Anwar Kata Tak Tahu Ura Ura Azmin Nak Keluar Pkr


Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai ura-ura kononnya timbalannya, Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan, seperti dilaporkan media semalam.
Enggan mengulas lanjut hal itu, beliau turut meminta semua pihak agar berhenti melaga-lagakan mereka berdua.

Loading… “Saya tak dengar pun…media (yang) bagitahu… kita teruskanlah dengan agenda ekonomi…,” katanya ringkas selepas menghadiri Simposium Ekonomi Malaysia, bertemakan “Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan” di parlimen hari ini.
Semalam, sebuah portal berita yang memetik sumber melaporkan bahawa Mohamed Azmin, yang juga menteri hal ehwal ekonomi, didakwa akan menyertai Parti Gerakan berikutan ketegangan antara beliau dan Anwar sebelum ini.
Mohamed Azmin bagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan sehingga kini.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lepas, Gerakan mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional dan sehingga kini belum menyertai mana-mana gabungan.

Sementara itu, Gerakan mengalu-alukan kemasukan mana-mana ahli atau pemimpin Pakatan Harapan jika bersetuju dan boleh menerima ideologi parti tersebut, kata presidennya Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.
Lau berkata parti tersebut tidak mempunyai masalah dan terbuka untuk menerima kehadiran ahli -ahli baharu yang mementingkan dan memperjuangkan hak rakyat dalam membantu memajukan negara.
“Kami sentiasa terbuka, mengalu-alukan sesiapa sahaja, asalnya mereka bersetuju dengan ideologi kami. Gerakan adalah parti politik berbilang kaum. Semua anak Malaysia ada hak sebagai rakyat,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung oleh media sosial dari Sungai Petani.
Di Ipoh, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata sebarang usaha untuk menyingkirkan Mohamed Azmin bukan sesuatu yang mudah kerana jawatan yang disandang oleh Mohamed Azmin adalah hasil pemilihan anggota parti sendiri.
“Dia (Mohamed Azmin) adalah timbalan presiden yang dipilih oleh anggota parti, bila dipilih tak boleh singkir begitu sahaja, tidak semudah itu kalau sekiranya ada komplot (singkirkan beliau),” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Ipoh di Ipoh, hari ini.
Mengenai khabar angin terdapat pihak mahu menyingirkan Mohamed Azmin daripada parti selain desas-desus mengatakan timbalan presiden PKR itu akan menyertai Parti Gerakan, Zuraida hanya berkata: “Khabar angin hanyalah khabar angin, hinggalah ia betul-betul berlaku.” – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/anwar-kata-tak-tahu-ura-ura-azmin-nak-keluar-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

Selepas Azmin Vs Anwar Kerusi Mb Selangorkah Pula Bergolak

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 689 hits
MALAM Ahad lalu bertempat di kediaman rasminya di Seksyen 7 Shah Alam pada malam Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempamerkan pengaruh politiknya Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menuturkan Saya tidak kisah saya tiada...
Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 414 hits
July 21 2019 2 54 PMAnwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution di majlis temu rapat parti itu hari ini PORT DICKSON Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau dan...
Tiada Sebab Azmin Nak Angkat Kaki Keluar Pkr Shamsul

Tiada Sebab Azmin Nak Angkat Kaki Keluar Pkr Shamsul

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 339 hits
Mohamed Azmin Ali tidak akan beralih arah keluar daripada PKR dan akan terus bersama PKR Itu kata Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas mengenai ura ura kononnya timbalan presidennya itu akan meninggalkan parti itu dan me...
Baru Bian Sokong Anwar Azmin Sebab Takut Hilang Jawatan Kata Pemimpin Pkr Sarawak

Baru Bian Sokong Anwar Azmin Sebab Takut Hilang Jawatan Kata Pemimpin Pkr Sarawak

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 458 hits
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat menyokong Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali PETALING JAYA Seorang pemimpin bahagian PKR Sarawak mendakwa pengerusi negeri parti itu Baru Bian membuat kenyataan menyokong kedua dua Preside...
Perang Anwar Azmin Akan Menjadi Semakin Buruk Kata Penganalisis

Perang Anwar Azmin Akan Menjadi Semakin Buruk Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 396 hits
Seorang penganalisis politik berkata tempelak tajam Mohamed Azmin Ali terhadap cadangan Anwar Ibrahim supaya beliau meletakkan jawatan sekiranya bersalah terlibat dalam insiden hubungan seks sejenis menunjukkan keadaan akan menjadi semakin ...
Split Widens As Azmin Allies In Pkr Hit Out At Anwar

Split Widens As Azmin Allies In Pkr Hit Out At Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 410 hits
PKR president Anwar Ibrahim with his deputy Mohamed Azmin Ali PETALING JAYA PKR central committee members today criticised Anwar Ibrahim s call for his deputy Mohamed Azmin Ali to resign from his Cabinet post if the clips in the gay sex vid...
Tuduh Azmin Terlibat Semburit Pemimpin Pkr Gesa Tindakan Terhadap Setpol Anwar

Tuduh Azmin Terlibat Semburit Pemimpin Pkr Gesa Tindakan Terhadap Setpol Anwar

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 423 hits
July 24 2019 8 00 AMFarhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika dibebaskan daripada tahanan reman dari IPD Dang Wangi semalam PETALING JAYA Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak sepatutnya diambil tindakan disiplin oleh par...
Anwar Denies Azmin Leaving Pkr

Anwar Denies Azmin Leaving Pkr

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim has dismissed speculations that his deputy Datuk Seri Azmin Ali is planning to quit the party I did not hear anything about this I only heard about it from the media but as said before it ...
Henti Keluar Kenyataan 27 Pemimpin Pkr Tempelak Anwar

Henti Keluar Kenyataan 27 Pemimpin Pkr Tempelak Anwar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 370 hits
Dua puluh tiga pemimpin kanan PKR bersama empat anggota parlimen mendesak Anwar Ibrahim yang juga presiden mereka supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang memecah belahkan parti Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini mereka berkata...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package