Anwar Ibrahim Umum Ada Majoriti Kerajaan Perikatan Nasional Pimpinan Muhyiddin Jatuh



KUALA LUMPUR -- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang 'kukuh dan meyakinkan' untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Anwar berkata beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.
“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tanpa mendedahkan jumlah sokongan dan nama parti yang menyokong beliau, Anwar, yang juga Ketua Pembangkang berkata, sokongan yang diterima adalah daripada kalangan pemimpin Melayu dan Islam.
Membayangkan sokongan itu sebagai jauh daripada majoriti kecil, Anwar berkata semua langkah dan perincian lanjut akan didedahkan selepas pertemuan dan menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, ditanya kemungkinan penubuhan gabungan baharu yang bakal menggantikan kerajaan PN, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu.
"Sudah tentu akan ada satu gabungan dengan rakan yang baharu. Melalui sokongan ini kami akan membincangkan satu bentuk muafakat dan persefahaman yang baharu.
"Kami mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan menolak segala bentuk ketidakadilan," katanya pada sidang media yang dihadiri pemimpin utama PKR.
Ditanya mengenai kemungkinan bekerjasama dengan Muhyiddin bagi pembentukan gabungan baharu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau mengalu-alukan jika Muhyiddin sedia bekerjasama dan menyertainya.
“Saya tidak mempunyai masalah peribadi dengan beliau. Kesediaan dia bekerjasama akan membantu supaya perubahan dan peralihan, aman dan teratur, seandainya beliau bersedia berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai,” katanya.
Menyentuh penglibatan Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar berkata buat masa sekarang pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu belum menunjukkan sebarang sokongan kepadanya.
Presiden PKR itu menegaskan bahawa apa yang diumumkannya hari ini tidak ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung.
“Sabah itu merupakan pilihan raya yang sedang berjalan, tidak ada kaitan sekarang dengan apa yang saya umumkan.
“Saya umumkan sebaik sahaja jumlah ada jelas, dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Malah pertemuan saya dan (Wan) Azizah dengan Yang di-Pertuan Agong sudahpun ditetapkan semalam… jadi kalau ikut rencana kita, kita patut umum semalam,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/anwar-ibrahim-umum-ada-majoriti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Umum Majoriti Kukuh Kerajaan Muhyiddin Jatuh

Anwar Umum Majoriti Kukuh Kerajaan Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 345 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Ahli Parlimen Port Dickson itu membuat pengumuman itu di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur hari ini Menjawap soalam w...
Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Anwar Umum Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

Kerajaan Muhyiddin Telah Jatuh Anwar Umum Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 345 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional Anwar berkata beliau telah mendapat perkenan untu...
Anwar Ibrahim Dengan Yakin Katakan Kerajaan Muhyiddin Jatuh

Anwar Ibrahim Dengan Yakin Katakan Kerajaan Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 256 hits
Adakah kita akan mendapat 3 Perdana Menteri dalam masa 1 tahun Persoalan ini timbul apabila secara tiba tiba Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah melakukan sidang media tergempar dan mendakwa dirinya mendapat majoriti h...
Anwar Kata Perikatan Nasional Jatuh Sekali Kj Pecah Lubang

Anwar Kata Perikatan Nasional Jatuh Sekali Kj Pecah Lubang

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 311 hits
Sebentar tadi Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sidang media mend kwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat Hal tersebut sudah tentu mengejutkan banyak pihak ke...
Anwar Ibrahim Dakwa Miliki Majoriti Bentuk Kerajaan

Anwar Ibrahim Dakwa Miliki Majoriti Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 350 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau sudah mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu Beliau bagaimanapun tidak menyebut berapa kerusi diperolehnya Ya kami sudah ada majoriti kukuh dan meyakinkan kata...
Kerajaan Pn Jatuh Anwar Dakwa Ada Majoriti

Kerajaan Pn Jatuh Anwar Dakwa Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan mendapat sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong Pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin telah jatuh katanya p...
Anwar Umum Akan Bentuk Kerajaan Baru Majoriti Mp Beragama Islam

Anwar Umum Akan Bentuk Kerajaan Baru Majoriti Mp Beragama Islam

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 422 hits
ARIF ATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau mempunyai sokongan besar Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus kejatuhan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Alhamdulillah kini saya mendapat sokongan yang kuku...
Cuti Umum Sambutan Peringkat Nasional Hari Malaysia Dicetus Anwar Ibrahim

Cuti Umum Sambutan Peringkat Nasional Hari Malaysia Dicetus Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 389 hits
Selepas Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 sambutan Hari Malaysia dan cuti umum hanya di peringkat negeri Sabah dan Sarawak Namun Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim be...
Bantuan Prihatin Nasional Di Umum Oleh Pm Bukti Kerajaan Prihatin Nasib Rakyat

Bantuan Prihatin Nasional Di Umum Oleh Pm Bukti Kerajaan Prihatin Nasib Rakyat

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 342 hits
KUANTAN Bantuan Prihatin Nasional 2 0 yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mengurangkan beban hidup rakyat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn