Anwar Bagaikan Phoenix Bangkit Dari Abu




 OLEH: SHAHBUDIN EMBUN
Apabila melihat kembali perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa melalui pelbagai liku dan ranjau, teringat saya akan lagu Phoenix Bangkit Dari Abu nyanyian Datuk M. Nasir.
Antara kata-kata yang terdapat dalam lagu tersebut ialah:
“Di sebalik pahit getir, kemenangan menanti,Bagaikan burung phoenix bangkit dari abu. Bangkit membina satu keindahan baru”
Kisah burung Phoenix ini terdapat dalam pelbagai versi. Apa yang pasti, haiwan mitos ini melambangkan simbol pembaharuan dan kebangkitan. Dua perkataan yang boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku pada hari ini.
Tidak keterlaluan jika dikatakan beberapa bulan yang lampau, mungkin hanya para penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) sahaja yang masih berharap satu hari nanti gabungan ini akan berjaya dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.
Ketika itu, PH yang telah tewas di Melaka dan Johor merupakan gabungan pilihan ketiga di belakang Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Dan jika ada yang masih ingat, setelah kekalahan di Johor dan Melaka, sudah ada suara-suara sumbang yang mahukan sosok badan yang lain menjadi pemimpin bagi Pakatan Harapan.
Ketika itu sudah ada yang mula mempertikaikan adakah Anwar seorang pemimpin yang boleh membawa PH maju ke depan.
Mujurlah saf kepimpinan Pakatan Harapan tidak mudah goyah dan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar.
Gabungan ini masih yakin dan terus meletakkan kepercayaan kepada Anwar untuk memastikan kemenangan akan berpihak kepada PH.
Kita dapat saksikan dari peringkat awal, bahkan sebelum PRU 15 diumumkan lagi, Anwar serta pasukannya telah bekerja dan berkempen siang dan malam, tanpa mengenal penat lelah . Ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Apatah lagi ketika di usia 75 tahun, Anwar telah membuktikan yang umur hanyalah sekadar angka semata-mata .
Dan jangan lupa akan Langkah Tambun yang iambil oleh Anwar. Langkah itu merupakan satu tindakan berani Anwar untuk menjadi PM ke-10 dengan menawan kerusi-kerusi yang berisiko tinggi.
Keberanian yang ditunjukkan oleh Anwar telah membuka mata para pengundi untuk memberi kepecyaan kepada Anwar. Langkah seperti ini tidak pernah dilakukan oleh Tun Mahathir yang begitu selesa selama tujuh penggal di Kubang Pasu .
Manakala Datuk Seri Najib pula boleh berbangga dengan kejayaan sembilan penggal di Pekan. Bahkan Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yasin terus kekal di kerusi selamat masing masing.
Dan ketika Anwar berada di atas pentas semasa berkempen, beliau masih lagi memiliki aura dan ketokohan sebagai seorang pemimpin. Anwar terus menjadi tumpuan utama mereka yang datang, hinggakan sanggup menunggu walaupun Anwar akan tiba agak lewat.
Bagi rakyat yang mendengar ceramahnya, sedikit demi sedikit telah mula memberikan semula kepercayaan kepada gabungan yang diterajui oleh Anwar, sehingga akhirnya telah membuka ruang dan peluang untuk Anwar dimasukkan dalam lipatan sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang ke 10.
Jika dilihat pada pengalaman yang dimiliki oleh Anwar, hinggakan beliau dikenali di serata dunia, ternyata beliau mempunyai keupayaan untuk membawa negara keluar daripada ketidakstabilan ekonomi dan politik .
Adalah menjadi harapan negara yang Anwar boleh mengembalikan semula reputasi dan kepercayaan dunia kepada Malaysia hinggakan satu ketika dahulu negara kita pernah dikenali sebagai “Harimau Asia” sempena pembangunan ekonomi yang pesat dan mampan.
Kini Anwar menerajui Kerajaan Perpaduan yang akan menggabungkan beberapa parti politik untuk membentuk kerajaan. Dan perlu diingatkan bahawa tertubuhnya kerajaan ini adalah dengan titah perkenan Yang Dipertuan Agong kepada semua parti politik agar mengutamakan kepentingan negara daripada sebarang kepentingan yang lain.
Sikap tolak ansur mestilah dicari supaya kerajaan yang ditubuhkan ini sentiasa padu dan kukuh untuk menjalin kerjasama serta melaksanakan segala program untuk pembangunan negara dan rakyat.
Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan peranan penting yang dimainkan oleh Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi. Zahid telah berjaya membawa secara ‘en block’ kesemua 30 ahli parlimen BN menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke 10.
Usaha dan langkah yang dilakukan oleh Zahid ini telah membuka jalan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS ) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk melakukan tindakan yang sama. Hasilnya kerajaan perpaduan ini mendapat sokongan 2/3 majoriti di parlimen .
Ya, satu ketika dahulu, Anwar selalu diejek sebagai ‘PM tepi’ , bahkan diketawakan oleh beberapa musuh politiknya yang menjadikan ungkapan PM tepi sebagai sesuatu yang melucukan.
Namun Anwar tidak menghiraukannya itu. Kini sampai masanya untuk memandang ke depan dan membuktikan segala yang dijanjikan dapat dilaksanakan dengan berjaya.
Dan apa yang lebih penting inilah peluang untuk Anwar mengotakan janji bahawa apa yang diperjuangkan selama ini adalah untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. – (Shahbudin Embun)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/anwar-bagaikan-phoenix-bangkit-dari-abu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peja Dakwa Kerajaan Anwar Tiada Keabsahan Moral

Peja Dakwa Kerajaan Anwar Tiada Keabsahan Moral

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 119 hits
Sinar HarianSHAH ALAM Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa kerajaan baharu di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai keabsahan moral Ujarnya Pengerusi Pakatan Harapan it...
Anwar Kerajaan Sudah Capai Sokongan Dua Pertiga

Anwar Kerajaan Sudah Capai Sokongan Dua Pertiga

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 136 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan perpaduan pimpinannya sudah mencapai sokongan dua pertiga susulan keputusan Gabungan Rakyat Sabah bersetuju menyertai pentadbirannya Beliau berkata kedudukan kerajaan...
Dr Mahathir Ucap Tahniah Dan Selamat Maju Jaya Pada Anwar

Dr Mahathir Ucap Tahniah Dan Selamat Maju Jaya Pada Anwar

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 284 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke 10 Dalam ciapannya di Twitter bekas bekas pengerusi Pakatan Harapan itu menyatakan selamat m...
Beranikah Mahiaddin Letak Jawatan Jika Anwar Gagal Ditumbangkan 19 Disember Nanti

Beranikah Mahiaddin Letak Jawatan Jika Anwar Gagal Ditumbangkan 19 Disember Nanti

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 285 hits
SHAHBUDIN HUSINTidak seperti Mahiaddin Md Yasin yang bertindak menggantung Parlimen melalui perisytiharan darurat untuk mengelak keabsahannya diuji Anwar Ibrahim sebaik dilantik sebagai Perdana Menteri tidak menunggu lama untuk menunjukkan ...
Anwar Ketokohan Dan Pengiktirafan Dunia

Anwar Ketokohan Dan Pengiktirafan Dunia

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 118 hits
DR SHAHNOR BASRIDalam ruangan rencana Malaysian Insiders penulis telah beberapa kali menulis tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengenai pasukan yang harus dibina pasca PRU 15 iaitu sosok yang harus dinobatkan sebagai Perdana Menteri Mala...
Anwar Sedia Uji Majoriti Di Dewan Rakyat 19 Disember Muhyiddin Diberitahu

Anwar Sedia Uji Majoriti Di Dewan Rakyat 19 Disember Muhyiddin Diberitahu

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 174 hits
puteradaily comPerdana Menteri Anwar Ibrahim menyanggah sebarang pertikaian mengenai kestabilan kerajaan perpaduan sekarang kerana terasnya adalah tiga gabungan besar Pakatan Harapan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak Jadi soal kes...
Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

Tahniah Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke 10

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 347 hits
TAHNIAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 10 Assalammualaikum semua Setelah mengikuti perkembangan Pilihan Raya Umum Ke 15 sejak Penamaan Calon pada 5 November 2022 Sebagai Rakyat Malaysia ini adalah detik paling Ruby teru...
New Pm Anwar Declares Monday A Public Holiday

New Pm Anwar Declares Monday A Public Holiday

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 201 hits
Photo courtesy of the Malaysian Information Department KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim has been sworn in as Malaysia s 10th Prime Minister In the swearing in ceremony at Istana Negara here at 5pm on Thursday the Pakatan Harapan chairm...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord