Rangkuman Parlimen Tiada Undi Percaya Anwar Dulu Terhina Kini Setaraf Menteri


agendaily.com13/10/2021
Bangunan Parlimen Malaysia.
Hari ini berakhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bersidang selama 17 hari yang menyaksikan blok pembangkang hilang taring selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan kerajaan.

Sidang kali ini adalah kali pertama bagi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tiada usul undi percaya didesak pembangkang seperti yang dilakukan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menyebabkan peletakan jawatannya 16 Ogos lalu.

Pembangkang juga tidak banyak membahaskan berhubung usul undi percaya di Parlimen kali ini, bahkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga nampaknya sudah tunduk kepada kerajaan yang dipimpin UMNO.

Paling menjadi tumpuan, Anwar yang dahulunya menolak tawaran sama Muhyiddin atas alasan kononnya ‘terhina’ tetapi terpaksa menjilat ludahnya sendiri dengan menerima tawaran Ismail Sabri, ia mungkin disebabkan rasa malu selepas gagal menjadi PM kerana tiada majoriti.

Kenaikkan status tersebut memberi manfaat banyak kepada Presiden PKR itu, antaranya dapat menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat menteri dan juga beberapa elaun-elaun lain.

Jadi, sekurang-kurangnya terubat kekecewaan Anwar gagal menjadi PM apabila ditipu oleh anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, turut menjadi tumpuan pastinya berhubung isu penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang dikritik hebat pembangkang semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) tetapi diluluskan pula secara sebulat suara pada sidang kali ini.

Pembangkang yang dahulunya menentang penggunaan dana itu juga akhirnya bersetuju bahawa langkah diambil mantan PM, Muhyiddin dengan meluluskan penggunaan dana KWAN adalah tepat bagi memastikan bekalan vaksin negara mencukupi.

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) KWAN (Pindaan 2021) secara sebulat suara selepas bacaan kali ketiga.

Bagaimanapun, sidang Dewan Rakyat kali ini gagal melantik Timbalan Speaker baharu bagi menggantikan Ahli Parlimen (MP) Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan semasa kemelut politik sebelum ini.

Ismail Sabri pada mulanya mencalonkan nama MP Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang diketahui umum antara salah seorang kluster mahkamah dan berada dalam kumpulan 15 MP yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, namun cadangan tersebut tidak dibawa ke Dewan Rakyat kali ini kerana tidak mendapat sokongan majoriti MP Bersatu.

Jika langkah tersebut diteruskan juga, ia mungkin mengakibatkan satu kemaluan besar kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri sekiranya kalah dalam pengundian.

Ketiadaan Timbalan Speaker pada sidang kali ini juga menyaksikan keadaan kelam-kabut terhadap perjalanan sidang dewan, malah Azalina juga beberapa kali terpaksa mengambil tugas menjadi Timbalan Speaker sementara.

Berkemungkinan jawatan tersebut hanya akan dapat diisi pada sidang depan nanti.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini juga menyaksikan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu rancangan pembangunan negara bagi tempoh 2021-2025 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari mulai 28 Sept oleh 106 Ahli Parlimen, disusuli penggulungan 27 kementerian terlibat.

RMK12 dibentangkan Ismail Sabri pada 27 Sept lepas bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik Covid-19.

Sebelum itu, Dewan Rakyat meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 Sept, selepas 91 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Persidangan kali ini turut menyaksikan tiga rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 bertujuan membiayai empat pakej bantuan dan rangsangan yang diumumkan kerajaan sejak awal tahun ini.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang KWAN (Pindaan) 2021, Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, usul berkaitan peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) dan usul perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275).

Pada permulaan sidang hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-Ordinan Darurat akan dibawa ke persidangan akan datang.

Wan Junaidi dalam kenyataan berasingan pula berkata keputusan itu dibuat oleh Ismail Sabri berikutan permintaan pemimpin pembangkang untuk menangguhkan pembentangan usul tersebut.

Permohonan itu dibuat bertujuan untuk memberi lebih banyak masa untuk usul itu dibahaskan oleh ahli parlimen sebelum meluluskannya, menurut kenyataan Wan Junaidi.

Menurut laman rasmi Parlimen, Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat selama 32 hari akan bermula pada 25 Oktober dengan tumpuan adalah pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022 pada 29 Oktober, belanjawan pertama di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/rangkuman-parlimen-tiada-undi-percaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Kini Ketua Pembangkang Setaraf Dengan Menteri

Anwar Kini Ketua Pembangkang Setaraf Dengan Menteri

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 312 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang menjadi setaraf dengan pejabat menteri Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dengan perubahan itu Anwar Ibrahim a...
Anwar Kini Bertaraf Menteri Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu

Anwar Kini Bertaraf Menteri Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 308 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob meningkatkan kedudukan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadikannya setara dengan menteri kata Anthony Loke Penyelaras ketua whip Pakatan Harapan dan ahli Parlimen Seremban itu berkata dalam cat...
Dulu Desak Haramkan Dong Zong Kini Ismail Sumbang Rm15 Juta

Dulu Desak Haramkan Dong Zong Kini Ismail Sumbang Rm15 Juta

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 441 hits
malaysiamerdeka comPresiden Dong Zong Tan Tai Kim berkata Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM15 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Mah Ha...
Anwar Rayu Parlimen Bahas Pandora Papers

Anwar Rayu Parlimen Bahas Pandora Papers

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 369 hits
Skandal yang membuntuti pendedahan Pandora Pampers mesti dibahaskan di Dewan Rakyat untuk mengelakkan imej Malaysia tercemar di peringkat antarabangsa Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengemu...
Kah Kah Kah Ini Orang Tak Boleh Percaya Punya Yang Merewang Ke Tempat Lain Pasal Apa Anwar

Kah Kah Kah Ini Orang Tak Boleh Percaya Punya Yang Merewang Ke Tempat Lain Pasal Apa Anwar

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 567 hits
Saya nak tanya itu yang spesifik yang merewang ke tempat lain pasal apa Nak tanya saya saya boleh buka Kementerian Kewangan kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meminta penjelasan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin...
Maximizing Power Bi Performance Proven Techniques For Faster Smarter Dashboards

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2025

The Secret Language Of Whistles How Shepherds Communicate Across Mountains

Drama Nikmat Hanya Sesaat

Impact Of New Domain Extensions

Heartwarming Video Goes Viral Celebrating The Contribution Of Foreign Workers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nazia Marwiana Kasmaran Chord

Umno S Ethno Religious Agenda Caused Mca Mic Decline Urimai

To Avoid A Stress Life Take A Holiday Or A Break From Work Or Normal Routine

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Tropical Spice Garden Di Teluk Bahang

Larang Minum Arak Di Pulau Pulau Di Thailand

Majlis Salam Aidilfitri 2025