Anwar Kini Ketua Pembangkang Setaraf Dengan Menteri




Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang menjadi setaraf dengan pejabat menteri.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dengan perubahan itu Anwar Ibrahim akan mendapat pelbagai kemudahan seperti seorang menteri.

Menurut hantaran ahli parlimen Seremban itu lagi, perubahan kedudukan itu dimaklumkan sendiri Ismail Sabri kepada Anwar sebelum mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan pusat dengan Pakatan Harapan (PH).

Pertemuan tersebut diadakan di di Bilik Mesyuarat Parlimen petang semalam.

"Sebelum mesyuarat bermula, PM menyerahkan surat pengesahan kepada ketua pembangkang untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat menteri," katanya.

Putrajaya dan PH menandatangani MOU pada 13 Sept lalu yang menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam beberapa aspek bagi mencapai kestabilan politik dalam negara.

Melalui MOU itu kerajaan menjanjikan beberapa pembaharuan termasuk reformasi parlimen, Undi18, had jawatan seseorang perdana menteri dan kebebasan badan kehakiman.

Bawa budaya politik baru

Sebagai balasan, PH - yang menjadi blok pembangkang terbesar di Dewan Rakyat - akan menyokong atau berkecuali dalam undian B2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengannya.

Ia dengan syarat penggubalan belanjawan dan rang undang-undang (RUU) yang berkaitan dengannya dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kerajaan dan PH.

PH juga akan menyokong atau berkecuali dalam sebarang RUU yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya, dengan syarat perangkaannya turut dirunding dan dipersetujui secara bersama.

Kata Loke mesyuarat semalam membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda-agenda pembaharuan yang dipersetujui bersama baru-baru ini.

Menurutnya beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan parlimen yang akan datang.

Kata bekas menteri pengangkutan itu mesyuarat jawatankuasa terbabit akan diadakan sekali setiap dua minggu.

"Mesyuarat seperti ini membawa satu budaya politik yang baru untuk negara kita.

"Walaupun ada perbezaan politik di antara parti, kita tetap boleh duduk bersama untuk berbincang dan mencari titik persamaan demi kepentingan negara," katanya.
Sumber : Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/10/anwar-kini-ketua-pembangkang-setaraf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rangkuman Parlimen Tiada Undi Percaya Anwar Dulu Terhina Kini Setaraf Menteri

Rangkuman Parlimen Tiada Undi Percaya Anwar Dulu Terhina Kini Setaraf Menteri

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 274 hits
agendaily com13 10 2021Bangunan Parlimen Malaysia Hari ini berakhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke 14 yang bersidang selama 17 hari yang menyaksikan blok pembangkang hilang taring selepas menandatangani Memorandum Persefahama...
Anwar Kini Bertaraf Menteri Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu

Anwar Kini Bertaraf Menteri Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 303 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob meningkatkan kedudukan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadikannya setara dengan menteri kata Anthony Loke Penyelaras ketua whip Pakatan Harapan dan ahli Parlimen Seremban itu berkata dalam cat...
Anwar Dapat Surat Naik Taraf Sebagai Ketua Pembangkang

Anwar Dapat Surat Naik Taraf Sebagai Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 276 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 12 2021 8 11 AMPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang menjadi setaraf dengan pejabat menteri Menurut Setiausaha Organisasi DAP An...
Anwar Tak Setuju Gaji Elaun Rm33 5k Sebulan Untuk Ketua Pembangkang

Anwar Tak Setuju Gaji Elaun Rm33 5k Sebulan Untuk Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 287 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 16 2021 10 34 PMAnwar Ibrahim tidak setuju dengan gaji bulanan serta elaun yang akan diterimanya sebagai ketua pembangkang selepas jawatan itu diberi kedudukan setaraf menteri Dalam kenyataan malam ini Anwar ...
Naik Taraf Ketua Pembangkang Anwar Jual Diri Dengan Jawatan Pejuang

Naik Taraf Ketua Pembangkang Anwar Jual Diri Dengan Jawatan Pejuang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 282 hits
AGENDA DAILY Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalannya Datuk Marzuki Yahya Langkah kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaik taraf kedudukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sama dengan seor...
Kepimpinan Ketua Menteri Melaka Jadi Boneka Individu Tertentu Kata Adun

Kepimpinan Ketua Menteri Melaka Jadi Boneka Individu Tertentu Kata Adun

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 230 hits
BERNAMA Idris berkata beliau mempunyai masalah dengan kepimpinan yang menjadi boneka kepada individu tertentu sehingga exco tidak dapat jalankan peranan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali Gambar Facebook Sehari selepas mengumumkan menarik...
Rentasan 984 Panas Agenda Pertemuan Ketua Pembangkang Dengan 4 Adun

Rentasan 984 Panas Agenda Pertemuan Ketua Pembangkang Dengan 4 Adun

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 229 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9841 PANDORA PAPERS INIKAH NEGARAKU 2 UMNO GAGAL DAPAT NYAWA DARI DAP 3 BUSUK IKAN MULA DI KEPALA 4 PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA SIAPA INGKAR MOU
Anwar Tolak Kemudahan Bertaraf Menteri

Anwar Tolak Kemudahan Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 205 hits
Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menolak faedah dan kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji dan elaun bulanan Anwar dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebooknya berkata sebaliknya dana itu akan didermakan kepada tabung ra...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara