Apa Beza Rafizi Dengan Azmin



SHAH ALAM - Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan spekulasi Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli bakal melakukan kemunculan semula dalam PKR hanyalah sebagai perkhabaran yang tidak memberi nilai tambah kepada parti.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan hakikat PKR tidak pernah menerima rekod peletakan jawatan Rafizi sebagai Naib Presiden parti itu yang dilantik sehingga kini.
Justeru, beliau menjelaskan secara teknikalnya Rafizi bukanlah layak dianggap membuat kemunculan semula dalam dunia politik jika berbuat demikian, sebaliknya lebih kepada tindak-tanduk seorang pemimpin yang baru 'terjaga dari lena' setelah sekian lama 'menghilangkan diri'.
"Bagi saya tiada istilah 'comeback' kepada Rafizi sekiranya beliau berbuat demikian kerana berdasarkan rekod parti, PKR tidak pernah menerima surat peletakan jawatan Rafizi.
"Justeru, beliau sebenarnya sudah diberi ruang luas untuk berpolitik dan membantu parti yang mengalami pelbagai kesusahan selepas peristiwa 'Langkah Sheraton', tetapi mengapa Rafizi enggan berbuat demikian?
"Saya tegaskan kalau Rafizi hendak buat 'comeback', buat 'comeback' betul-betul. Sehingga kini, sebahagian besar ahli parti hanya menganggap perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya beliau tidak menambah," katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Selasa.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus kemungkinan Rafizi dan juga seorang lagi bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal membuat kemunculan semula dalam PKR dan politik tanah air dalam masa terdekat bagi mengukuhkan kembali parti itu.
Sinar Premium difahamkan sebilangan besar penyokong muda dan pemimpin PKR sedang berusaha memujuk Rafizi untuk kembali mengemudi parti itu dengan menawarkan pelantikan jawatan Timbalan Presiden parti itu sewaktu pemilihan PKR pada April nanti.
Bahkan, bekas Ahli Parlimen Pandan itu seolah-olah memberikan reaksi positif menerusi ciapan Twitter apabila beliau menjelaskan akan mempertimbangkan permintaan itu terlebih dahulu.
Sebelum ini, Rafizi dan Nurul Izzah melepaskan jawatan dalam parti secara bersama dan mengumumkan pengunduran diri dari dunia politik sekitar tahun 2019 susulan masalah dalaman parti itu.
KUKUHKAN PARTI
Mengulas lanjut, Syed Badli Shah yang juga bekas Naib Ketua AMK Pusat itu menegaskan fokus utama PKR adalah untuk mengukuhkan struktur kepimpinan parti dan menyingkirkan saki-baki ahli-ahli yang pro kepada kartel PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Jelas beliau lagi, terdapat banyak jawatan penting dalam seperti Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang perlu diisi selepas dikosongkan 'kartel' Azmin dengan ahli-ahli PKR perlu memastikan pemimpin dipilih benar-benar amanah dan setia kepada parti.
"Bagi saya paling penting adalah pengukuhan parti, bukannya 'comeback' pemimpin yang lari apabila parti berada dalam keadaan susah.
"Kalau tanya saya, apa beza Rafizi dengan Azmin, saya akan jawab Azmin khianati parti tetapi dia keluar parti, manakala Rafizi langsung tidak ambil peduli pasal PKR, tetapi sibuk berhajat hendak dapat jawatan tinggi," ujarnya lagi.
Syed Badli Shah turut menyifatkan Rafizi tidak layak diberikan laluan mudah bagi dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu susulan beliau gagal melaksanakan tugas selaku Naib Presiden PKR dilantik sebelum ini.
"Dengan beliau lebih diingati sebagai Naib Presiden PKR yang tidur, layakkah ahli-ahli parti membentangkan permaidani merah kepada Rafizi untuk kembali diangkat sebagai Timbalan Presiden?
"Saya tiada masalah kalau prestasi Rafizi sewaktu memegang jawatan Naib Presiden adalah cemerlang. Namun beliau bukan sahaja gagal menunaikan amanah, sebaliknya bertindak mengkritik parti dan Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) secara terbuka.
"Justeru, apa bezanya Rafizi dengan Mohamed Azmin jika kehadirannya dalam PKR hanya sekadar menambah ribut dalam cawan?" tegas Syed Badli Shah lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/apa-beza-rafizi-dengan-azmin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Kembali Hahaha

Rafizi Kembali Hahaha

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 267 hits
Setelah sekian lama merajuk dek kerana azmin ali Rafizi dikatakan kembali bertanding sebagai timbalan presiden pkr Selepas bertahun berhempas pulas menjatuhkan umno dengan pelbagai formula akhirnya kecundang berundur kancah politik Dan seka...
Please Don T Go Missing Again Farhash Tells Rafizi

Please Don T Go Missing Again Farhash Tells Rafizi

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 273 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak says he will leave it to PKR members to evaluate Rafizi Ramli PETALING JAYA Former Perak PKR chief Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak has chided Rafizi Ramli after the latter announced his return to poli...
Pesanan Buat Ahli Dari Rafizi

Pesanan Buat Ahli Dari Rafizi

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 178 hits
Terima kasih kepada semua sahabat sahabat yang menghantar pesanan di media sosial SMS WhatsApp email telefon dan komen komen Saya hargai semuanya tetapi saya akan ambil masa sedikit untuk menjawab satu persatu Saya harap kalau ada yang tele...
Farhash Sindir Raja Formula Selepas Rafizi Umum Tanding Timbalan Presiden

Farhash Sindir Raja Formula Selepas Rafizi Umum Tanding Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 251 hits
PETALING JAYA Bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyindir Rafizi Ramli berkaitan formula yang dimiliki berikutan keputusannya untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan Farhash berka...
Rafizi Kembali Mewarna Kancah Politik Negara

Rafizi Kembali Mewarna Kancah Politik Negara

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 230 hits
PEMILIHAN KEADILAN 2022 Keputusan Pilihanraya Negeri Johor baru baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka ...
Rafizi Sah Buat Come Back Umum Tanding Timbalan Presiden Pkr

Rafizi Sah Buat Come Back Umum Tanding Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 213 hits
Selepas beberapa ketika meninggalkan gelanggan politik bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini Dalam kenyataan hari ini Rafizi yang memegang jawata...
Rafizi To Return From Hiatus Aims For Pkr No 2 Spot

Rafizi To Return From Hiatus Aims For Pkr No 2 Spot

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 280 hits
Former Pandan MP Rafizi Ramli has announced his political return and will again seek to be elected as the PKR deputy president In a lengthy statement today Rafizi said his goals were to pursue progressive multi ethnic politics After the Joh...
Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr Farhash Sindir Rafizi Ada Jawatan Tak Buat Kerja

Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr Farhash Sindir Rafizi Ada Jawatan Tak Buat Kerja

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 215 hits
March 16 2022 Bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyindir Rafizi Ramli berkaitan formula yang dimiliki berikutan keputusannya untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan Farhash berka...
Hentikan Menghina Dan Pembunuhan Karektor Ke Atas Rafizi Ramli

Hentikan Menghina Dan Pembunuhan Karektor Ke Atas Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 224 hits
ZAIDI AHMAD Pekan 15 Mac 2022 HENTIKAN MENGHINA DAN PEMBUNUHAN KAREKTOR KE ATAS RAFIZI RAMLI Ramai yang marah Rafizi mengapa tidak membantu pertahan parti semasa langkah Sheraton dilaksanakan oleh Azmin Kartel dan Bersatu Ramai juga yang me...
Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Doa 10 Oktober 2025

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Viperpro 3 December Viperpro Top 30 By Elizabeth

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam