Anwar Bersaralah Jangan Ketagih Nak Jadi Perdana Menteri Penasihat Azmin




Anwar bersaralah dari politik, kata penasihat Azmin
Di tengah-tengah pergeseran dalaman PKR yang dilihat semakin memuncak, seorang penasihat Mohamed Azmin Ali dengan tidak berselindung menggesa Anwar Ibrahim agar bersara daripada politik.
Khalid Jaafar menggunakan permainan dam ular sebagai contoh.
“Anwar hanya tinggal dua mata untuk sampai ke garisan penamat. Malangnya di mata terakhir sebelum di garis penamat, dia ditelan ular.
“Maka jatuhlah semula ke garisan permulaan. Umur sudah lanjut, perjalanan kembali jauh.
“Seeloknya Anwar Ibrahim bersara sajalah daripada politik,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Untuk rekod, Khalid pernah menjadi setiausaha akhbar kepada Anwar ketika presiden PKR itu masih dalam kerajaan.
Beliau yang juga pernah menjadi ketua pegawai Strategi dan Penyelidikan Pejabat Menteri Besar Selangor ketika Azmin mengetuai pentadbiran negeri itu, turut membangkitkan kata pepatah bahasa Inggeris: “Mereka yang tinggal dalam rumah kaca jangan melempar batu pada orang lain”.
“Begitulah kata orang bijak bestari. Anwar seperti lupa kata-kata ini. Apatah lagi budak-budaknya, mereka mungkin tidak pernah mendengarnya,” katanya lagi.
Khalid juga membandingkan keadaan politik semasa dengan permainan daun terup, dan berkata Anwar dan “budak-budaknya” seperti menjadikan politik sebagai satu perjudian.
“‘Up the ante’ adalah istilah permainan poker. Inilah yang dilakukan (ketua penerangan PKR) Shamsul Iskandar bila dia ‘menasihati’ Azmin Ali untuk bercuti.”
Beliau merujuk kenyataan Shamsul – yang juga timbalan menteri industri utama – Selasa lalu yang menggesa pemimpin politik yang dikaitkan dengan salah laku agar bercuti sementara menunggu siasatan polis.
Meskipun tidak menyebut secara langsung, kenyataaan Shamsul itu dipercayai merujuk kepada Azmin yang dikaitkan dengan video seks sejenis bersama bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.
‘Anwar ketagih jadi perdana menteri’
Dengan mengulangi saranan Shamsul, Khalid berkata Anwar, yang disifatkannya sebagai ketagih kerusi perdana menteri’, membuat langkah silap dalam politik.
“Bola tanggung buat Azmin Ali. Menjawab dengan tenang soalan wartawan, Azmin berkata : ‘Baca bibir saya. Bagitahu dia, dia mesti tengok siapa lelaki dalam cermin itu’. Maka terburailah kembali kisah video china doll yang sudah hampir dilupakan.
“Ketua polis negara ketika itu mengatakan hasil siasatan forensik video tersebut adalah tulen. Apakah Anwar masuk perangkap Shamsul Iskandar? Adakah Anwar perlu melepaskan jawatan presiden PKR?” soalnya lagi.
Beliau merujuk klip video pada 2011 yang mengaitkan Anwar dalam satu adegan seks dengan seorang perempuan, yang dipercayai sebagai seorang pekerja seks.
Anwar menafikan dirinya dalam video itu dan menyifatkannya sebagai palsu.
Khalid juga mendakwa Anwar bersikap tidak sabar dan bimbang ada orang lain “yang memintasnya” untuk menjadi perdana menteri selepas Dr Mahathir Mohamad.
“Dia pun melempar orang (Azmin) yang dia sangka saingannya dengan batu. Dia tidak sedar dia tinggal dalam rumah kaca.”
Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Anwar menafikan dakwaan bahawa seruannya agar Azmin meletakkan jawatan jika terbukti beliau sebagai pelaku dalam video itu, berkaitan dengan perebutan jawatan perdana menteri.
Hari ini Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengesahkan ketulenan video itu tetapi tidak mengesahkan identiti pelakunya.
Azmin sebelum ini menyifatkan penyebaran klip video itu sebagai komplot untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/18/anwar-bersaralah-jangan-ketagih-nak-jadi-perdana-menteri-penasihat-azmin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Seri Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri Mantan Ketua Staf Pejabat Dsai

Datuk Seri Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri Mantan Ketua Staf Pejabat Dsai

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 322 hits
Semalam 12 Julai 2019 dalam ucapan beliau pada Sogo s 25th Charity and Business Partners Appreciation Nite 2019 di Hotel Shangri La sekali lagi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan betapa dasar dasar pro Melayu mesti dihapuskan ...
Mahathir Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri Kata Anwar

Mahathir Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 317 hits
Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina San Miguel dengan harga RM2 9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1 7 bilion lalu ditukar namanya kep...
Anwar Meratib Ratib I Have The Numbers Tetapi Tiada Penasihat Azmin Ali

Anwar Meratib Ratib I Have The Numbers Tetapi Tiada Penasihat Azmin Ali

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 375 hits
Strategi kubu kosong Anwar Ibrahim Peminat San Guo Yan Yik tentunya tahu strategi kubu kosong yang digunakan oleh Zhuge Liang Begitu pintarnya strategi tersebut hinggakan kini ia menjadi sebutan Antara pengkagumnya adalah Henry Kissinger da...
Husam Pilihan Anwar Untuk Jadi Timbalan Perdana Menteri

Husam Pilihan Anwar Untuk Jadi Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 322 hits
Bila Datuk Husam Musa mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri bila Datuk Seri Anwar Ibrahim naik sebagai Perdana Menteri terus saya teringat kepada pendedahan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution...
Anwar Perdana Menteri Kehormat

Anwar Perdana Menteri Kehormat

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 233 hits
Pada 6 Julai 2012 Tun M pernah mencadangkan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Kehormat Lantik dia selama lima hari dan kemudian suruh dia bersara Ketika itu Tun bukan lagi Perdana Menteri Ia kenyataan balas Tun M terhadap temubu...
Anwar Perdana Menteri Malaysia Ke 8

Anwar Perdana Menteri Malaysia Ke 8

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 454 hits
oleh Hamsina HamzahBerkata Imam As Syafie Kamu carilah pemimpin yang banyak Panah Fitnah menuju kepadanya maka kamu ikutlah pemimpin yang difitnah banyak itu kerana dia sedang berjuang di LANDASAN YANG BENAR Berikut adalah senari FITNAH yan...
Pergeseran Anwar Azmin Bolah Musnahkan Ph Ku Li

Pergeseran Anwar Azmin Bolah Musnahkan Ph Ku Li

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 351 hits
Kow Gah Chie Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata pergeseran antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali boleh menyebabkan Pakatan Harapan berpecah Ia mungkin Tetapi bergantung sama ada Anwar atau Az...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa