Anwar Bukan Gagal Cuma Belum Berjaya




 Dalam kenyataan bersama Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng minggu lalu, gambarannya adalah mereka seolah-olah sudah putus asa dengan usaha Anwar Ibrahim untuk mengambil alih semula kerajaan.
Sehubungan itu, mereka mahu usaha tersebut, terutamanya melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO, dihentikan saja.
Mohamad Sabu dan Guan Eng juga mengingatkan Anwar dan PH agar tidak lagi berharap kepada Ahli Parlimen kerajaan untuk mengembalikan mandat yang dikhianati itu kerana mereka itu hanyalah opportunis yang menggunakan PH untuk kepentingan diri mereka semata-mata.
Sebaliknya, Presiden Amanah dan Setiausaha Agung DAP itu menggesa PH mencari persamaan dalam kalangan parti pembangkang untuk membentuk kerjasama lebih luas bagi menghadapi PN dalam PRU15 akan datang.
Dalam erti kata lain, bagi Mohamad Sabu dan Guan Eng, usaha Anwar selama 9 bulan ini telah gagal dan tidak mungkin boleh berjaya lagi.
Oleh itu, mereka berpendapat, lebih baik diperluaskan hubungan sesama pembangkang untuk menghadapi PRU akan datang daripada terus mengejar bayang-bayang.
Benarkah begitu?
Jika diperhalusi, Anwar bukan gagal dan belum juga gagal, jauh sekali hanya mengejar bayang-bayang.
Pada peringkat awal, dalam majlis mengadapnya kepada Agong, beliau telah membawa surat sokongan Zahid Hamidi dan Najib Razak serta beberapa SD, selain sokongan sedia ada daripada Ahli-Ahli Parlimen PH sendiri untuk membentuk kerajaan baharu.
Ia sepatutnya disusuli dengan majlis mengadap ketua-ketua parti berkenaan terhadap Agong, tetapi meskipun pada peringkat awal, jadualnya telah ditetapkan, ia kemudian ditangguhkan kerana menularnya semula Covid19.
Dengan tiada majlis mengadap ketua-ketua parti itu, sokongan yang Anwar persembahkan kepada Agong telah beliau miliki tidak dapat diterjemahkan.
Seterusnya selepas itu berlaku beberapa isu lain yang memungkinkan keadaan berubah, termasuk pembentangan Belanjawan 2021 yang mana di peringkat akhir atau bacaan kali ketiga, ia kemudian diluluskan dengan undian 111-108.
Undian itu ditafsirkan oleh banyak pihak, termasuk tidak terkecuali oleh Mohamad Sabu dan Guan Eng sendiri bahawa ia adalah gambaran kegagalan Anwar untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin.
Mereka barangkali mengandaikan, oleh kerana Zahid Hamidi dan Najib sudah memberi surat sokongan kepada Anwar, sudah tentulah sokongan beberapa Ahli-Ahli Parlimen UMNO sepatutnya diterjemahkan dalam undian belanjawan itu.
Sudah disebut sebelum ini bahawa sokongan UMNO kepada Anwar untuk menukar kerajaan tidak sama dengan undi menolak belanjawan atas beberapa faktor, antaranya UMNO tidak mahu dilihat mengingkari titah Agong berkenaan dengannya.
Dalam hal ini, yang penting, walaupun Zahid Hamidi dan Najib serta beberapa Ahli Parlimen UMNO tidak mengundi menolak belanjawan, Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri itu sehingga ini tidak pernah menafikan atau menarik balik surat sokongannya sebagaimana yang Anwar persembahkan kepada Agong sebelum ini.
Maknanya, di samping hubungan UMNO dan Bersatu terus renggang dan UMNO kekal dengan pendirian tidak mahu berkongsi kawasan pilihanraya dengan Bersatu, harapan untuk menjatuhkan Muhyiddi sebenarnya masih lagi terbuka.
Apatah lagi, dengan belanjawan telah diluluskan, menjatuhkan kerajaan selepas ini menjadi lebih mudah kerana kerajaan baharu tidak perlu lagi merangka perbelanjaan baharu.
Dikuatkan lagi dengan kenyataan Saifuddin Nasution beberapa hari lalu yang mengatakan Anwar masih ada “nombor” untuk mengambil alih kerajaan, ini juga menggambarkan usaha dan perancangan masih lagi berjalan.
Ia tidak pernah dihentikan, malah rundingan dan pertemuan ke arah itu terus diadakan.
Yang tepatnya, Anwar bukan gagal dan belum juga gagal, cumanya usahanya belum lagi berjaya setakat ini.
Bila?
Esok lusa, mungkin mendung, hujan atau cerah cuaca, tiada siapa dapat menjangka.
 (Shahbudindotcom 23/12/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/anwar-bukan-gagalcuma-belum-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Anwar Dan Ph Gagal Tumbangkan Pn Dalam Peluang Terakhir Undian Belanjawan 2021

Mahathir Anwar Dan Ph Gagal Tumbangkan Pn Dalam Peluang Terakhir Undian Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 338 hits
HASRAT ahli Parlimen Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional melalui undi belah bahagi pada bacaan kali ketiga Rang Undang Undang Perbekalan 2021 gagal sebentar tadi Keputusan dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datu...
Ph Gagal Tunjuk Kesungguhan Banteras Rasuah Kata Anwar

Ph Gagal Tunjuk Kesungguhan Banteras Rasuah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 266 hits
Gabungan besar tidak bermakna selagi pemimpin kerajaan terus mengulangi kerosakan yang lalu kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Katanya kerajaan PH sebelum ini gagal menunjukkan kepada rakyat kesungguhan mereka untuk membanteras ra...
Ph Gagal Jatuhkan Kerajaan Dalam Undi Belanjawan Kali Ke 3

Ph Gagal Jatuhkan Kerajaan Dalam Undi Belanjawan Kali Ke 3

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 197 hits
HASRAT ahli Parlimen Pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional melalui undi belah bahagi pada bacaan kali ketiga Rang Undang Undang Perbekalan 2021 gagal sebentar tadi Keputusan dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Datu...
Shafie Dan Warisan Telah Gagal Jelas Ditolak Rakyat Sabah

Shafie Dan Warisan Telah Gagal Jelas Ditolak Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 193 hits
15 Disember 2020 SelasaKami mengambil maklum akan satu kenyataan daripada mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berkaitan penukaran pimpinan Pakatan Harapan dan Ketua Pembangkang Saya melihat kenyataan beliau han...
Google Play Store Turut Gagal Untuk Diakses

Google Play Store Turut Gagal Untuk Diakses

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 191 hits
Kemaskini Perkhidmatan Google kini telah kembali beroperasi seperti biasa Disamping masalah untuk mengakses perkhidmatan berasaskan web ia dilihat perkhidmatan Google lain turut menghadapi masalah untuk diakses Antaranya adalah termasuk Goo...
Tumpuan Awani 7 45 Darurat Parlimen Gerik Dan Dun Bugaya Gagal Tukar Kerajaan

Tumpuan Awani 7 45 Darurat Parlimen Gerik Dan Dun Bugaya Gagal Tukar Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 209 hits
Agong perkenan mengisytiharkan darurat Parlimen Gerik Perak dan DUN Bugaya Sabah Keputusan itu dibuat selepas Baginda berpuas hati dengan keperluan pengisytiraan itu Usaha menjatuhkan kerajaan dilihat sekali lagi gagal selepas Belanjawan 20...
Peruntukan 22 Kementerian Lulus Bukti Ph Gagal Dapat Sokongan Kata Otai Reformis

Peruntukan 22 Kementerian Lulus Bukti Ph Gagal Dapat Sokongan Kata Otai Reformis

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 251 hits
December 12 2020 Sehingga 10 Dis lepas peruntukan 22 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa walaupun pembangkang mendakwa mempunyai cukup sokongan untuk menghalangnya PETALING JAYA Pakatan Harapan perlu berhenti mengharapkan sokon...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus