Anwar Ibrahim Mehnah Dan Tribulasi


 



ANWAR IBRAHIM: MEHNAH DAN TRIBULASI

TEDx, Gaston Hall, Georgetown University, November 15, 2014.

Nama saya Anwar Ibrahim. Saya dari Malaysia. Saya pernah menjadi timbalan perdana menteri. Sekarang saya ketua pembangkang. Saya sedang menunggu keputusan mahkamah persekutuan samada akan mensabitkan saya dan dihukum penjara selama 5 tahun atau didapati tidak bersalah.

Sungguh menggembirakan apabila kembali ke Georgetown University. Isteri saya sebut bahawa tahun-tahun terbaik adalah semasa berada di universiti ini. Wacana tentang pendidikan ‘excellence without a soul’ – ‘kecemerlangan tanpa ruh’ semestinya bergema dengan mekar di sini kerana isu kepercayaan, nilai, etika dan keadilan sosial diterap dan tertanam kukuh ke dalam sanubari universiti ini.

Izinkan saya berkongsi sejenak perjalanan saya yang sudah tentu tidak sehebat Ithaca. Azizah akan ungkapkan semula seperti puisi Robert Frost, The Road Not Taken, ‘jalan yang kurang dilalui kepada kembara yang jarang dijejaki’ atau ‘kembara orang gila’.

Saya bermula dengan era tahun 70’an. Sewaktu itu saya seorang pemimpin sosial, aktivis pelajar. Pada masa itu di wilayah utara, telah dilaporkan tentang kemiskinan tegar dan kebuluruan orang kampung. Kami pun memimpin tunjuk perasaan besar-besaran dan tindakbalasnya penangkapan beramai-ramai. Tunjuk perasaan berjalan selama 2 minggu, kemudiannya saya ditangkap di bawah akta kejam Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA). ISA sepertimana undang-undang hasutan yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris tetapi masih digunakan. Penangkapan beramai-ramai menjadi penahanan besar-besaran. Saya merengkok di dalam tahanan selama 2 tahun. ISA bermakna tiada perbicaraan, tiada proses pembelaan, hanya satu catatan pena tercalit dan itu saja. 2 atau 10 tahun lamanya semata-mata ditentukan budibicara menteri dalam negeri.

Selepas 2 tahun penjara, saya dibebaskan. Saya teruskan gerakerja saya bersama belia Islam, dengan belia Malaysia, dengan Kristian, penganut Buddha, Hindu bersama di dalam Majlis Belia Malaysia, berbicara tentang reform, keadilan sosial, kebebasan dan demokrasi. Saya sentiasa mempercayai bahawa Malaysia selaku sebuah negara membangun mesti matang sebagai sebuah demokrasi. Ia mesti menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan hati nurani – ‘freedom of conscience’.

Kemudian saya menyertai kerajaan dengan berkeyakinan serious tentang betapa perlu reform di dalam sistem governan. Saya naik dengan pantas daripada timbalan menteri kepada menteri penuh, kepada menteri kewangan sehingga menjadi timbalan perdana menteri. Laporan media seperti gambar saya disiarkan pada muka depan majalah TIME sebenarnya tidak membantu saya kerana pihak atasan tidak menyukai hal itu. Sememangnya mereka melihat kita sebagai pesaing yang serious.

Tiba peristiwa hitam September 1998. Oleh kerana saya riuh mendesak agar berlaku reform, supaya ada perubahan di dalam sistem dan saya telah memperkenalkan perubahan-perubahan besar dalam undang-undang pencegah rasuah, saya terpaksa berhadapan dengan kemarahan golongan paling korup di negara.

Seperti anda tahu, Malaysia pada tahun 90’an merupakan bintang bersinar di Asia Tenggara, kadar pertumbuhan tertinggi, pasaran modal tertinggi, kedudukan kedua hanya kepada Singapura dari segi kepersaingan dan mendapat pelaburan asing tertinggi FDI. Tetapi kami mempunyai masalah jurang melebar Genie coefficient di antara yang kaya raya dengan yang papa kedana. Ketidaksaksamaan ini menjadi masalah. Apabila kritikan-kritikan meningkat menentang sebahagian polisi-polisi lapuk governan berbaur autoritarian, saya mengambil isu ini dengan harapan untuk merubah sistem.

Akibatnya, saya mendapat layanan seperti termaklum. Saya ditangkap dan dipukul teruk seperti anda tahu. Saya mendapat ‘penghormatan’ dibalun bukan oleh anggota polis biasa tetapi Ketua Polis Negara (IGP) sendiri sewaktu tangan saya digari. Oleh itu saya telah mempelajari daripada pengalaman ini bagaimana untuk memilih seorang IGP. Kesannya, demonstrasi besar-besaran dan perhimpunan-perhimpunan protes orang ramai. Reaksi polis seperti disangka dan dijangka adalah brutal dengan penangkapan beramai-ramai. Saya diserang dan dibiar cedera tanpa rawatan selama 5 hari, dengan pukulan-pukulan boleh membawa maut oleh IGP. Respon perdana menteri waktu itu adalah meremehkan dan menafikan dengan mendakwa, “Anwar seorang pelakun dan kecederaan itu dilakukannya sendiri.” Tetapi saya ucapkan penghargaan kepada sokongan media antarabangsa, masyarakat madani, organisasi HRW dan Amnesty International, rakan-rakan baik, Mary Robinson yang bertemu dengan anak saya, memberi sokongan, masa dan dorongan, John Howard di Australia, BJ Habibie di Indonesia, Estrada di Filipina dan sudah tentu sahabat karib saya Al Gore yang dengan jelas dan tegas menyatakan sokongan dengan mempertahankan kebebasan dan reform – ‘reformasi’.

Bertambahlah lagi 6 tahun tahanan bersendirian ditokok kepada 2 tahun sebelum ini menjadikan jumlah 8 tahun terpenjara. Lihatlah kamar penjara ini, tidaklah ada apa-apa, saya masih ada katil. Dan tempat bagi bertafakur, merenung dengan indah, berzikir, membaca karya-karya kelasik, mengulangbacaan seluruh karya Shakespeare sebanyak empat setengah kali bersama nota-nota panjang lebar. Sekira anda berhasrat melakukan semua ini, masuklah penjara. Alangkah hebatnya karya-karya kelasik. Ramai rakan-rakan saya di sini, profesor-profesor, dekan-dekan telah membantu. Mereka mengirimkan saya buku-buku. Saya mempunyai banyak masa untuk menelaah karya-karya, al Qur’an, Bible, Bhagavad Gita, Confucius and kelasik-kelasik daripada Anna Akhmatova hingga Pasternak, sebutkan saja.

Orang alim menganjurkan saya membaca al Qur’an, menghafaz, solat dan berzikir dan saya lakukan ini semua. Tetapi saya juga lakukan perkara-perkara lain. Saya sibuk menyanyi lagu-lagu Elvis Presley, Ricky Nelson, Neil Sedaka and The Beatles termasuk lagu Hindi dan lagu Melayu. Oleh itu, jika anda mula menghafal lagu-lagu dari sekarang, apabila anda ditahan, ada banyak masa untuk bertafakur dan masa bersantai menyanyi sekuat-kuat hati tanpa sebarang gangguan.

Pada September 2004, mahkamah persekutuan membatalkan keputusan kesalahan dan membebaskan saya. Di antara lawatan pertama saya adalah memenuhi jemputan Presiden Nelson Mandela. Dia menjemput kesemua keluarga saya ke Johannesburg. Saya berbual panjang dengan Mandela. Dia memandang kepada anak-anak saya, yang pada ketika itu masih kecil-kecil lagi pada 2004. Terkesan nada kesedihan apabila dia berkata, “Anwar, maafkan saya kerana tidak dapat berbuat yang lebih baik untuk kamu. Orang kata kita gila kerana membawa sengsara kepada isteri, anak, keluarga dan kawan-kawan. Saya membalas, “Madiba, kita mungkin gila tetapi masih siuman. Tetapi saya memperolehi kekuatan dan dorongan daripada mengenali kamu dan membaca kisah kamu. Semasa di penjara, sebuah buku terbaik yang saya baca adalah ‘The Long Walk to Freedom’ dan pengalaman saya hanyalah ‘a short walk to freedom’.” Mandela pun ketawa. Inilah dia seorang lagenda dan insan hebat Nelson Mandela yang bukan bercakap tentang mehnah tribulasi dirinya. Dia fokus kepada pengalaman saya. Sebenarnya saya agak tersipu kerana ujian saya tidaklah seberat berbanding dengan apa yang dia mengharungi.

Saya merujuk semula kepada Georgetown kerana setelah saya bebas, melainkan lantikan singkat di Oxford dan John Hopkins, Presiden DeGioia, Professors Esposito and Voll mempelawa saya menyertai staf mengajar di sini. Sepertimana saya sebutkan sebelum ini, saya ulangi bahawa Georgetown sebuah institusi hebat kerana saya mempunyai banyak titik persamaan tentang kefahaman konsep pendidikan, falsafah, ideal dari segi kecemerlangan, maruah dan kehormatan, etika dan moral kesemuanya terpahat pada institusi gemilang ini.

Kemudian pada 2008, saya terpaksa pulang kerana dikehendaki memimpin sebuah pakatan besar pembangkang Malaysia bagi menghadapi pilihanraya umum. Ini bukanlah pilihanraya seperti anda lalui. Di sana tidak ada media bebas. Saya tidak menikmati seminit pun ruang ke udara TV. Tetapi kami masih meraih bilangan sokongan yang besar pada waktu itu. Oleh kerana sokongan besar ini, maka media seperti majalah Newsweek memaparkan kisah saya sebagai ‘from hell and back’ - saya telah ‘kembali daripada neraka’ tanpa menjangkakan bahawa tidak lama kemudian saya sedang dihantar ‘balik ke jahanam’ – ‘sent back to hell’.

Jarang sekali sebelum ini ada tuntutan kuat dan rakyat bergema untuk pilihanraya bebas dan adil. Pada 2013, kami meraih 53% undian popular tetapi anda jangan terperanjat, kerana saya masih kekal ketua pembangkang dengan hanya 40% bilangan kerusi di parlimen. Mungkin saya senasib dengan Al Gore. Tetapi ini memarakkan peranan belia dan anak muda. Anak muda menuntut saya memakai pakaian hitam sebagai tanda protes. Anak-anak muda memimpin kempen dan perhimpunan besar-besaran mengutuk penipuan pilihanraya dan kerana walaupun kita menang undi popular tetapi gagal menjadi kerajaan.

Sebelum ini saya ada membayangkan tentang keputusan mahkamah tinggi membebaskan saya. Tetapi kemudian, mahkamah rayuan mensabitkan dan menjatuhkan hukuman 5 penjara kerana apa yang digelarkan sebagai ‘sodomi II’. Ia semacam kesinambungan. Inilah sodomi walaupun dapatan klinikal jelas membuktikan ‘no penetration’. Tetapi ia hanya boleh berlaku ke atas manusia ‘superman’ seperti saya.

Saya telah diberi pilihan. Rakan-rakan di sini termasuk mantan naib presiden Al Gore bertanya kepada saya, “Kenapa perlu saya pulang ke Malaysia?” kerana mengetahui tentang kepincangan sistem governan dan perundangan di Malaysia. Saya memberitahunya bahawa saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia. Bagaimanakah saya hendak menerangkan kepada kawan-kawan muda, anak-anak mereka, agar meneruskan agenda perjuangan reform, untuk keadilan, bagi orang Melayu, Cina, India dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak, serta semua yang lain? Jika saya pilih jalan mudah, saya akan meninggalkan mereka meneruskan perjuangan. Oleh itu, saya mesti pulang.

Saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang hebat. Azizah dan anak-anak bukan sahaja menyokong, mendokong penuh tetapi mereka semua komited sepenuhnya kepada idealisme perjuangan. Dan lebih penting lagi, saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua orang yang mempercayai perjuangan ini, demi kebebasan, untuk demokrasi, demi kedaulatan undang-undang, untuk kebebasan hati nurani. Dan jika ini memerlukan sedikit usaha dan pengorbanan, ia mesti dilakukan.

Dan saya juga berterima kasih kepada sokongan bukan saja oleh rakyat Malaysia tetapi daripada segenap pelusuk dunia termasuk siswazah-siswazah universiti ini. Siswazah Georgetown University adalah di antara yang paling aktif menyokong melalui media sosial, Facebook and twitter. Oleh itu, pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada mereka.

Saya optimis. Mahkamah persekutuan akan membuat keputusan tidak lama lagi. Jika mereka bersidang, saya terpaksa pulang. Tetapi saya optimis.

Walaubagaimanapun, jika senario terburuk berlaku, saya bukan pulang ke rumah tetapi akan kembali dihumban ke dalam penjara. Jika demikian, tolong pinjamkan saya karya-karya kelasik untuk dibaca.

Saya fikir perjuangan untuk demokrasi, untuk kebebasan, untuk keadilan bukan suatu lakaran teori. Ia adalah apa Tocqueville rujuk sebagai tabiat hati – ‘habits of the heart’. Ia adalah isu pegangan. Ia adalah isu keberanian berbekalkan keyakinan, dengan ketabahan, dengan niat yang luhur. Ia adalah prinsip yang tidak boleh dikompromi.

Kita dilahirkan bebas. Tidak ada diktator, tidak ada pemimpin kuku besi boleh merampas kebebasan itu daripada kita.

Terima kasih.

(Terjemahan transkripsi ucapan Anwar Ibrahim pada TEDX di Gaston Hall, Georgetown University, November 15, 2014)

 












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/anwar-ibrahim-mehnah-dan-tribulasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Kerajaan Mesti Tonjolkan Ketegasan Terkait Isu Moratorium Pinjaman Bersasar

Anwar Ibrahim Kerajaan Mesti Tonjolkan Ketegasan Terkait Isu Moratorium Pinjaman Bersasar

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 210 hits
KENYATAAN MEDIAKERAJAAN MESTI TONJOLKAN KETEGASAN TERKAIT ISU MORATORIUM PINJAMAN BERSASARAdalah sangat mengecewakan dengan keputusan kerajaan tatkala tidak melanjutkan moratorium pinjaman selama tiga bulan seperti yang digesa Tidak semesti...
Ds Anwar Ibrahim Berbohong

Ds Anwar Ibrahim Berbohong

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 1031 hits
HarakahdailyOctober 13 2020Anwar dakwa persembah dokumen sahih tetapi Istana Negara maklum hanya jumlah tanpa senarai KUALA LUMPUR Tindakan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dibidas sebagai tidak beretika apabila menyusahkan dan mel...
Pihak Istana Negara Belanja Pihak Media Makan Sementara Menunggu Ketibaan Anwar Ibrahim

Pihak Istana Negara Belanja Pihak Media Makan Sementara Menunggu Ketibaan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 309 hits
837 total views 837 views today Hari in dijangkakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadap Yang Di pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billa...
Mujahid Rasakan Misi Anwar Ibrahim 13 Oktober Memang Patut Diteruskan

Mujahid Rasakan Misi Anwar Ibrahim 13 Oktober Memang Patut Diteruskan

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 214 hits
Nampaknya orang politik tetap terus cuba berebut kuasa dalam memastikan kerajaan milik mereka selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan 13 Oktober ini beliau akan menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara Sebelum ini Anwar telah...
Anwar Ibrahim Dipanggil Ke Bukit Aman Jumaat Ini

Anwar Ibrahim Dipanggil Ke Bukit Aman Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok berhubung senarai ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai Perdana Menteri Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzi...
Anwar Ibrahim Kaki Penipu Rupanya Ada Sokongan 91 Mp Sahaja

Anwar Ibrahim Kaki Penipu Rupanya Ada Sokongan 91 Mp Sahaja

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 258 hits
Ke bawah DYMM Agung tak perlu layan serta buang masa dengan kerenah sia sia anwar ibrahim Strategi anwar ibrahim pada waktu ini hanyalah satu perang psikologi untuk memancing ahli ahli parlimen semata mata Dia tidak ada sokongan majoriti ya...
Ds Anwar Ibrahim Mengadap Ydp Agong Bawa Dokumen Bukti Sokongan Atau Tidak

Ds Anwar Ibrahim Mengadap Ydp Agong Bawa Dokumen Bukti Sokongan Atau Tidak

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 415 hits
MAN TOBA MILO SUAMDS Anwar Ibrahim mengadap YDP Agong bawa dokumen bukti sokongan atau tidak Jawapan Ya beliau ada bawa SD dan Surat Sokongan dari Ketua ketua parti Kalau Anwar datang tangan kosong tak adalah Baginda YDP Agong minta semua k...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord