Anwar Berjaya Pecah Belahkan Umno



Dr Ismadi Abd Samad
1. Sekiranya zaman Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak, kerajaan yang ditulang belakangi oleh UMNO tumbang, maka di zaman Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi pula, UMNO dijangka akan berpecah belah dan berkemungkinan akhirnya akan lebur.
2. Demikianlah nasib yang akan berlaku ke atas UMNO semenjak kebelakangan ini, apabila kedua-dua mereka sama ada disedari atau tidak disedari dipergunakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memecah belahkan UMNO. Kedua-dua Najib dan Zahid sedang dibuai mimpi dengan janji-janji manis Anwar, bahawa kes-kes mereka akan ditarik balik, malah kemungkinan untuk mereka kembali menjawat kedudukan kanan dalam kerajaan akan tercapai.
3. Dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional (MN) hasil daripada kesedaran umat Melayu untuk bersatu, maka harapan PH untuk kembali memenangi Pilihanraya Umum (PRU) seperti yang dilakukan semasa PRU ke-14 hampir berkubur. Langkah PWTC ini kemudiannya disusuli dengan Langkah Sheraton yang menyaksikan sebuah lagi parti Melayu yang merupakan serpihan UMNO kembali ke pangkal jalan menyertai semangat piagam, malah beriltizam untuk menyertai MN sehingga terbentuk kerajaan berteraskan umat Melayu seperti yang dihasratkan.
4. Dengan terbentuknya kerajaan penyatuan umat Melayu ini, kemungkinan PH kalah teruk dalam PRU ke-15 akan datang adalah begitu besar.
5. PH membilang hari sahaja untuk menyaksikan pada PRU ke-15, PN dan MN akan mencapai kemenangan dengan majoriti dua pertiga. Selepas memperolehi majoriti dua pertiga, beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan termasuklah menambah bilangan kerusi- kerusi parlimen di negeri- negeri lingkaran Melayu seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sekiranya ini berlaku, matlamat PH dan khususnya DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berasaskan Malaysian Malaysia turut akan lebur untuk beberapa dekad akan datang. Maka sepertimana biasa, apabila situasi ini berterusan PH dan DAP perlu melakukan sesuatu untuk menghancurkan Agenda Penyatuan Ummah yang telah membawa mimpi negeri kepada PH, iaitu dengan melakukan Agenda Pecah dan Perintah.
6. Lazimnya Agenda Pecah dan Perintah ini dilaksanakan oleh DAP, bagaimanapun Langkah- Langkah yang diambil oleh DAP untuk melaksanakan agenda ini mudah sekali dihidu oleh UMNO, PAS dan BERSATU. Imej DAP sebagai sebuah parti yang anti Melayu dan mendukung Evangelisme tidak memungkinkan untuk mereka menghulur tangan kerjasama kepada mana- mana parti yang berteraskan umat Melayu, maka peranan itu dimainkan kali ini oleh Anwar. Sepertimana biasa, sama ada DAP atau Anwar yang memainkan peranan tersebut, sokongan kuasa besar America Syarikat tetap teguh termasuklah membantu mereka dari segi material dan pemikiran.
6. Antara ketiga-tiga parti UMNO, PAS dan BERSATU, CIA telah mengenalpasti titik keretakan wujud dalam UMNO. Titik keretakan itu tidak wujud kepada PAS, kerana PAS sekarang dalam keadaan yang sangat padu sehingga, meskipun Anwar telah berusaha berkali-kali untuk mendekati pimpinan PAS, kesemua pimpinan PAS minta Anwar berbincang dengan Dato Seri Abdul Hadi Awang. Sehingga hari ini Hadi sudah menutup pintu perbincangan dengan Anwar rapat-rapat. Dua minggu yang lepas, Anwar telah mengejar Hadi di Parlimen untuk ‘mengetuk pintu’, tetapi Hadi hanya menjawab salam kemudian terus berlalu. Malah Anwar telah menggunakan Dato Ahmad Maslan untuk merisik pendirian Hadi terhadap Anwar semasa beliau dan Zahid berkunjung ke rumah Hadi.
7. Dengan yang sedemikian, Anwar telah menilik titik keretakan itu ada pada UMNO. Kebetulan titik keretakan itu ada pada Najib dan Zahid. Kedua-dua Najib dan Zahid ini sangat mengharapkan kes-kes mereka dapat digugurkan, dan dengan pengguguran itu talian hayat politik politik mereka bersambung. Oleh sebab itu, tiada lagi kedengaran laungan kleptokrasi, DOJ, 1MDB, SRC dan lain-lain, seolah-olah Najib dan Zahid telah disucikan.
8. Penulis-penulis upahan Anwar seperti Shahbudin Hussin dan Tamrin Tun Ghafar tidak lagi menyerang Najib dan Zahid, malah Shahbudin dalam tulisannya mula mesra dengan Najib dan Zahid. Mereka yang menyakitkan hati Najib dan Zahid akan dikritik oleh PKR seperti yang berlaku kepada Maria Chin Abdullah. Pimpinan PAN termasuk portal proksi mereka mula mengeluarkan kenyataan dan memuatkan berita-berita mesra Najib dan Zahid.
9. Ketika awal sidang Parlimen terkini, Lim Kit Siang telah mengkritik perlantikan Najib sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN (BNBBC). Bagaimanapun apabila Najib berucap senada dengan Anwar dan PH semasa membahaskan bajet, RSN Rayer, MP Jelutong, sudah tidak lagi menyerang Najib. Tidak mustahil selepas ini, Rayer pun akan main kenyit mata dengan Najib dan Zahid.
10. Najib dan Zahid memang sudah masuk perangkap Anwar. Bajet yang dibentang di Parlimen, penyerang utamanya ialah Najib, Zahid dan Ahmad Maslan. Penulis-penulis upahan Najib seperti Fuad Zarkashi dan Lokman Noor Adam pula memainkan peranan untuk menghasut ahli-ahli Parlimen BN untuk menolak. PKR, DAP dan PAN hanya jadi pemerhati sahaja, kerana peranan mereka sekarang dimainkan oleh Najib, Zahid, segelintir pimpinan dan ahli UMNO, serta cyber troopers UMNO.
11. Mereka sudah lupa yang diserang itu adalah musuh kepada DAP dan Anwar yang telah ditolak sebulat suara oleh Perhimpunan Agung UMNO. Mereka lupa yang diserang itu adalah kerajaan yang dianggotai oleh Naib Presiden UMNO, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Setiausaha BN dan lain-lain. Mereka lupa yang diserang itu, rakan-rakan dalam PAS yang sudah mengikat janji setia dengan UMNO untuk mempertahan maruah Islam dan Melayu. Namun semua ini sudah tiada lagi dalam pemikiran Najib, Zahid dan sekelompok UMNO.
12. UMNO sendiri akan berpecah belah dengan kelicikan permainan Anwar kali ini. Sekurang-kurangnya ada empat kelompok dalam UMNO sekarang, iaitu kelompok Najib/Zahid yang menyokong Anwar/DAP, kelompok Hishamuddin yang menyokong Tan Sri Muhyiddin, kelompok Ismail Sabri/Anuar Musa yang mendukung semangat MN dan kelompok Ku Li yang mesra Tun Mahathir. Zahid yang menjadi Presiden UMNO sepatutnya berusaha menyatukan UMNO, kini dia bersama dengan Najib telah dipergunakan oleh Anwar untuk menghancurkan UMNO. Kita tunggulah nanti siapa yang akan menTalkinkan UMNO.
***********************************************************************
Pemerhati Politik
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersama dua Setiausaha Agung, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan telah tahu gerakan dilakukan oleh pemimpin Umno proksi Najib Razak.
Kepala bagi menjatuhkan perpaduan Melayu Islam ini adalah Najib Razak melalui Jazlan, Ahli Parlimen Machang. Malah kronologi ini telah diketahui awal oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
8 Oktober – MP Machang, Rompin dan Najib bertemu di Pavilion. Najib cerita kenapa nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Turut bersama ketika itu MP Tanjong Karang, Arau dan Padang Rengas.
9 Oktober – MP Machang, Rompin, Arau dan Padang Rengas buat keputusan dan memilih Anwar Ibrahim.
11 Oktober – MP Machang bertemu DS Zahid Hamidi meminta jaminan jika perancangan Najib berjaya DS Zahid Hamidi perlu melantik Najib sebagai Pengerusi BN.
14 Oktober – MP machang, Rompin dan Arau bertemu Najib Razak.
17 Oktober – Tengku Muda berjumpa Najib Razak, Anwar Ibrahim, Tajuddin Rahman dan Anthony Loke.
Tengku Muda mengatakan YDPA tidak mahu tengok Najib Razak masuk ke dalam kerana Najib Razak adalah Orang Kaya 8.
Anwar bersumpah – kluster mahkamah akan dilepaskan sekiranya beliau menjadi PM.
18 Oktober – MP Machang berjumpa Najib Razak dan meminta supaya perancangan ini ditangguhkan sebab seluruh bahagian Umno di Kelantan tolak Anwar Ibrahim.
Pada sebelah malam, MP Jerantut, Kimanis dan Padang Besar bersetuju agar rancangan ini ditangguhkan.
19 Oktober – Mesyuarat MKT Umno, Tanjong Karang dan Machang diherdik oleh majoriti MKT dalam mesyuarat MKT Umno susulan perancangan untuk menjatuhkan kerajaan.
Najib Razak – 4 bulan selepas mengambil alih kerajaan, menjelaskan beliau tidak kutuk kerajaan supaya rakyat sokong TS Muhyiddin Yassin.
Najib Razak kecewa kerana Hamzah tidak menunaikan janji berkaitan kes mahkamah melibatkan dirinya, Rosmah Mansor serta anak-anaknya.
Manakala Zahid Hamidi mendakwa Hamzah ugut akan mengambil tindakan ke atas Nurul Hidayah iaitu anaknya.
20 Oktober: Jawatankuasa Noah berjumpa MP dan menyerahkan RM20 juta kemudian Najib serah 12 Akuan Bersumpah kepada Anwar Ibrahim.
1. Pekan
2. Pontian
3. Bagan datuk
4. Rompin
5. Pasir Salak
6. Padang Rengas
7. Kinabatangan
8. Baling
9. Machang
10. Arau
11. Besut
12. Jerantut
Malah Presiden Umno, Zahid Hamidi dua kali melanggar janji yang mereka telah persetujui bersama.
Ramai orang Umno tidak tahu krisis Menteri Besar Perak adalah permulaan Umno dengan DAP.
Malah PM Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘fuck off’ Zahid Hamidi manakala TG Hadi Awang kata Presiden Umno manusia ‘munafik’.
Orang Umno fikir Pas tidak dapat menerima Amanah. Namun, anda semua tersilap sebab Pas telah berunding dengan Mat Sabu.
Namun, Presiden Amanah berpendirian tidak akan menyertai Perikatan Nasional sekiranya Najib dan Zahid bersama dalam kerajaan.
Bagaimanapun, Mat Sabu bersedia bersama Perikatan Nasional sekiranya dua individu ini tidak bersama dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersedia dengan “exit plan” jika Umno menarik sokongan mereka kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan majoriti Melayu Islam.
Bersatu: 50
Warisan: 11
Pas: 18
GPS: 18
Amanah: 11
Pejuang:4
Bebas: 1 (Maszlee)
Jumlah: 113
Biarkan parti Umno dengan lagak abang besar dan Najib serta Zahid meringkuk dalam penjara!!
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/05/anwar-berjaya-pecah-belahkan-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

Umno Pecah Jika Pemimpin Terus Jadi Jurubicara Kerjasama Dengan Dap Dan Anwar Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 413 hits
December 27 2020 4 30 PMSetiausaha Agung BN Annuar Musa berkata penolakan kerjasama dengan DAP dan Anwar adalah pendirian rasmi UMNO yang harus dipertahankan PETALING JAYA Annuar Musa memberi amaran UMNO menuju perpecahan kerana keghairahan...
Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

Sacked As Bn Sec Gen Annuar Accuses Zahid Of Steering Umno To Conspire With Anwar Dap

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 286 hits
Tan Sri Annuar Musa today launched a scathing attack against Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi accusing the latter of colluding with Datuk Seri Anwar Ibrahim and DAP Annuar who was recently sacked as Barisan Nasional secretary ge...
Anwar Bukan Gagal Cuma Belum Berjaya

Anwar Bukan Gagal Cuma Belum Berjaya

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 170 hits
Dalam kenyataan bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng minggu lalu gambarannya adalah mereka seolah olah sudah putus asa dengan usaha Anwar Ibrahim untuk mengambil alih semula kerajaan Sehubungan itu mereka mahu usaha tersebut terutamanya me...
Umno Perlu Jawab Sokong Anwar Dan Utus Surat Sokongan Kepada Yang Di Pertuan Agong Atau Tidak

Umno Perlu Jawab Sokong Anwar Dan Utus Surat Sokongan Kepada Yang Di Pertuan Agong Atau Tidak

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 674 hits
A Kadir Jasin Antara jawapan yang pastinya dinanti nanti oleh ahli Umno bukan ahli Umno rakan Umno dan musuh Umno daripada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini adalah 1 Keluar kerajaan Perikatan Nasional atau tidak 2 Bekerjasama dengan...
Najib Sedang Pecah Belah Umno

Najib Sedang Pecah Belah Umno

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 336 hits
Lebih sudu dari kuah Kenapa tidak seru perpaduan sokong PN berterusan dan soal pembahagian kerusi adalah isu dalaman Jika bergabung dengan PH apakah pembahagian kerusi selesai Bukanlah makin kusut
Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 287 hits
Astro AwaniJanuari 6 2021Annuar Musa menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional Foto Astro AWANIPUTRAJAYA Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri A...
Biarlah Umno Sokong Anwar Daripada Terus Dibuli Oleh Rakan Sekutu

Biarlah Umno Sokong Anwar Daripada Terus Dibuli Oleh Rakan Sekutu

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 379 hits
Selepas 10 bulan Perikatan Nasional memerintah negara sejak kejatuhan kerajaan PH yang lepas politik negara masih lagi goyah apabila jumlah majoriti yang dimiliki kerajaan hanya dibezakan dengan 3 undi Berdasarkan undi belah bahagi terhadap...
Gara Gara Mahu Bekerjasama Dengan Anwar Zahid Kini Ditekan Dalam Umno

Gara Gara Mahu Bekerjasama Dengan Anwar Zahid Kini Ditekan Dalam Umno

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 361 hits
Kedudukan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini berikutan keputusannya mahu bekerjasama dengan bekas mentornya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan baru namun kemudiannya ditolak oleh...
Umno Tidak Harus Jadikan No Dap No Anwar Pendirian Muktamad Kata Ku Li

Umno Tidak Harus Jadikan No Dap No Anwar Pendirian Muktamad Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 308 hits
KAJANG Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berpandangan sikap No DAP No Anwar yang dikatakan dipegang UMNO tidak harus menjadi pendirian muktamad parti itu Sebaliknya beliau berkata dalam politik semua perkara...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever