Anwar Perlu Umno Untuk Kekal Sebagai Perdana Menteri



(Suara TV) – Satu unsur penting yang menentukan ketahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 adalah sama ada Umno dapat memainkan peranan penting untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.
Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, prestasi buruk Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi bukti bahawa kepercayaan yang pengundi Melayu akan kekal setia dengan Datuk Seri Najib Razak walaupun selepas disabitkan dengan pelbagai pertuduhan berkaitan dengan 1MDB adalah satu kesilapan.
Katanya kerana sekiranya perkara ini betul, Umno sepatutnya menyaksikan kebangkitan dan bukannya kekalahan besar dalam pilihan raya umum pada November tahun lepas.
“Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu pada bulan Julai/Ogos akan memberikan kesan yang besar kepada ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dan menjadi ujian besar seterusnya kepada Anwar yang akan menentukan sama ada dia akan kekal menjadi Perdana Menteri untuk sepenuh penggal lima tahunnya,” catat Kit Siang di blognya pada Isnin.
Menurut beliau persoalan yang sentiasa ditanya oleh rakyat Malaysia iaitu “bolehkah Anwar bertahan selama lima tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10?
“Inilah persoalan yang perlu sentiasa ditanya oleh rakyat Malaysia dalam lima tahun yang akan datang, melainkan sekiranya Anwar ditumbangkan sebelum lima tahun.
“Selepas empat bulan setengah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan selepas lapan minggu Dewan Rakyat bersidang sempena Pembukaan Parlimen ke-15, saya lebih yakin yang Anwar boleh melengkapkan penggalnya sebagai Perdana Menteri ke-10 kerana dia berjaya melepasi empat ujian, iaitu Usul kepercayaan di Parlimen terhadap kerajaannya; Usul menjunjung Titah Diraja sempena Pembukaan Parlimen ke-15.
“Selain itu, Kelulusan Belanjawan 2023; dan mengekalkan harapan rakyat Malaysia bahawa Malaysia mampu untuk mengelakkan hala tuju menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik dalam dekad-dekad yang akan datang supaya kita dapat melakukan lebih banyak lagi perkara untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip pembinaan sebuah Malaysia majmuk seperti yang dipersetujui oleh tokoh kemerdekaan negara (termasuklah empat presiden terawal Umno) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia,” ujarnya.
Kit Siang berkata, sekiranya beliau diminta untuk memberikan markah kemungkinan Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 sekarang.
“Saya akan berikan angka-angka seperti berikut yakni 90 peratus kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun.
“80 peratus kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk tiga tahun; dan 70 peratus kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk penggal penuh lima tahun,” jangka Kit Siang.
Jelasnya, perkara ini mengambil kira kegagalan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan kegagalan mereka untuk menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong semasa istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk berjaya sebagai sebuah negara dan juga peranan mereka dalam merosakkan perpaduan negara dengan mempolarisasi negara melalui retorik penipuan perkauman dan keagamaan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/04/10/anwar-perlu-umno-untuk-kekal-sebagai-perdana-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Anwar Ibrahim Akan Umum Berita Baik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim Akan Umum Berita Baik

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 264 hits
Apakah berita baik tu kita tunggu sebelum raya nanti dia akan umumkan https www kosmo com my 2023 04 12 pm bakal umum berita baik sebelum raya
Berbanding Ab Rauf Kenapa Tidak Ditonjolkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Sebagai Ketua Menteri Melaka Berbanding Ab Rauf

Berbanding Ab Rauf Kenapa Tidak Ditonjolkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Sebagai Ketua Menteri Melaka Berbanding Ab Rauf

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 526 hits
Isnin lalu Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata struktur kerajaan negeri Melaka akan berubah dalam waktu terdekat ini menjadi sebuah kerajaan perpaduan Menurut beliau perubahan itu untuk menyesuaikan dengan kerajaan perpaduan yang telah...
Perdana Menteri Itu Bukan Kerja Pondan

Perdana Menteri Itu Bukan Kerja Pondan

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 186 hits
Court suggests Dr M Zahid settle libel suits without contestHigh Court suggest Dr M Zahid settle defamation instead of trialtwo libel suits involving Dr M and Zahid in Sept and NovMahathir s suit against Zahid for derogatory use Kutty meant...
Fakhruddin Secara Rasmi Kekal Ketua Umno Bahagian Pekan Sesi 2023 2026

Fakhruddin Secara Rasmi Kekal Ketua Umno Bahagian Pekan Sesi 2023 2026

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 268 hits
KUANTAN Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada 7 April 2023 memutuskan bahawa tiada sebarang unsur ketidakaturan yang berlaku dalam mesyuarat dan pemilihan tersebut Ini bermakna keputusan pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian ...
Anwar Tak Usah Bimbang Umno Tak Akan Berani Tarik Sokongan

Anwar Tak Usah Bimbang Umno Tak Akan Berani Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 172 hits
Terdapat kecenderungan yang ketara sejak kebelakangan ini untuk segelintir penyokong Najib Razak memberi semacam ugutan kepada Anwar Ibrahim dalam kes pengampunan bekas Perdana Menteri itu Mereka tidak ragu ragu menyatakan Anwar akan menjad...
Is Anwar Colluding With Umno To Set Najib Free

Is Anwar Colluding With Umno To Set Najib Free

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 485 hits
Dennis Ignatius Is Prime Minister Anwar Ibrahim colluding with UMNO to free former prime minister Najib Tun Razak from jail It might have been far fetched a few months ago but recent developments appear to suggest that something nefarious m...
Umno Terhutang Budi Kepada Anwar

Umno Terhutang Budi Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 429 hits
Ada baik juga umno dibubarkan dan ramai ramai sertai PKR dengan nobatkan dan bernaung di bawah Anwar Ibrahim sebagai Presiden Ini adalah pengisian kepada kerajaan perpaduan dan madani bagi menstabilkan politik dan pengurusan negara Ini juga...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi

Dapat Hadiah Beg Cantik Dari Blogger Kak Sa

Resipi Pan Mee Homemade Mudah Hanya Guna 3 Bahan