Anwar Mulakan Langkah Bidas Mahathir



Presiden PKR Anwar Ibrahim mempersoalkan keperluan untuk terus mengkritiknya, dipercayai ditujukan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad

Anwar berkata demikian ketika mengimbas kembali keruntuhan kerajaan PH dan apa yang berlaku selepas itu, dalam satu majlis di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur semalam

Beliau berkata, terdapat banyak dakwaan berkenaan siapa yang patut dipersalahkan atas apa yang berlaku, antaranya yang mengatakan beliau tergesa-gesa untuk memegang jawatan perdana menteri

"Saudara tahu perjanjian (peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar) dibuat pada 2018. Sudah tandatangan semua.Ia tak ditunaikan (tetapi) saya tak bantah, terus sabar

"Ada kawan cadang kalau boleh saya (dilantik) timbalan perdana menteri. (Mahathir jawab) 'Tak boleh'. Tak apa kita teruskan

"Nak kutuk saya lagi buat apa?" kata Anwar

Semalam The Sun melaporkan Mahathir berkata Anwar mencadangkan beliau menjadi timbalan perdana menteri jika Mahathir berjaya membentuk kerajaan baru

Mahathir berkata cadangan itu dinyatakan dalam mesyuarat PH yang bersedia sekali lagi untuk menyokong pengerusi Bersatu itu, dalam usaha menggagalkan Muhyiddin Yassin daripada membentuk gabungan baru, yang kini dikenali sebagai Perikatan Nasional

Bagaimanapun Mahathir berkata beliau menolak cadangan Anwar dan mahukan Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali menjadi timbalannya

Beliau juga mendakwa mendapat maklum balas bahawa ada pihak yang tidak selesa dengan Anwar dalam kerajaan kerana dikatakan lebih cenderung politiking berbanding mentadbir

Dalam ceramahnya semalam, Anwar turut menceritakan bagaimana tindakan Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Feb sebagai
peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri pada 24 Feb lepas sebagai tidak bersungguh-sungguh

"Bila kita (dengar) Tun Mahathir letak jawatan, ia satu kejutan

"Tapi selepas itu segera diambil sebagai perdana menteri interim. Kita masa itu sedih. Ingat sudah letak (jawatan) sungguh-sungguh rupa-rupanya tidak. Letak (jawatan) sementara dan jadi perdana menteri interim

"Kita kata tak apalah, untuk kestabilan politik dan perjuangan jangka panjang, kita sokong, semua sokong perdana menteri sementara," katanya lagi

Bagaimanapun, anggota parlimen Port Dickson itu berkata sebagai perdana menteri interim, Mahathir telah mencadangkan sistem pentadbiran baru, di mana dia mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja tanpa peranan parti politik

"Pada masa itu, saya sebut macam mana (sistem pentadbiran baru)? Sistem kita ini kena runding, kena musyawarah dengan parti

"Dia kata tak payah kerana semua orang sokong dia. Bukan sahaja PH, (tetapi) PAS, Umno, dan Sabah dan Sarawak sokong dia

"Kalau semua sokong mesti ikut dia. Kita semua sokong (Mahathir) tetapi tidak bermakna kita boleh ketepikan agenda perubahan musyawarah di kalangan kita," katanya lagi

Apabila Mahathir mendedahkan rancangan kerajaan perpaduannya, Anwar berkata PAS dan Umno menarik balik sokongan kepadanya dan menggesa pilihan raya diadakan

"Bila mereka tidak sokong, kita minta Tun M pengerusikan majlis PH malam itu, beliau enggan sebab beliau bukan lagi dalam PH

"...Maka kita kembali kepadacalon asal PH, (sebab) itu dikemukakan nama saya," katanya

Dalam satu majlis di Kedah minggu lepas, Mahathir dilaporkan berkata bahawa jika PH mencalonkannya sebagai perdana menteri dan bukannya Anwar, beliau akan memiliki cukup sokongan anggota parlimen

"Mereka menamakan Anwar sebagai calon mereka dan kerana ini saya kalah. Saya tidak boleh mendapatkan majoriti. Anwar juga tidak mendapat majoriti," katanya lagi

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/anwar-mulakan-langkah-bidas-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dibayangi Mahathir Anwar

Muhyiddin Dibayangi Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 200 hits
Pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang baru bermula awal minggu lalu dijangka akan terus dibayangi dengan bekas penyandang jawatan itu Dr Mahathir Mohamad kata penganalisis politik Apatah lagi bekas perdana menteri itu kini berad...
Langkah Politik Dr Mahathir Gagal Fahmi Luah Dalam Lukisan

Langkah Politik Dr Mahathir Gagal Fahmi Luah Dalam Lukisan

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 311 hits
Fahmi Reza menggambarkan Speaker Dewan Rakyat menghalang sidang khas dijadual Isnin Foto ihsan Twitter FahmiKUALA LUMPUR 28 Feb Aktivis dan kartunis Fahmi Reza menarik perhatian umum dengan hasil seni terbarunya berkait situasi politik sema...
Kalau Anwar Gila Kuasa Apaperlu Lawan Mahathir

Kalau Anwar Gila Kuasa Apaperlu Lawan Mahathir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 188 hits
Kalau benar DSAI idamkan jawatan PM dia tak perlu pun laung Reformasi 1998 dia tak perlu pilih jalan sukar hingga dua kali masuk penjara belas tahun lamanya dia hanya perlu dengar cakap Tun sampai dipilih jadi PM Jangan jadi hipokrit ketika...
Langkah Umum Mahathir Pengerusi Ppbm Kelirukan Ahli Rakyat Kata Redzuan

Langkah Umum Mahathir Pengerusi Ppbm Kelirukan Ahli Rakyat Kata Redzuan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR Tindakan setiausaha agung PPBM Marzuki Yahya memaklumkan bahawa Dr Mahathir Mohamad masih lagi pengerusi parti itu boleh mengelirukan ahli dan rakyat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Mohd Redzuan Mohd Yusof berkata tindakan ...
Anwar Salahkan Mahathir Punca Kejatuhan Kerajaan Ph

Anwar Salahkan Mahathir Punca Kejatuhan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 238 hits
SUARA POLITIK MALAYSIAKUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah berpunca dari tindakan bekas Perdana Mentari Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau dipercayai berka...
Agong Checkmate Mahathir Anwar Dan Ph

Agong Checkmate Mahathir Anwar Dan Ph

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 330 hits
Kehebatan Agong akhirnya krisis keperlembagaan dalam lantikan PM ke 8 selesai pada hari ini Keputusan YDPA dalam isu lantikan ini tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana ianya di bawah kuasa budibicara Tuanku yg tidak perlu mengikuti nasihat...
Mahathir Did Not Mastermind Treacherous Act Clarifies Anwar

Mahathir Did Not Mastermind Treacherous Act Clarifies Anwar

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 277 hits
Dr Mahathir Mohamad was not involved in the attempt to create a new coalition government according to PKR president Anwar Ibrahim It was not him his name was used those within my party and outside And he reiterated what he said earlier he p...
Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Nak Berebut Juga

Mahathir Atau Anwar Ketua Pembangkang Takkan Yang Ni Nak Berebut Juga

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 232 hits
Daripada PH sibuk beli MP nak cukupkan SD adalah lebih baik PH sekarang ini bincang siapa yang bakal jadi Ketua Pembangkang Takkan yang ni pun nak tikam menikam Kalau beli SD macam Anwar cakap SD sekarang tak guna yang penting siapa jumpa A...
Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

Anwar Membawa Falsafah Politik Liberal Sinis Mahathir Drama Seronok Ni

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 226 hits
Orang Melayu tak boleh terima Anwar kerana falsafah politik liberal dakwa Dr MAntara sebab orang Melayu tidak boleh menerima Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana ideologi politiknya yang liberal dakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Top Instagram Influencers In Malaysia In 2024

Oh Yeah Banana Leaf Brickfields Outlet Ke3 Wajib Korang Singgah

Cyber Eco Hunt 2023 Aktiviti Tahunan Yang Wajar Diadakan Setiap Tahun Oleh Alam Flora Sdn Bhd

5 Tempat Makan Best Di Baling Wajib Singgah Qtt X Kembarojak Fam Trip

Pengalaman Menaiki Ktm Ets Pertama Kali