Anwar Dapat Surat Naik Taraf Sebagai Ketua Pembangkang


malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 12, 2021 8:11 AM

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang menjadi setaraf dengan pejabat menteri.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dengan perubahan itu Anwar Ibrahim akan mendapat pelbagai kemudahan seperti seorang menteri.

Menurut hantaran ahli parlimen Seremban itu lagi, perubahan kedudukan itu dimaklumkan sendiri Ismail Sabri kepada Anwar sebelum mesyuarat kedua Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MOU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan pusat dengan Pakatan Harapan (PH).

Pertemuan tersebut diadakan di di Bilik Mesyuarat Parlimen petang semalam.

"Sebelum mesyuarat bermula, PM menyerahkan surat pengesahan kepada ketua pembangkang untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat menteri," katanya.

Putrajaya dan PH menandatangani MOU pada 13 Sept lalu yang menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam beberapa aspek bagi mencapai kestabilan politik dalam negara.

Melalui MOU itu kerajaan menjanjikan beberapa pembaharuan termasuk reformasi parlimen, Undi18, had jawatan seseorang perdana menteri dan kebebasan badan kehakiman.

Bawa budaya politik baru

Sebagai balasan, PH - yang menjadi blok pembangkang terbesar di Dewan Rakyat - akan menyokong atau berkecuali dalam undian B2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengannya.

Ia dengan syarat penggubalan belanjawan dan rang undang-undang (RUU) yang berkaitan dengannya dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kerajaan dan PH.

PH juga akan menyokong atau berkecuali dalam sebarang RUU yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya, dengan syarat perangkaannya turut dirunding dan dipersetujui secara bersama.

Kata Loke mesyuarat semalam membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda-agenda pembaharuan yang dipersetujui bersama baru-baru ini.

Menurutnya beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan parlimen yang akan datang.

Kata bekas menteri pengangkutan itu mesyuarat jawatankuasa terbabit akan diadakan sekali setiap dua minggu.

"Mesyuarat seperti ini membawa satu budaya politik yang baru untuk negara kita.

"Walaupun ada perbezaan politik di antara parti, kita tetap boleh duduk bersama untuk berbincang dan mencari titik persamaan demi kepentingan negara," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/anwar-dapat-surat-naik-taraf-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naik Taraf Ketua Pembangkang Anwar Jual Diri Dengan Jawatan Pejuang

Naik Taraf Ketua Pembangkang Anwar Jual Diri Dengan Jawatan Pejuang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 276 hits
AGENDA DAILY Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalannya Datuk Marzuki Yahya Langkah kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaik taraf kedudukan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sama dengan seor...
Anwar Terima Surat Naik Pangkat Bertaraf Menteri

Anwar Terima Surat Naik Pangkat Bertaraf Menteri

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 259 hits
Anwar terima surat naik pangkat bertaraf menteri Anwar Ibrahim hari ini menerima surat kenaikan pangkat yang mengesahkan pejabat Ketua Pembangkang itu menikmati kemudahan setara pejabat menteri seperti dipersetujui dalam Memorandum Persefah...
Anwar Kini Ketua Pembangkang Setaraf Dengan Menteri

Anwar Kini Ketua Pembangkang Setaraf Dengan Menteri

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 305 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang menjadi setaraf dengan pejabat menteri Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dengan perubahan itu Anwar Ibrahim a...
Anwar Tak Setuju Gaji Elaun Rm33 5k Sebulan Untuk Ketua Pembangkang

Anwar Tak Setuju Gaji Elaun Rm33 5k Sebulan Untuk Ketua Pembangkang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 267 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 16 2021 10 34 PMAnwar Ibrahim tidak setuju dengan gaji bulanan serta elaun yang akan diterimanya sebagai ketua pembangkang selepas jawatan itu diberi kedudukan setaraf menteri Dalam kenyataan malam ini Anwar ...
Sekwan Pastikan Belum Ada Surat Pemecatan Viani Limardi Sebagai Anggota Dprd Dki

Sekwan Pastikan Belum Ada Surat Pemecatan Viani Limardi Sebagai Anggota Dprd Dki

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 188 hits
Michael menambahkan keputusan yang dikeluarkan oleh DPP PSI sudah sesuai dengan prosedur yang berlaku Ia meyakini 500 ribu warga Jakarta memilih PSI di tahun 2019 karena menaruh harapan besar bahwa PSI akan berani bersikap tegas terhadap ka...
Pecat Viani Limardi Sebagai Kader Psi Segera Layangkan Surat Ke Pimpinan Dprd Dki

Pecat Viani Limardi Sebagai Kader Psi Segera Layangkan Surat Ke Pimpinan Dprd Dki

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 170 hits
Dia menjelaskan keputusan itu telah melalui proses evaluasi dan penilaian berjenjang mulai dari DPW PSI DKI Jakarta Direktorat Pembinaan Fraksi dan Anggota Legislatif PSI Tim Pencari Fakta hingga DPP PSI
Populariti Mencanak Naik Jung Hoyeon Dipilih Sebagai Duta Global Louis Vuitton

Populariti Mencanak Naik Jung Hoyeon Dipilih Sebagai Duta Global Louis Vuitton

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 347 hits
Setelah hampir sebulan drama Squid Game ditayangkan melibatkan model Jung Ho yeon yang baru baru ini telah menjadi pelakon wanita dengan pengikut di Instagram terbanyak kali ini pula nasib Jung Ho yeon yang bagai bulan jatuh ke riba telah d...
Anwar Tolak Gaji Dan Beberapa Elaun Taraf Menteri Akan Serah Pada Tabung Rakyat Miskin

Anwar Tolak Gaji Dan Beberapa Elaun Taraf Menteri Akan Serah Pada Tabung Rakyat Miskin

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 222 hits
Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yakob dan kerajaan kerana bersetuju menambahbaik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti yang selayaknya dalam mana mana negara demo...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti