Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Anwar Umum Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang 'kukuh dan meyakinkan' untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 
Anwar berkata, beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh," katanya pada sidang media di sini hari ini. 
Tanpa mendedahkan jumlah sokongan dan nama parti yang menyokong beliau, Anwar, yang juga Ketua Pembangkang berkata, sokongan yang diterima adalah daripada kalangan pemimpin Melayu dan Islam. 
Membayangkan sokongan itu sebagai jauh daripada majoriti kecil, Anwar berkata semua langkah dan perincian lanjut akan didedahkan selepas pertemuan dan menghadap Yang di-Pertuan Agong

Sementara itu, ditanya kemungkinan penubuhan gabungan baharu yang bakal menggantikan kerajaan PN, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu. 
"Sudah tentu akan ada satu gabungan dengan rakan yang baharu. Melalui sokongan ini kami akan membincangkan satu bentuk muafakat dan persefahaman yang baharu

"Kami mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan menolak segala bentuk ketidakadilan," katanya pada sidang media yang dihadiri pemimpin utama PKR. 
Ditanya mengenai kemungkinan bekerjasama dengan Muhyiddin bagi pembentukan gabungan baharu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau mengalu-alukan jika Muhyiddin sedia bekerjasama dan menyertainya

“Saya tidak mempunyai masalah peribadi dengan beliau. Kesediaan dia bekerjasama akan membantu supaya perubahan dan peralihan, aman dan teratur, seandainya beliau bersedia berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai,” katanya

Menyentuh penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar berkata buat masa sekarang pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu belum menunjukkan sebarang sokongan kepadanya

Presiden PKR itu menegaskan bahawa apa yang diumumkannya hari ini tidak ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung. 
“Sabah itu merupakan pilihan raya yang sedang berjalan, tidak ada kaitan sekarang dengan apa yang saya umumkan

“Saya umumkan sebaik sahaja jumlah ada jelas, dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Malah pertemuan saya dan (Wan) Azizah dengan Yang di-Pertuan Agong sudahpun ditetapkan semalam… jadi kalau ikut rencana kita, kita patut umum semalam,” katanya. - Bernama

Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/09/kerajaan-muhyiddin-telah-jatuh-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Umum Majoriti Kukuh Kerajaan Muhyiddin Jatuh

Anwar Umum Majoriti Kukuh Kerajaan Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 338 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur hari ini Menjawap soalam w...
Anwar Ibrahim Umum Ada Majoriti Kerajaan Perikatan Nasional Pimpinan Muhyiddin Jatuh

Anwar Ibrahim Umum Ada Majoriti Kerajaan Perikatan Nasional Pimpinan Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional Anwar berkata beliau telah mendapat ...
Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Beberapa menteri kabinet memanfaatkan media sosial masing masing untuk menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan persekutuan yang b...
Anwar Umum Akan Bentuk Kerajaan Baru Majoriti Mp Beragama Islam

Anwar Umum Akan Bentuk Kerajaan Baru Majoriti Mp Beragama Islam

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 418 hits
ARIF ATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau mempunyai sokongan besar Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus kejatuhan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Alhamdulillah kini saya mendapat sokongan yang kuku...
Anwar Ibrahim Dengan Yakin Katakan Kerajaan Muhyiddin Jatuh

Anwar Ibrahim Dengan Yakin Katakan Kerajaan Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 253 hits
Adakah kita akan mendapat 3 Perdana Menteri dalam masa 1 tahun Persoalan ini timbul apabila secara tiba tiba Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah melakukan sidang media tergempar dan mendakwa dirinya mendapat majoriti h...
Anwar Ibrahim Dakwa Miliki Majoriti Bentuk Kerajaan

Anwar Ibrahim Dakwa Miliki Majoriti Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 349 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau sudah mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu Beliau bagaimanapun tidak menyebut berapa kerusi diperolehnya Ya kami sudah ada majoriti kukuh dan meyakinkan kata...
Ahli Parlimen Umno Nafi Bersama Anwar Bentuk Kerajaan Baharu

Ahli Parlimen Umno Nafi Bersama Anwar Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 343 hits
Sebanyak 19 nama Ahli Parlimen dari UMNO yang dikatakan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu tampil seorang demi demi menafikan penglibatan mereka Nama yang telah tular di media sosial itu ialah Datuk Seri Shah...
Pemimpin Sarawak Nafi Mereka Beri Sokongan Untuk Anwar Ibrahim Tubuh Kerajaan Baharu

Pemimpin Sarawak Nafi Mereka Beri Sokongan Untuk Anwar Ibrahim Tubuh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 356 hits
KUCHING Pemimpin Gabungan Parti Sarawak menafikan mereka menyokong ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan negeri akan t...
Anwar Umum Bentuk Kerajaan Ringgit Terus Menjunam

Anwar Umum Bentuk Kerajaan Ringgit Terus Menjunam

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 328 hits
RINGGIT terus menyusut berbanding dolar AS pada penutupan hari ini berikutan pengukuhan mata wang Amerika Syarikat itu yang dilihat sebagai mata wang selamat di tengah tengah persekitaran politik AS kata seorang penganalisis Pada jam 6 peta...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

Makan Kenduri Kahwin Anak Bongsu Sis Lin

Japanese Cucumber Salad