

5. Sekali lagi petang semalam Syeikh Qarrah Daghi melawat Anwar, menyampaikan salam yg sama dari Qaradhawi, doa serta memohon kesabaran pada ujian fitnah yg sekian kali ini. Jelas sinar keakraban dan keceriaan di wajah mereka, ditunjukkan melalui kemesraan kedua tokoh dunia Islam itu.

6. Tidak habis di situ, malam tadi, sempena KL Summit 2019 seorang sahabat baik Anwar sendiri, Presiden Turkey mengecualikan diri daripada jamuan penting tetamu negara bersama delegasi itu, bahkan beliau pula mengambil peluang meng-hostkan jamuan ringkas buat Anwar di Kedutaan Turkey sendiri. Erdogan yg diakui dunia Islam sebagai tokoh yg cukup berjasa & berjaya mengangkat izzah pemerintahan Islam hingga meletakkan Turkey digeruni & dihormati kawan & musuh hari ini.

7. Kesimpulan awal yg kita perhatikan, sejak sekian lama pelbagai tokoh dunia tersebut - Qaradhawi, Qarrah Daghi, Erdogan dan ramai lagi tak pernah henti berkomunikasi, berjumpa dan memberikan sokongan tak belah bagi setiap kali ujian politik buruk melanda Malaysia, khasnya buat Anwar.

8. Kita perhatikan juga, tindakan & bahasa badan mereka itu tidak sedikitpun bersifat lakonan atau wajah pembodek yg punyai kepentingan tertentu. Mereka hadir dari jauh, nyatakan sokongan penuh keceriaan, saling berdoa buat rakan seperjuangan yg sedang lalui fasa fitnah untuk diberikan bantuan Allah serta dimusnahkan segala perancangan jahat itu.

Apa pula pengalaman kecil yg mahu saya kaitkan?

9. Perjalanan kecil saya, kerap dahulu mewakili Lajnah Antabangsa party lama dulu, beberapa kali bermusafir dgn pelbagai pimpinan dari pelbagai party, termasuk pernah berdua bersama Anwar ke luar negara untuk hampir seminggu. Seperti biasa, sela waktu yg ada saya tak siakan utk bertanya, memohon 'ibrah dalam pelbagai isu , termasuklah penglibatan gerakan Islam ABIM, Pas serta berkara berkaitan ijtihad Anwar satu ketika dahulu bersama Umno, etc. 

10. Juga di tahun 2013 itu, sudah pastilah saya bertanyakan juga hal hubungan peribadi beliau bersama pimpinan Pas yg semakin renggang masa itu disebabkan kes Hj Hadi Awang khianati pelbagai persepakatan & perjanjian Pakatan Rakyat, termasuk meletakkan pelbagai calon di kerusi PKR dlm PRU13 lalu.

11. Response Anwar kelihatannya langsung tak keberatan berbicara isu sedemikian, sekalipun dgn saya dari party berbeza. Bahkan beliau tak cuba menjatuh atau sedikitpun merendahkan kepimpinan TG Nik Aziz atau Hj Hadi Awang, sekalipun beliau amat terkilan dan terasa hati atas pengkhianatan Presiden Pas itu. 

12. Hanya response Anwar "...anggaplah itu mungkin perbezaan antara saya dan Hadi, berdasarkan maklumat yg Hadi terima tanpa sempat bertanya...". Tak berlaku pun tindakan marah atau memburukkan sahabat yg pernah bersama dalam kepimpinan ABIM satu ketika dahulu.

13. Lain kisahnya sebaliknya. Segar dalam ingatan juga satu ketika saya terpaksa memandu kenderaan di musim sejuk sejauh hampir 2,000 km yg mengambil masa lebih 30 jam bersama Hj Hadi Awang serta beberapa rombongan percutian beliau. Saya seperti biasa, tak siakan peluang untuk berinteraksi langsung dgn pimpinan masa itu mengambil 'ibrah dakwah & siyasah dari ketua itu. Terlalu banyak dikongsikan sepanjang jaulah musim sejuk itu.

14. Cuma satu kisah yg menjadikan saya cukup mengenali perbezaan sikap mereka. Ketika berbicara, satu ketika tiba-tiba Dr Samsuri (sekarang dah jadi MB) ingatkkan saya secara serious, "...Sayuti enta sembanglah dgn ayoh cik tu apa sahaja pun, tapi enta jangan sesekali tersebut nama Anwar atau nama Erdogan depan ayah cik tahu. Jangan..!"

15. Saya bertaya kenapa? Cukup pelik amaran oleh SetPol itu. Jawabnya kena jaga perasaan ayoh cik, tak mahu nanti ayoh cik anggap enta sebagai pimpinan muda Pas, tapi tak hormati pendirian Presiden yg tak mahu Anwar jadi PM (PRU13) & tak pernah setuju tindakan Erdogan tinggalkan Erbakan (Ustaz Erbakan, party Refah/Saadat) dulu yg tubuhkan party AKP di Turkey. Kema hormati, jaga perasaan ayah cik yg tak sukakan Anwar & Erdogan itu, katanya.

16. Itulah kisahnya. Sejak itu, baharulah saya lebih faham, atas segala kecemerlangan berbelas tahun Erdogan di Turkey dan dunia Islam keseluruhannya, rupanya disebalik hati Hj Hadi Awang masih klasifikasikan pimpinan party AKP & negara Turkey itu sbg selamanya seorang "pengkhianat party Islam" di Turkey di bawah pimpinan sahabat beliau Erbakan yg bersama party Refah satu ketika dahulu. Itulah rupanya yg diperkenalkan pada kami dahulu, Refah itulah satu-satunya party Islam Turkey, dan siapa pun sahaja yg meninggalkannya dianggap satu pengkhianatan! 

17. Dan lebih tak sangka, terpahat juga dendam puluhan tahun dan marah Hj Hadi Awang pada Anwar yg dikatakan juga sbg pengkhianat tatkala ijtihad beliau tinggalkan ABIM dan sertai Umno hampir 40 tahun yg lampau... Dendam itu masih tak hilang rupanya, segar, dan setiap gerakan & ucapan Hj Hadi Awang masih dikejar (hounted) oleh bayangan dendam permusuhan yg membara itu. 

18. Dan baru semalam pula saya baca satu kenyataan Hj Hadi Awang "...pengikut yg jahil, dan ulamak yg tak faham" adalah punca utama rosaknya negara & rakyat. Saya faham sebenarnya ia satu kebenaran yg sepatutnya merujuk terus pada diri beliau sendiri yg selamanya masih gagal memahami "fiqh waqie" kenegaraan di Malaysia, serta tak juga faham tabiat ijtihad politik yg selamanya anjal & berubah mengikut zaman dan tempat yg berbeza.

Benarlah, ulamak yg tak faham politiklah, tapi terus berlagak berhukum buta dgn dendam marah adalah punca keseatan pentaksub yg jahil itu... 

19. Oleh sebab itulah bagi Hj Hadi Awang, keputusan seseorang itu masuk sesebuah party itu seolahnya seperti masuk agama. Selamanya siapa yg masuk dlm agama itu, haram baginya keluar, bahkan haram berbeza pandangan dgn dia sbg ketua. Hendaklah bagi siapa pun yg masuk party dia itu menjadi "pewalak tegar" yg berbuat apa sahaja kehendak "ayatollah party" tanpa melawan. Itulah sebab akhirnya Hj Hadi sendiri melihat pengikutnya itu hanyalah seperti orang jahil yg dipimpin oleh ketua yg sebenarnya langsung "tak faham" waqie' politik negara.

Saya berpegang, analogi itu sangat tepat kena pada batang tubuh Hj Hadi Awang dan pengikutnya sendiri.

Sebab itu kalau ada yg cuba berlawan atau beza pendapat, maka selamanyalah mereka dianggap musuh, sekalipun "musuh" itu sudah jauh terkehadapan dan berjaya membuktikan segala ijtihad lama yg dipegang oleh Hj Hadi itu bukan sahaja lapok, bahkan menjadi sia-sia dan bathil semata.

20. Saya faham kini, pendirian keras Hj Hadi Awang pada Anwar, Erdogan itu jugalah yg membentuk pendirian Hj Hadi atas segala kebencian & dendam terhadap party Amanah dan pimpinannya yg meninggalkan party lama itu sejak 4 tahun lepas. Pastinya selamanya beliau berasa marah dan akan "tak faham", bahkan membiarkan sahaja pengikut beliau yg "jahil politik" terus bersekongkol dgn kezaliman dan kerja jahat Umno/Najib selama ini. Baginya, dendam & fitnah terhadap Amanah itu satu yg perlu terus dipupuk selama-lamanya..!

Bagi saya, neraca ini sudah pernah menjadi topik perbincangan & usrah saya sejak lebih 10 tahun ketika bersama adik-adik students dan petugas-petugas party yg diusrahkan pemikiran mereka saban waktu. Kami telah lama berusaha membetulkan kesesataan fikrah itu, tapi kejayaanny amat minima, disebabkan ketaksuban pada fikrah "ayatollah" party lama yg menjadi punca segala kerosakan itu! 

Syeikh Rasyid Ridho pernah menaqalkan satu pendirian yg amat cantik untuk dilaksanakan dalam politik ini, iaitu kita bersetuju pada satu perkara yg kita saling sepakati bersama, namun kita juga terpaksa bertolak ansur pada perkara yg kita berbeza pandangannya.

Itulah juga kunci kesepakatan dalam Pakatan Harapan ini. Itulah yg kami kena bersama pertahankan.

Saya berpendirian, sifat dendam yg tak kesudahan serta iri hati pada rakan perjuangan yg dipupuk oleh TG Hj Hadi Awang pada pengikut itulah punca sebenar segala kerosakan dalam Pas yg berusaha terancang men"jahilkan" pengikut mereka daripada kebenarnya & keterbukaan tersebut.

Kita berdoa, satu ketika ummat Islam Malaysia dan dunia amnya bakal melihat Malaysia menjadi sebuah negara kuat dan punyai pengaruh, berbekalkan kesungguhan dan doa para ulamak & tokoh perjuangan agama yg bersama kita hingga kini ini...

Selamat berkonvensyen KL Summit!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/dato-seri-anwar-ibrahim-berjuanglah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Tersingkir Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Tunduk Pada Azmin Ali

Takut Tersingkir Akhirnya Anwar Ibrahim Terpaksa Tunduk Pada Azmin Ali

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 481 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim secara tiba tiba bersetuju membenarkan timbalannya Azmin merasmikan Kongres Tahunan Pemuda PKR 2019 yang dijadualkan berlangsung di Melaka Kerelaan Anwar secara tiba tiba timbangkan semula pemecatan Zakaria dan me...
Pkr Huru Hara Di Bawah Anwar Ibrahim

Pkr Huru Hara Di Bawah Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 363 hits
Inilah lambang HURU HARA PKR Masalah dalaman PKR pun Anwar Ibrahim tak terjaga ini nak jaga negara Itulah akibatnya apabila dalam kepala Anwar hanya memikirkan jawatan Perdana Menteri bukan perjuangan untuk rakyat Ahli sendiri dibiarkan ber...
Bukit Aman Investigating Anwar Ibrahim S Sodomy 3 0 Case

Bukit Aman Investigating Anwar Ibrahim S Sodomy 3 0 Case

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 456 hits
Police at Bukit Aman have taken over investigations into shocking allegations of moral misconduct by a former staff of Anwar Ibrahim FMT has learnt This comes a day after Muhammed Yusoff Rawther filed a police report against the PKR supremo...
Jangan Niaga Jersi Tiruan Takut Kena Tangkap Dari Peniaga Di Pasar Malam Kini Bergelar Jutawan

Jangan Niaga Jersi Tiruan Takut Kena Tangkap Dari Peniaga Di Pasar Malam Kini Bergelar Jutawan

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 292 hits
Saya mahu bantu peniaga kecil perniaga jersi di pasar malam uptown dan bisnes online kenapa perlu berniaga takut takut sebab jual jersi tiruan saya bantu bagi jual jersi original dan sah disisi undang undang begitulah kata kata founder Blac...
Ibu Bersalin Penatnya Lain Macam Jangan Sampai Diri Terabai Takut Meroyan

Ibu Bersalin Penatnya Lain Macam Jangan Sampai Diri Terabai Takut Meroyan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 457 hits
Selepas bersalin mungkin si ibu mengalami beberapa gejala yang dianggap tiada apa apa Maklumlah tidak nampak dengan mata kasar Si ibu sendiri mungkin tidak menyedarinya apatah lagi orang sekeliling seperti suami dan keluarga Nampak normal r...
Jangan La Memandai Kaitkan Anwar Lagi

Jangan La Memandai Kaitkan Anwar Lagi

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 444 hits
Oleh ibrahim Mat IsaTelah lama aku simpan benda alah ni Masa BN berkuasa kalau aku hebohkan di FB entah entah aku ke dalam Kepada babi babi yang cuba untuk kaitkan DS Anwar Ibrahim dalam permainan kes Altantuya aku sarankan korang tonton li...
Teratak Anwar Ibrahim

Teratak Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 280 hits
Producer Thanks for visiting Uni tee org We are proud to present the Launch of the Teratak Song Album Presenting Loh Gwo Burne Danny Tan Co while featuring Anwar Ibrahim Elizabeth Wong and the Wayfarer Free Downloads are available at the bo...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri