Mahathir Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri Kata Anwar



“Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron,” kata Ketua Pembangkang itu lagi. (Keadilan Daily) – Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
“Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus.”
“Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani.”
“Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina, San Miguel dengan harga RM2.9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut, beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1.7 bilion, lalu ditukar namanya kepada Petron,” kata Anwar Ibrahim lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam di Dewan SJKC San Yuk, Kampung Kenanga, Rawang, baru-baru ini.
Anwar menambah, Mahathir adalah penggerak utama dan pencetus kepada kronisme yang semakin membiak dan telah menjadi darah daging Umno Barisan Nasional.
“Sebab utama Mahathir takut saya akan menjadi Perdana Menteri kerana saya akan membasmi dan menghapuskan segala bentuk kronisme, mengaut keuntungan untuk kepentingan anak-beranaknya…,” kata Anwar.
Beliau turut membidas tindakan Najib Razak kerana meluluskan kontrak pembelian minyak dengan Petron.
“MAS di bawah telunjuk penasihat mereka, Mahathir Mohamad dengan bantuan Datuk Seri Najib telah meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari syarikat anak Mahathir sendiri iaitu Petron.
“MAS dipaksa untuk tidak membeli minyak lain selama enam bulan selain minyak dari syarikat Mirzan dan tindakan ini telah menyebabkan kerugian berkali ganda untuk MAS sendiri.
“Apa puncanya mereka rugi? Puncanya adalah perangai pemimpin Umno yang dibawa oleh Mahathir yang mengalakkan pemberian keuntungan untuk kroni dan anak-beranak,” tegas beliau.
Anwar turut mengulas mengenai Tol Lebuh Raya Utara Selatan yang masih belum dihapuskan untuk BN terus meraih keuntungan.
“Tol Lebuh Raya Utara Selatan adalah milik syarikat Umno iaitu syarikat Hati Budi dan duit keuntungan daripada tol itu dikaut bersama oleh Mahathir dan Tun Daim Zainuddin. Selepas mengaut keuntungan lebih 30 tahun, tol tersebut masih tetap ada.
“Ia sangat berbeza sekali dengan Washington, setelah cukup mendapatkan keuntungan selama 20 tahun, mereka tutup terus tol tersebut untuk tidak mahu terus memberi beban kepada rakyat,” kata Anwar.
“Sekarang, Najib pula meneruskan prinsip kronisme ini dengan mengaut keuntungan dari kroninya, Syed Mokhtar (Bukhary). Inilah dia (perangai) Umno kaut untung dan biarkan rakyat menderita,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/07/13/mahathir-paling-takut-says-jadi-perdana-menteri-kata-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Seri Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri Mantan Ketua Staf Pejabat Dsai

Datuk Seri Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri Mantan Ketua Staf Pejabat Dsai

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 323 hits
Semalam 12 Julai 2019 dalam ucapan beliau pada Sogo s 25th Charity and Business Partners Appreciation Nite 2019 di Hotel Shangri La sekali lagi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan betapa dasar dasar pro Melayu mesti dihapuskan ...
Husam Pilihan Anwar Untuk Jadi Timbalan Perdana Menteri

Husam Pilihan Anwar Untuk Jadi Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 322 hits
Bila Datuk Husam Musa mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri bila Datuk Seri Anwar Ibrahim naik sebagai Perdana Menteri terus saya teringat kepada pendedahan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution...
Anwar Bersaralah Jangan Ketagih Nak Jadi Perdana Menteri Penasihat Azmin

Anwar Bersaralah Jangan Ketagih Nak Jadi Perdana Menteri Penasihat Azmin

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 384 hits
Anwar bersaralah dari politik kata penasihat Azmin Di tengah tengah pergeseran dalaman PKR yang dilihat semakin memuncak seorang penasihat Mohamed Azmin Ali dengan tidak berselindung menggesa Anwar Ibrahim agar bersara daripada politik Khal...
Anwar Perdana Menteri Kehormat

Anwar Perdana Menteri Kehormat

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 233 hits
Pada 6 Julai 2012 Tun M pernah mencadangkan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Kehormat Lantik dia selama lima hari dan kemudian suruh dia bersara Ketika itu Tun bukan lagi Perdana Menteri Ia kenyataan balas Tun M terhadap temubu...
Sedekad Atau Lebih Untuk Malaysia Kembali Jadi Harimau Asia Kata Dr Mahathir

Sedekad Atau Lebih Untuk Malaysia Kembali Jadi Harimau Asia Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 302 hits
Sedekad atau lebih untuk Malaysia kembali jadi Harimau Asia kata Dr Mahathir nbsp Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitk
Akta Kebebasan Maklumat Akan Digubal Ganti Akta Rahsia Rasmi Perdana Menteri

Akta Kebebasan Maklumat Akan Digubal Ganti Akta Rahsia Rasmi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 216 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Akta Kebebasan Maklumat akan digubal bagi menggantikan Akta Rahsia Rasmi Proses penggubalan tersebut memerlukan masa yang mencukupi bagi memfokuskan kepada sesi libat urus dan me...
Sokongan Terhadap Dr Mahathir Meningkat Kata Merdeka Centre

Sokongan Terhadap Dr Mahathir Meningkat Kata Merdeka Centre

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meningkat kepada 62 peratus pada Jun lalu berbanding 55 peratus pada Mei kata badan kaji selidik Merdeka Centre Selain itu kaji selidik yang dilakukan Merdeka Cent...
Anwar Tunggu Penjelasan Mahathir

Anwar Tunggu Penjelasan Mahathir

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 495 hits
Untuk menjelaskan tawarannya membuka pintu kepada semua parti politik Melayu termasuk Umno
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025