Anwar Tak Usah Bimbang Umno Tak Akan Berani Tarik Sokongan




Terdapat kecenderungan yang ketara sejak kebelakangan ini untuk segelintir penyokong Najib Razak memberi semacam ugutan kepada Anwar Ibrahim dalam kes pengampunan bekas Perdana Menteri itu.


Mereka tidak ragu-ragu menyatakan Anwar akan menjadi Perdana Menteri terpendek dalam sejarah jika pengampunan Najib tidak menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini.


Mudah kata, ia bermakna UMNO akan menarik sokongan sekiranya Najib tidak segera dibebaskan.


Beberapa hantaran di media sosial daripada mereka yang diketahui penyokong kuat Najib amat jelas mengenai perkara itu.


Malah, blogger dalam buangan, Raja Petra Kamaruddin mengatakan penarikan sokongan itu akan berlaku seawal 28 April ini (tak dipastikan apa relevannya tarikh berkenaan).


Katanya, melalui pengampunan yang diusahakan UMNO terhadap Najib, ia adalah kata dua kepada Anwar sama ada memastikannya menjadi kenyataan atau sedia kerajaan perpaduan ditumbangkan.


Seorang pemimpin UMNO yang juga penyokong kuat Najib, beberapa kali menghubungi saya untuk meyakinkan perlunya Najib dibebaskan dalam waktu terdekat ini demi untuk kestabilan kerajaan dalam jangka panjang.


Beliau juga menyebut bahawa Anwar berada dalam kedudukan bahaya jika gagal mendorong atau berusaha ke arah pengampuan penuh Najib.


Soalnya, benarkah UMNO berani menarik sokongan?


Secara umumnya, yang pertama ialah kerajaan perpaduan terbentuk melalui sokongan 148 Ahli Parlimen – PH 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, PBM 1, PKDM 1 dan Bebas 2.


Ini bermakna, kalau UMNO atau BN membawa keluar 30 Ahli Parlimennya kerana marah disebabkan pengampunan Najib tidak menjadi kenyataan, kerajaan perpaduan masih lagi mempunyai 118 Ahli Parlimen.


Jumlah itu sudah lebih daripada majoriti paling minima yang diperlukan untuk mengekalkan kerajaan iaitu 112 sokongan Ahli Parlimen.


Melainkan jika UMNO memang mahu jadi pembangkang, maka adalah “cerdik” kalau ia bertindak menarik sokongan itu.


Yang kedua, penarikan sokongan UMNO hanya akan berjaya menjatuhkan kerajaan jika ia turut disertai oleh GPS dan GRS.


Adakah GPS dan GRS mahu keluar daripada kerajaan atau mampukah UMNO meyakinkan Abang Johari Abang Haji Openg dan Hajiji Noor mengikut jejak mereka meninggalkan kerajaan, sedangkan kedua-dua gabungan mewakili Sabah dan Sarawak itu sudah memperolehi banyak manfaat daripada kemurahan hati Anwar sebagai Perdana Menteri?


Yang ketiga, penarikan sokongan UMNO terhadap Anwar yang jika diandaikan turut disertai GPS dan GRS, ia hanya sekadar berjaya menjatuhkan kerajaan tetapi tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan baru.


Untuk membentuk kerajaan baru, mereka mesti mencari PN yang sekarang mempunyai 74 Ahli Parlimen.


Dalam hal ini, oleh kerana PN mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai, kerajaan baru yang mahu dibentuk nanti pastilah akan diketuai oleh PN atau Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.


Sediakah UMNO berketuakan Mahiaddin semula, walhal sebelum PRU15 dulu, UMNO jugalah yang menarik sokongan dan menjatuhkan Pengerusi PN itu lalu membuka peluang kepada Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri?


Apakah jika Mahiaddin kembali jadi Perdana Menteri, nasib Najib dan Zahid Hamidi kemudiannya akan jadi lebih baik?


Berdasarkan semua itu, meskipun barangkali Anwar terus berdepan tekanan, beliau tidak harus bimbang atau gundah gulana kerana UMNO mengikut logiknya, tidak mungkin berani atau sedia meninggalkan kerajaan perpaduan ini.


Bahkan, jika UMNO secara sendirian berani menarik sokongan, Anwar boleh pula mendekati Pas dan Bersatu untuk masuk dalam kerajaan bagi mengukuhkan lagi erti dan nilai perpaduan ke arah lebih inklusif.


Akhirnya, akan melopong teruslah UMNO terkontang-kontang sendirian sebagai pembangkang.


Dalam hal ini, apa yang Anwar perlu lakukan ialah bertindak selari dengan kemahuan majoriti rakyat dalam isu pengampunan Najib, selain teruskanlah konsisten tanpa kompromi atau mengalah dalam komitmen memerangi rasuah. – ShahbudinHusin 13/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/04/13/anwar-tak-usah-bimbang-umno-takkan-berani-tarik-sokongan.html




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/anwar-tak-usah-bimbang-umno-tak-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Perlu Umno Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri

Anwar Perlu Umno Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 442 hits
Satu unsur penting yang menentukan ketahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 adalah sama ada Umno dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip prinsip asal pembinaan ...
Umno Terhutang Budi Kepada Anwar

Umno Terhutang Budi Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 223 hits
Ada baik juga umno dibubarkan dan ramai ramai sertai PKR dengan nobatkan dan bernaung di bawah Anwar Ibrahim sebagai Presiden Ini adalah pengisian kepada kerajaan perpaduan dan madani bagi menstabilkan politik dan pengurusan negara Ini juga...
Hanya Anwar Boleh Selamatkan Umno

Hanya Anwar Boleh Selamatkan Umno

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 135 hits
NORMAN RADZUANPretasi UMNO tidak pernah meningkat sejak 2008 HANYA ANWAR BOLEH SELAMATKAN UMNO Semalam saya berborak dgn rakan politik mantan UMNO dan skg tidak berparti Dlm pelbagai topik dibualkan dia bertanya adakah UMNO mampu diselamatk...
Pengampunan Najib Aliran Mahu Anwar Tarik Diri

Pengampunan Najib Aliran Mahu Anwar Tarik Diri

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 111 hits
Pertubuhan Aliran berpendapat Anwar Ibrahim wajar menarik diri daripada sebarang pembabitan dalam lembaga pengampunan yang meneliti permohonan membebaskan Najib Razak Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini jawatankuasa eksekutir badan itu ber...
Is Anwar Colluding With Umno To Set Najib Free

Is Anwar Colluding With Umno To Set Najib Free

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 308 hits
Dennis Ignatius Is Prime Minister Anwar Ibrahim colluding with UMNO to free former prime minister Najib Tun Razak from jail It might have been far fetched a few months ago but recent developments appear to suggest that something nefarious m...
Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 161 hits
Siang malam bertahun lamanya menghentam Najib Kiri Dan kanan bukan hentaman kosong Dan fitnah Sebaliknya Hari InI APABILA Ada puluhan Dan mungkin ke ratusan tuduhan Dan pendakwaan nyata hentaman dulu berasas Bukan setakat najib pemimpin UMN...
Anwar Usah Terganggu Dengan

Anwar Usah Terganggu Dengan

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 86 hits
TENGKU AZLANDi sebalik lawatan ke Arab Saudi yang bermasalah di saat saat akhir baru baru ini Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipesankan agar tidak terganggu dengan perkara itu Seorang ahli UMNO yang juga bekas Timbalan Menteri Pengangkutan T...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Maaqub Sintok Ni Nak Kata Anggota Kita Tak Sedia La

Buah Yang Berubah Ubah Rasa

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis