Elakkan Makanan Minuman Ini Ketika Nak Bersalin Bahaya Untuk Kandungan


Melahirkan anak adalah proses yang memerlukan tenaga. Jadi adalah penting untuk bakal ibu makan dan minum sebelum bersalin. Apa pilihan makanan yang sesuai ya?
Makan & minum sebelum melahirkan anak
Pengambilan makanan dan minuman sebelum bersalin, terutamanya pada fasa awal kelahiran penting untuk membekalkan anda dengan tenaga yang diperlukan dan menjadikan diri lebih selesa dalam menghadapi kontraksi.

Proses kelahiran bukanlah perkara yang mudah dan tidak dinafikan anda mungkin akan berasa gementar.
Namun tindakan anda memilih untuk tidak makan dan minum boleh menyebabkan diri berdepan tekanan, mengalami rasa mual, muntah dan sakit kepala.
Memastikan diri mendapat bekalan makanan berkhasiat dan terhidrat bantu mengelakkan anda daripada mengalami keletihan. Ini kerana keletihan tersebut boleh mengakibatkan proses bersalin menjadi lama dan kontraksi yang kurang efektif.
Jika anda akan melalui kelahiran caesarean, bertanyalah kepada doktor mengenai panduan pengambilan makanan dan minuman yang sesuai dengan prosedur tersebut.
Pilihan makanan sebelum bersalin (Fasa pertama)
Fasa pertama ini adalah tempoh paling baik untuk mengumpul bekalan tenaga yang akan digunakan nanti.
Sama seperti penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, anda disarankan untuk mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang dapat memberikan tubuh tenaga serta nutrien diperlukan semasa melahirkan anak.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dan minum dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi memudahkan proses pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, sedikit protein dan lemak sihat untuk menstabilkan gula dalam darah dan tenaga, seperti:
Spageti bolognese Roti gandum dengan sapuan mentega kacang Buah-buah kering dan kacang Bar granola Buah anggur atau beri sejuk beku Makanan untuk dimakan (Fasa kedua)
Apabila memasuki fasa kedua dalam peringkat melahirkan anak, selera anda pastinya akan semakin berkurangan, lebih-lebih lagi jika kontraksi lebih kuat dari masa ke masa.
Sekiranya boleh, kunyahlah sedikit makanan ringan atau yang mudah dicerna bagi mengekalkan kekuatan.
Sediakan beberapa pilihan makanan seperti buah-buahan atau bar granola dengan campuran buahan kering.
Elakkan makanan ini sebelum bersalin
Secara mudahnya walaupun makanan yang dipilih haruslah berkhasiat dan seimbang, ia mestilah mengikut selera anda.
Pun begitu, ada juga makanan yang harus dielakkan pengambilannya, seperti:
Buah atau jus oren. Keasidan buah ini boleh menyebabkan anda sakit perut atau mengalami sensasi terbakar jika muntah selepas memakannya
Gabungan protein dan lemak. Ini melambatkan kadar otot menggunakan tenaga yang dibekalkan daripada gula. Elakkan makanan seperti stik, kentang goreng atau burger
Makanan tinggi gula dan lemak. Pengambilan makanan jenis ini boleh memberikan anda tenaga pantas tetapi menyebabkan keletihan dan mual apabila tenaga meningkat.
Hindari makanan seperti donut, pastri atau kek
Minuman sesuai diambil sebelum bersalin
Seperti melakukan aktiviti fizikal yang kuat, anda juga perlu kekal terhidrat semasa melahirkan anak.
Anda mungkin tidak mempunyai selera makan, tetapi pastikan terus minum air antara tempoh kontraksi.
Fasa pertama: Air putih membantu anda kekal hidrat, air rebusan (bone broth) kaya nutrien dan membantu mengatasi loya. Manakala air kelapa mengandungi magnesium, kalium dan elektrolit – pilihan terbaik untuk mengekalkan hidrasi
Fasa aktif: Air minuman campuran limau nipis membekalkan elektrolit yang diperlukan bagi pengecutan otot rahim
sebelum bersalin
Amalan minum air selusuh sebelum bersalin
Bagi ibu hamil berbangsa Melayu, pastinya pernah mendengar saranan mengenai pengambilan air selusuh. Namun, adakah ia amalan yang sesuai untuk diamalkan?
Bagi anda yang pertama kali mendengar mengenai air selusuh, ia merupakan air yang dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi.
Air ini bukan sahaja diminum tetapi juga disapu pada perut.
Secara amnya, air selusuh ini adalah minuman yang telah dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.
Selain itu, ada juga amalan penyediaan air selusuh dengan merendam akar Fatimah (rose of jericho) – biasanya diperolehi dari Mekah, air zam-zam, minyak kelapa dara serta minyak zaitun.
Tidak digalakkan
Buat masa ini masih tiada kajian atau penyelidikan yang dapat membuktikan bahawa air selusuh ini membantu mempermudahkan proses melahirkan anak.
Proses penyediaan air seluruh yang menggunakan bahan seperti akar Fatima atau akar kayu serta herba lain menyebabkan terhasilnya campuran bahan kimia aktif.
Akar Fatimah (Rose of Jericho)
Campuran tersebut menyebabkan hormon oksitosin – hormon yang berkaitan dengan kontraksi rahim – muncul, dan membuatkan proses bersalin itu lebih cepat.
Walau bagaimanapun, pengambilan air ini tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko kepada ibu hamil seperti:
Penggunaan air ini sebenarnya seperti memaksa pintu rahim untuk terbuka sedangkan ia belum tiba waktunya untuk melahirkan anak
Meminum air selusuh boleh sebabkan kesakitan kontraksi yang teramat sangat, sedangkan pintu rahim masih belum terbuka
Tingkatkan risiko komplikasi, bukan sahaja kepada ibu yang mengandung tetapi juga kepada bayi dalam kandungan
Jika anda tidak pasti mengenai makanan atau minuman yang sesuai diambil sebelum bersalin, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello Doktor
 

