Anwar Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Ambil Alih Kerajaan


ANWAR DAKWA DAPAT SOKONGAN MAJORITI AMBIL ALIH KERAJAAN
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mengumumkan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas mendapat majoriti yang cukup kukuh Ahli Dewan Rakyat.
Pengerusi PH itu berkata, beliau cuba mengadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira jam 11 malam tadi untuk memaklumkan keputusan berkenaan, tetapi ditangguhkan kerana baginda telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) atas faktor kesihatan.
“Alhamdulillah, kita dapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan dari Ahli Parlimen untuk pertukaran kerajaan.
“Kita mendapat sokongan majoriti di kalangan Ahli Parlimen Melayu dan Islam.
“Saya merancang menghadap Tuanku malam tadi, tetapi baginda dimasukkan ke IJN dan kita sama-sama doakan baginda sihat wal’afiat,” katanya pada sidang media khas di sebuah hotel di sini, hari ini.
Menurut Anwar, dengan sokongan majoriti yang kukuh itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Bagaimanapun, beliau mengajak Presiden Parti Bersatu itu untuk bekerjasama dengannya dan boleh berkhidmat dengan apa-apa jawatan.
“Muhyiddin sekarang sudah jatuh. Tidak lagi sebagai perdana menteri. Saya persilakan dia untuk bekerjasama dengan PH.
“Kalau dia bersedia, dia boleh berkhidmat dengan apa jawatan,” katanya.
Ditanya adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad ikut terlibat dengan perubahan kerajaan ini,
Anwar dengan lantang menjawab, “No” (tidak). Mahathir tidak ada.
Beliau juga memberitahu media, akan mempersembahkan jumlah kerusi yang diperolehinya kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong sebaik baginda diumumkan sihat dan keluar dari IJN.
“Jumlahnya cukup menyakinkan. Bukan (majoriti) kecil. Mereka Ahli Parlimen dari pelbagai. Mereka akan menyusul dengan pandangan masing-masing selepas ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, perubahan kerajaan ini tidak ada kena mengena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johortimes.my/2020/09/anwar-dakwa-dapat-sokongan-majoriti-ambil-alih-kerajaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Dakwa Miliki Majoriti Bentuk Kerajaan

Anwar Ibrahim Dakwa Miliki Majoriti Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 350 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau sudah mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu Beliau bagaimanapun tidak menyebut berapa kerusi diperolehnya Ya kami sudah ada majoriti kukuh dan meyakinkan kata...
Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Anwar Umum Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Anwar Umum Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 345 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional Anwar berkata beliau telah mendapat perkenan untu...
Dr Mahathir Kata Ini Bukan Pertama Kali Anwar Dakwa Ada Sokongan Majoriti

Dr Mahathir Kata Ini Bukan Pertama Kali Anwar Dakwa Ada Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 444 hits
772 total views 772 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak yakin dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki sokongan cukup dari anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru Bercakap men...
Muhyiddin Dakwa Cukup Sokongan Majoriti Dakwaan Anwar Itu Hendaklah Di Buktikan

Muhyiddin Dakwa Cukup Sokongan Majoriti Dakwaan Anwar Itu Hendaklah Di Buktikan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 433 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin mengambil maklum kenyataan Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan mengatakan presiden PKR itu hendaklah membuktikannya Dakwaan i...
Kerajaan Pn Jatuh Anwar Dakwa Ada Majoriti

Kerajaan Pn Jatuh Anwar Dakwa Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan mendapat sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong Pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh katanya p...
Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Yang Kukuh Tapi Persoalannya Siapa Geng Muhyiddin Yang Bersama Anwar

Dakwa Dapat Sokongan Majoriti Yang Kukuh Tapi Persoalannya Siapa Geng Muhyiddin Yang Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 634 hits
KUALA LUMPUR 24 Sept Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti bagi menubuhkan kerajaan menimbulkan pelbagai tanda tanya Hal ini berikutan hanya Parti Amanah Negara mengesahkan 11
Bukan Kali Pertama Anwar Dakwa Dia Ada Majoriti Mahathir

Bukan Kali Pertama Anwar Dakwa Dia Ada Majoriti Mahathir

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 301 hits
Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak yakin dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki sokongan cukup dari anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru Bercakap menerusi Zoom di Nutanix s Asean CIO Virtual Summit Mahat...
Anwar Ibrahim Umum Ada Majoriti Kerajaan Perikatan Nasional Pimpinan Muhyiddin Jatuh

Anwar Ibrahim Umum Ada Majoriti Kerajaan Perikatan Nasional Pimpinan Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional Anwar berkata beliau telah mendapat ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf