Mahathir Harap Kerajaan Tidak Gugurkan Dasar Yang Baik


Tun Dr Mahathir Mohamad berharap dasar-dasar kerajaan yang baik seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilaksanakan ketika pentadbiran beliau sebagai perdana menteri ketujuh, tidak akan digugurkan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang baharu.

"Saya minta kalau boleh Kabinet janganlah gugurkan dasar-dasar yang baik yang telah kita adakan umpamanya dasar Wawasan Kemakmuran Bersama, itu satu benda yang baik.

"Orang yang menciptakan dasar itu pun ada dalam Kabinet, jangan gugur," katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan di akhbar itu hari ini serta di laman YouTube.

Dr Mahathir juga berharap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dilaksana semula supaya negara tidak ketinggalan dalam bidang ilmu itu.

Beliau berkata sains dan matematik bukan satu bidang ilmu statik namun berkembang setiap masa dengan penemuan dan aplikasi baharu.

"Jadi, kita, kalau dalam bahasa Melayu apabila datang paper (kertas kerja) berkenaan new application (aplikasi baharu), digitalisation (pendigitalan), artificial intelligence (kecerdasan buatan) dan sebagainya, kita dalam bahasa Melayu, kita tidak boleh faham. Kita nak ada orang yang menterjemah.

"Orang yang menterjemah itu perlu ada ilmu itu dan perlu fasih dalam bahasa Melayu dan Inggeris, dan bahasa Inggeris sains ini berlainan dengan bahasa Inggeris biasa ...jadi nak translate (terjemah) itu ke bahasa Melayu adalah satu perkara yang sukar dilakukan. Jadi, kita akan ketinggalan di waktu sains berkembang dengan maju," tambahnya.





Pemimpin berusia 94 tahun itu berkata kecenderungannya terhadap PPSMI bukan tidak sayang terhadap bahasa Melayu, malah jelasnya beliau merupakan pejuang bahasa itu.

"Tahun 1945, 1946 saya telah perjuangkan bahasa tetapi saya lebih utamakan ilmu. Kalau kita ketinggalan ilmu, kita jadi mundur," katanya.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh setelah menerajui Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu merangkumi Bersatu, PKR, DAP dan Amanah memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Namun, Dr Mahathir meletakkan jawatan utama kerajaan itu pada 24 Feb lepas sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari sama.

Berikutan krisis kepimpinan negara yang berlanjutan selama seminggu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Perdana Menteri kelapan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 1 Mac. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/mahathir-harap-kerajaan-tidak-gugurkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Komited Jadikan Sistem Pendidikan Lebih Baik Pm

Kerajaan Komited Jadikan Sistem Pendidikan Lebih Baik Pm

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 213 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra bersama pelajar pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2019 di Sekolah Kebangsaan Sultan Alam Shah Putrajaya foto SYAFIQ AMBAK PUTRAJAYA Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan mengejut ...
Mahathir Iktiraf Kerajaan Baru

Mahathir Iktiraf Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 284 hits
Last updated Mar 11 2020 Pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Perikatan Nasional mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum Ke 15 merupakan satu pengikitirafan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mu...
Muhyiddin Kembalikan Kerajaan Kleptokrasi Mahathir

Muhyiddin Kembalikan Kerajaan Kleptokrasi Mahathir

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 235 hits
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam penubuhan kerajaan baharu yang akan membariskan menteri kabinet Selasa ini dan melibatkan pemimpin parti yang dikaitkan dengan rasuah Beliau juga menyifatkan kerajaan dari pintu belakang me...
10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

10 Minuman Elektrolit Ala Rumahan Yang Baik Bagi Tubuh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 344 hits
Elektrolit merupakan sebuah cairan dalam tubuh yang memainkan peran penting dalam fungsi kesehatan yang tepat Secara alami bentuk dari elektrolit yang terkandung dalam tubuh kita berbentuk kalsium natrium dan kalium
Kenapa Mahathir Kritik India Dan Kini Wee Ka Siong Mahu Kerajaan Sekarang Berbaik

Kenapa Mahathir Kritik India Dan Kini Wee Ka Siong Mahu Kerajaan Sekarang Berbaik

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 252 hits
The two videos I ll be sending is about our emotional health The Modi government of India is seen brutally and most painfullg beating innocent Muslim children at their madressas throughout India Please send this video around so the world ca...
Harap Kerajaan Baru Tidak Akan Mengulangi Kebodohan Ph

Harap Kerajaan Baru Tidak Akan Mengulangi Kebodohan Ph

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 302 hits
Ini ialah contoh kebodohan rejim PH yang saya sebut tadi Selepas PH menjadi kerajaan mereka hentikan 121 projek diberi masa BN walaupun projek sudah berjalan Selepas projek yang sedang berjalan dihentikan 6 hingga 9 bulan PH memberi pilihan...
Berita Baik Ptptn Tak Sempat Diumum Kerana Kerajaan Ph Tumbang Guan Eng

Berita Baik Ptptn Tak Sempat Diumum Kerana Kerajaan Ph Tumbang Guan Eng

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 365 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata sebelum runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan gabungan itu berhasrat mengumumkan berita baik buat peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang berpendapatan tidak melebihi RM4 000 sebul...
Najib Harap Pembicaraan Yang Adil Selepas Kerajaan Ph Jatuh

Najib Harap Pembicaraan Yang Adil Selepas Kerajaan Ph Jatuh

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 287 hits
Selepas dua setengah tahun kerajaan PH akhirnya tumbang dengan tindakan Muhyiddin membawa partinya Bersatu meninggalkan pakatan tersebut lalu bersama 11 ahli parlimen PKR diketuai Azmin Ali mereka mengadakan kerjasama dengan Umno dan PAS Un...
Anwar Dr Mahathir Lebih Baik Berundur Kata Dr Chandra Muzaffar

Anwar Dr Mahathir Lebih Baik Berundur Kata Dr Chandra Muzaffar

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 365 hits
CENDEKIAWAN sains politik Dr Chandra Muzaffar ialah sahabat baik Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998 Chandralah antara orang yang paling kuat m...
Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Filem Abah Saya Uncle Mike

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Kompang Warisan Johor

Ocd Bila Kebersihan Jadi Obses Sampai Hidup Tak Tenang

Anna Sawai S Legs In Tights Pantyhose 5

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Wanita Maut Jatuh Tingkat 23 Kondominium