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
 
The post Elakkan Makanan & Minuman Ini Ketika Nak Bersalin, Bahaya Untuk Kandungan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elakkan-makanan-minuman-ini-ketika-nak-bersalin-bahaya-untuk-kandungan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Astrid Nak Jadi Kakak Kandungan Dah Trimester Kedua Dayana Roza Bakal Timang Anak Kedua

Astrid Nak Jadi Kakak Kandungan Dah Trimester Kedua Dayana Roza Bakal Timang Anak Kedua

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 216 hits
Bakal menimang cahaya mata keduanya tidak lama lagi pelakon Dayana Roza mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun di trimester kedua Menerusi Instagramnya ibu kepada Astrid Raheeya ini berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengi...
Nervous Jugak Nak Beranak Normal Hasrat Bersalin Normal Tercapai Farah Nabilah Siap Ambil Kelas

Nervous Jugak Nak Beranak Normal Hasrat Bersalin Normal Tercapai Farah Nabilah Siap Ambil Kelas

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 171 hits
Pelakon Farah Nabilah bersyukur bila mana impiannya untuk bersalin anak keduanya Yusof Gibran secara normal tercapai Rupanya demi untuk mencapai hasratnya itu Farah turut mengikuti beberapa kelas sebelum tibanya tarikh due bersalin Menerusi...
Kali Ni Adik Baby Nak Ikut Tingkap Timang Bayi Lelaki Sairah Selamat Bersalin Anak Kelima

Kali Ni Adik Baby Nak Ikut Tingkap Timang Bayi Lelaki Sairah Selamat Bersalin Anak Kelima

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 179 hits
Tahniah diucapkan buat Siti Sairah adik kepada penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza yang selamat menimang cahaya mata kelimanya semalam Menerusi Instagramnya Sairah berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua pengikutnya Menurut Sa...
Kad Touch N Go Baru Mudah Nak Tambah Nilai

Kad Touch N Go Baru Mudah Nak Tambah Nilai

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 283 hits
Kad Touch N Go Baru Mudah Nak Tambah Nilai Jadi tak perlu susah payah nak tambah nilai di kiosk Touch N Go Malaysia telah dinaik taraf kepada TNG dengan teknologi baru yang membolehkan kita menambah nilai pada bila bila masa di mana sahaja ...
Nak Berjalan Ke Tempat Jauh Tak Sangka Petanda Isteri Bayi 2 Bulan Pergi Buat Selamanya

Nak Berjalan Ke Tempat Jauh Tak Sangka Petanda Isteri Bayi 2 Bulan Pergi Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 167 hits
Seorang suami tidak menyangka hasrat isterinya yang menyatakan ingin pergi ke tempat yang sangat jauh menjadi kenyataan apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 375 8 Lebuhraya Pantai Timur Dua berhampiran Bukit Besi petang semalam ...
Cara Cara Nak Buat Sambal Belacan Kuinin

Cara Cara Nak Buat Sambal Belacan Kuinin

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 167 hits
SAMBAL BELACAN KUININCili merah 3 biji cili padi hijau cili api merah ikut suka banyak mana nak kalau nak pedas masukkan dalam 10 biji ke masukkan belacan garam sedikit gula kemudian tumbuk dan masukkan asam jawa sikit sebab buah kuinin ni ...
Noorkhiriah Sedih Ramai Selebriti Buka Tudung Zaman Media Sosial Ni Berlumba Nak Cantik

Noorkhiriah Sedih Ramai Selebriti Buka Tudung Zaman Media Sosial Ni Berlumba Nak Cantik

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 315 hits
Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie meluahkan rasa sedih berhubung tindakan wanita dipercayai dalam kalangan selebriti yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung Menerusi satu hantaran di laman Instagram pelakon berusia 45 tah...
Nak Tau Fakta Menarik Mengenai Jantung Korang

Nak Tau Fakta Menarik Mengenai Jantung Korang

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 190 hits
Nak tau fakta menarik mengenai jantung korang Kredit image Google Jantung merupakan organ yang bekerja tanpa henti Semasa kita duduk membaca buku jantung kita berdenyut selama 4200 kali sejam Dalam sehari jantung kita berdenyut sebanyak 104...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa