Anwar Tetap Perlukan Zahid Walaupun Tidak Disukai Pemimpin Dap Pkr Sendiri Penganalisis


agendaily.com91/01/2023Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara.Walaupun Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikritik pemimpin DAP dan PKR, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui masih memerlukan anak muridnya itu jika mahu kekal menjadi Perdana Menteri.

Penganalisis politik berkata, Anwar perlu mempertahankan Presiden UMNO walaupun tidak disukai pemimpin dalam partinya sendiri, ia selepas dua pemimpin daripada DAP dan PKR membidas Zahid secara terbuka baru-baru ini.

“Mereka sedar tindakan UMNO menyokong Anwar adalah penting, dan sekiranya apa-apa terjadi kepada UMNO atau Zahid, parti itu akan menarik sokongannya.

“PH akan menghadapi masalah besar jika ini berlaku,” kata James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania dipetik laporan FMT.

Pemimpin lama DAP, P Ramasamy sebelum ini mengkritik Zahid sebagai duri dalam daging kepada UMNO dan kerajaan perpaduan selagi beliau kekal sebagai Presiden parti itu.

Ia susulan Perhimpunan Agung UMNO yang meluluskan usul untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti, yang mesti diadakan sebelum 19 Mei.

“Zahid mungkin tidak terjejas buat masa ini, tetapi dia seolah-olah menjadi ‘beban’ kepada UMNO dan sedikit sebanyak kepada Pakatan Harapan (PH) atau kerajaan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang lagi, Ahli Parlimen PKR (Pasir Gudang), Hassan Karim juga turut menyifatkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO adalah sekumpulan penjenayah yang terlibat dengan rasuah dan pecah amanah.

Menurutnya dilema dihadapi kerajaan pimpinan Anwar sekarang antara lain ialah sekiranya rakyat yang celik huruf dan berilmu peengetahuan bertanya, bagaimana kerajaan yang ada sekarang boleh dihormati jika Timbalan Perdana Menteri 1 (TPM1) terdiri dari sosok tubuh individu yang sedang dibicarakan di mahkamah atas berpuluh tuduhan jenayah rasuah dan pecah amanah?

“TPM1 (Zahid) sekarang berada di peringkat membela diri. Di akhir kes pendakwaan yang lalu, beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

“BN-UMNO dari kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah ini boleh diibaratkan sebagai virus yang sedang menjangkiti Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan.

“Tiada vaksin untuk menawar racun toksik ini. Jalan kesudahannya mungkin maut dan mati,” kata Hassan.

Kritikan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin UMNO namun ramai yang mendiamkan diri dan tidak mempertahankan Zahid.

Untuk rekod, Zahid didakwa atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah melibatkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, dan menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri antara 2013 hingga 2018.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/anwar-tetap-perlukan-zahid-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mp Pkr Hassan Karim Kata Anwar Dalam Dilema Kerana Zahid

Mp Pkr Hassan Karim Kata Anwar Dalam Dilema Kerana Zahid

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 181 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim bersimpati dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang katanya dalam dilema kerana timbalannya Zahid Hamidi ada kes di mahkamah Wakil rakyat PKR itu menulis di Facebook keraja...
Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 241 hits
agendaily com15 01 2023Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri mengkritik Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggapnya sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan dan kerajaan Datuk Seri ...
Pkr Pula Kata Umno Kelompok Kes Jenayah Zahid Rosakkan Anwar Ph

Pkr Pula Kata Umno Kelompok Kes Jenayah Zahid Rosakkan Anwar Ph

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 230 hits
agendaily com16 01 2023Zahid sekarang berada di peringkat membela diri Di akhir kes pendakwaan yang lalu beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie kata Ahli Parlimen Pasir Gudang H...
Backing Bung An Insult To Sabah And Anwar Zahid Told

Backing Bung An Insult To Sabah And Anwar Zahid Told

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 283 hits
Ahmad Zahid Hamidi s backing of Bung Moktar Radin despite his failure to oust Sabah chief minister Hajiji Noor shows the Umno president is desperate says a leader from the Bornean state Umno s influence is waning in Sabah and this is worryi...
Anwar Won T Stick Neck Out For Zahid Says Source

Anwar Won T Stick Neck Out For Zahid Says Source

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 313 hits
Bung has influence over 25 Umno division leaders in Sabah Zahid needs their backing to ensure that no one contests him for the party presidency An Umno insider has lamented Anwar Ibrahim s refusal to mediate a full resolution of the ongoing...
Anwar Enggan Mengantara Krisis Sabah Walaupun Zahid Terkesan

Anwar Enggan Mengantara Krisis Sabah Walaupun Zahid Terkesan

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 374 hits
Elill EaswaranPETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikatakan enggan menjadi perantara dalam krisis politik Sabah keluh seorang sumber dalam Umno selepas beliau menyuarakan sokongan kepada Hajiji Noor untuk terus memimpin negeri itu s...
Dap Cela Pkr Maki Beginikah Cara Berkawan Sindir Pas Kepada Umno

Dap Cela Pkr Maki Beginikah Cara Berkawan Sindir Pas Kepada Umno

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 157 hits
sgendaily com17 01 2023Dua pemimpin kanan DAP dan PKR menghina dan merendah rendahkan harga diri UMNO Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Sahir mempersoalkan tindakan DAP dan PKR yang menghina UMNO setelah parti ker...
Zahid Hamidi Admits He Backed Anwar Ibrahim For Pm Based On The Surat Akujanji

Zahid Hamidi Admits He Backed Anwar Ibrahim For Pm Based On The Surat Akujanji

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 241 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has denied making unilateral decisions for the party when it came to its candidates for the recent general election and joining Anwar Ibrahim s unity government While six of its 119 candidates had been chan...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kenaikan Gaji Minimum Rm1 700

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah