Apa Beza Guna Sebelum Baik Sebelum Pada Label Makanan Atau Minuman
Perasan tak, kalau korang beli barangan makanan atau minuman, di bahagian belakang, bawah, atau atas sesuatu produk mesti akan tertera label ‘GUNA SEBELUM/USE BY’ atau ‘BAIK SEBELUM/BEST BY’.
Dan selalunya orang ramai hanya akan melihat kepada tarikh luput sahaja, kan?
Di sini kami akan memberikan penjelasan ringkas tentang maksud sebenar kedua-dua jenis label ini. Mungkin ramai yang tak tahu, jadi lepas ini bila dah tahu, korang akan lebih peka tentang apa yang perlu korang lakukan.
Label ‘GUNA SEBELUM/USE BY’Label ‘GUNA SEBELUM/USE BY’ ini merupakan tarikh akhir sesuatu produk itu selamat untuk dimakan ataupun diminum. Kebiasaannya produk yang akan mudah dan cepat rosak seperti daging, susu, kek, roti, telur, dan sebagainya.
Oleh itu, pengguna disarankan untuk membuang produk berkenaan serta-merta setelah melepasi tarikh itu. Jangan simpan lagi.
Label ‘BAIK SEBELUM/BEST BEFORE’Label ‘BAIK SEBELUM/BEST BEFORE’ ini pula merujuk kepada tarikh untuk menunjukkan kualiti sesuatu produk sehingga tarikh itu. Dan jika melepasi tarikh yang tertera, produk berkenaan tidak boleh dijual lagi oleh kerana kualitinya semakin rendah.
Kualiti rendah itu apa?
Ini bermakna, kualiti sesuatu produk itu mungkin akan hilang kesegaran, tekstur sebenar, aroma sudah bertukar, rasa dan nutrisi asal juga sudah menurun daripada sebelumnya. Pendek kata, tak fresh dah.
Terma Lain Yang DigunakanMungkin ramai masih keliru dengan terma yang digunakan pada bahagian label sesuatu produk. Sebagai contoh, terma “guna sebelum” dibenarkan untuk digunakan sebagai ganti kepada “baik sebelum” untuk yis segar. Walaupun begitu, tarikh yang tertera masih perlu ditunjukkan dalam bentuk dan cara yang sama seperti tarikh ‘baik sebelum’, walaupun termanya berbeza.
Kesimpulannya, kalau nak sesuatu produk barangan makanan atau minuman itu tahan lebih lama, korang disarankan untuk menyimpannya di dalam peti ais. Ini kerana suhu rendah akan melambatkan proses tindakbalas bahan kimia dalaman produk berkenaan.
Jadi, pertumbuhan kulat serta aktiviti bakteria perosak juga akan lebih perlahan.
Menurut FSA, Tarikh ‘BAIK SEBEUM’, kadangkala dipaparkan sebagai BBE (Best Before End), berkaitan dengan kualiti dan bukan keselamatan. Selepas tarikh terbaik sebelum yang disenaraikan pada produk, makanan itu masih selamat untuk dimakan tetapi mungkin tidak dalam keadaan terbaik. Tarikh baik sebelum muncul pada pelbagai jenis makanan termasuk: makanan beku (seperti kacang, kepingan kentang, dan aiskrim).
Pendek kata, produk yang tertera ‘BEST BEFORE’ tidak boleh jual tapi boleh dimakan. Namun, produk yang tertera ‘USE BY/BEFORE’ bagaimanapun tidak boleh dijual dan tidak boleh dimakan.
‘First In, First Out’ (FIFO Method)Syarikat perniagaan makanan perlu memastikan bahawa semua makanan yang diterima dan disimpan telahpun diperiksa tarikh ‘GUNA SEBELUM/USE BY’ atau ‘BAIK SEBELUM/BEST BY’ dan juga tarikh luput.
Ia adalah penting agar makanan tidak hanya dikendalikan dan disimpan dengan sewajarnya, tetapi juga digunakan dalam jangka waktu yang betul.
Makanan perlu disimpan menggunakan kaedah ‘First In, First Out’ (FIFO). Amalan di bawah kaedah ini adalah termasuk:
Memastikan item yang awal diterima digunakan dahulu.Memindahkan item yang hampir tamat tempoh luput ke hadapan rak.Memberi label dan tarikh dengan jelas pada bekas jika item makanan tidak disimpan dalam pembungkusan asal.Memeriksa tarikh terbaik sebelum dan tarikh luput dengan kerap.Membuang item makanan yang menunjukkan tanda-tanda rosak. Posting Rakyat Post
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2023/08/apa-beza-guna-sebelum-baik-sebelum-pada.html