Siti Hasmah Kena Ingatkan Suaminya Serah Jawatan Pm Kepada Anwar Saari


Mohd Zaini Samsu Hadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib menyumpaikan sumbangan barangan sekolah kepada penerima pada Program Back To School anjuran Otai Reformis di Dewan Masyarakat Taman Gombak, Jalan 2, Taman Greenwood, Batu Caves, Selangor. foto AFFAN FAUZI 
GOMBAK – Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali sering diberi pesanan agar sentiasa mengingatkan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak lupa dengan janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan bekas Pengerusi Otai Reformis 1998, Saari Sungib apabila memberitahu, beliau selalu menasihati Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar membisikkan perkara itu kepada isteri Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk disampaikan kepada suaminya.

Katanya, Dr Mahathir perlu diingatkan tentang perkara itu yang telah menjadi janji olehnya kepada Wan Azizah yang sebelum ini merupakan Presiden PKR.

“Insyaallah doa saya akan menjadi kenyataan (Anwar dilantik menjadi perdana menteri) kerana Tun M berada di situ pun dengan keputusan daripada pimpinan.

“Dia kena setia pada janji kepada Wan Azizah, walaupun pada awalnya Wan Azizahlah yang patut jadi perdana menteri kerana dia presiden PKR sebelum ini.

“Tapi, oleh kerana ada perjanjian selepas Anwar jadi presiden kena ikut itulah,” katanya ketika ditemui selepas Program Kembali Ke Sekolah anjurannya di sini hari ini.

Saari berkata, jika langkah melantik Anwar sebagai perdana menteri menjadi kenyataan ia merupakan satu sejarah buat PKR dan Otai Reformis 1998 yang telah sekian lama setia berjuang untuk Ahli Parlimen Port Dickson sebagai pendokong reformasi.

Dalam pada itu, Saari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang menasihati pimpinan Pakatan Harapan terutamanya PKR agar ‘tidak lupa diri’ apabila sudah bergelar “Yang Berhormat”.

Dengan merujuk kepada dua orang Naib Presiden partinya, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari, Saari menegaskan agar kedua-dua pemimpin itu sedar dengan perjuangan Otai Reformis 1998 yang merupakan nadi kepada PKR.

Ujarnya, mereka tidak boleh lupa dengan pengorbanan yang dimulakan oleh Otai Reformis 1998 ketika parti itu mula-mula ditubuhkan dan penggerak sebenar kepada perjuangan PKR adalah menerusi NGO tersebut.

Sebelum ini, Zuraida dilapor menyifatkan Otai Reformis 1998 sebagai ‘nyamuk yang sering menggigit’ susulan dakwaan NGO itu apabila menyifatkan pertemuan Zuraida dan beberapa pimpinan PKR pada satu majlis makan malam di ibu negara pertengahan bulan lalu sebagai medan untuk menghentam Anwar.

Amiruddin Shaari turut dikatakan mempertikai Otai Reformis 1998 apabila menyatakan sesetengah pimpinan NGO itu sebelum ini menghentam Anwar dengan memaki hamun, namun, sekarang menajdi hero mempertahankan Anwar.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai tanggapan apabila Otai Reformis 1998 sering dikaitkan dengan perbalahan dalaman dalam parti, Saari menjawab, ia merupakan perkara biasa kerana parti itu sendiri diwujdkan dalam situasi

“Parti ini dilahirkan dalam suasana lawan tetap lawan. Itu yang menyebabkan ia jadi begitu. Asalkan perjungan parti itu tidak lari daripada prinsip-prinsip tersurat dalam perlembagaan termasuk Perlembagaan Negara dan rakyat.

“Kalau ada yang terkurang adat kita betulkanlah,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/siti-hasmah-kena-ingatkan-suaminya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawi In Schools Meant To Teach Kids About National Heritage Says Anwar

Jawi In Schools Meant To Teach Kids About National Heritage Says Anwar

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 368 hits
PKR president Anwar Ibrahim appeared to downplay the controversy surrounding the introduction of Jawi in vernacular schools this year saying it was intended merely to teach students about national heritage He added that the arguments by par...
Anwar Gathers Celeb Muslim Scholars To Counter Dr Mahathir S Kl Summit

Anwar Gathers Celeb Muslim Scholars To Counter Dr Mahathir S Kl Summit

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 254 hits
The institute is believed to be funded by Saudi donors and has long been linked to scholars sympathetic to Ikhwanul Muslimin the pan Arabian Islamist movement seen as the more progressive offshoot of Wahhabism the strand of Islam practised ...
Maszlee Masih Ada Harapan Jika Konsisten Dalam Perjuangan Anwar

Maszlee Masih Ada Harapan Jika Konsisten Dalam Perjuangan Anwar

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 271 hits
Diterbitkan Hari ini 2 03 tengahari BERITABekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik mempunyai masa depan yang cerah dalam politik selagi dia konsisten dalam perjuangan kata Presiden PKR Anwar Ibrahim Dia masih muda tentu ada harapan Banyak ...
Anwar Himpun Sarjana Selebriti Dalam Persidangan Balas Sidang Kl

Anwar Himpun Sarjana Selebriti Dalam Persidangan Balas Sidang Kl

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 286 hits
Persidangan International Unity in Diversity Conference 2020 akan diadakan pada 8 Jan ini KUALA LUMPUR Anwar Ibrahim menghimpunkan sekumpulan sarjana Islam yang dari segi teologi sejajar dengan Arab Saudi untuk satu persidangan antarabangsa...
Utamakan Pakatan Isi Kekosongan Kabinet Kata Anwar

Utamakan Pakatan Isi Kekosongan Kabinet Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 195 hits
MANA mana bekas pemimpin Umno tidak seharusnya dilantik menganggotai Kabinet kerana keutamaan harus diberikan kepada pemimpin sedia ada daripada kerajaan Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim Presiden PKR diminta mengulas ura ura bekas pemimpi...
Pkr Youth Wants Anwar Be Made Pm This May

Pkr Youth Wants Anwar Be Made Pm This May

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 290 hits
The resignation of former education minister Maszlee Malik and Johor menteri besar Osman Sapian before that proves that a harmonious transition of power can occur within the Pakatan Harapan government PKR Youth chief Akmal Nasir said today ...
Pengenalan Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular Untuk Ajar Warisan Negara Kata Anwar

Pengenalan Tulisan Jawi Di Sekolah Vernakular Untuk Ajar Warisan Negara Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 593 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat dilaporkan berkata pengajaran tulisan jawi di sekolah sekolah vernakular tahun ini bertujuan untuk mengajar para pelajar tentang warisan negara Menurutnya hujah hujah yang diberikan oleh pihak yang menentang s...
Jawatan Kosong Unit Pemodenan Tadbiran Perancangan Pengurusan Malaysia

Jawatan Kosong Unit Pemodenan Tadbiran Perancangan Pengurusan Malaysia

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 670 hits
Jawatan Kosong Unit Pemodenan Tadbiran Perancangan Pengurusan Malaysia Portal kerja kosong kerajaan membuka peluang pekerjaan di Unit Pemodenan Tadbiran Perancangan Pengurusan Malaysia yang kini dibuka untuk ambilan akhir tahun 2019 dan kep...
Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 5 Stage Temu Duga Spa Sebelum Layak Pegang Jawatan Ptd

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 5 Stage Temu Duga Spa Sebelum Layak Pegang Jawatan Ptd

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 372 hits
Untuk pendapatkan peluang dipanggil temuduga kerja bukan mudah ia bergantung kepada rezeki masing masing Tidak dapat dinafikan juga bahawa temuduga merupakan salah satu proses yang ditakuti oleh kebanyakan individu Bagi mereka yang akan men...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu

Transform Your Passion Into A Career With Taylor S College Diploma In Digital Design

Menjelang Pru16 Pn Boleh Kehilangan 32 Daripada 74 Kerusi Parlimen Sekiranya

Kl Tower Handover Sparks Concern Over Threats And Vandalism