Anwar Ajak Rakyat Bangkit Ubah Kerajaan


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-June 6, 2021 12:47 PM
Anwar mempertikaikan tindakan kerajaan menghukum golongan mengkritiknya dengan menggunakan undang-undang darurat yang disifatkan sebagai satu penderaan kepada rakyat.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengajak rakyat bangkit menuntut perubahan pentadbiran negara berikutan kegagalan Kabinet Muhyiddin Yassin yang didakwanya “tempang” menguruskan krisis pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan masyarakat merana.

Malah Presiden PKR itu mendakwa kerajaan diibaratkan sebagai samseng dengan menangkap golongan pengkritiknya dengan menggunakan alasan darurat yang sepatutnya digunakan untuk melicinkan urusan berdepan Covid-19.

Anwar berkata percanggahan antara menteri, ketidaktentuan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan menyeluruh dan kelembapan mendapat vaksin menunjukkan ketidakmampuan pemerintah dibina atas dasar khianat serta hilang keabsahan.

“Nak kuasa tapi tidak boleh buat kerja dengan teratur…kesannya derita rakyat bertambah. Jumlah meninggal dunia, sakit, dalam ICU dan positif semakin meningkat tetapi ujian besar-besaran belum ditingkatkan.

“Maksudnya data itu dipertikai, berdasarkan data analitik kita dibuat secara saintifik ternyata data diberikan tidak tepat dan berlaku penipuan secara terang-terangan yang kemudiannya diperbetulkan,” katanya ketika menyampaikan amanat khas Presiden PKR secara maya hari ini.

Program itu bagi menggantikan perasmian Kongres PKR yang sepatutnya berlangsung pagi ini tetapi dinasihatkan ditangguhkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke satu tarikh akan diumumkan.

Anwar turut mempertikaikan tindakan kerajaan menghukum golongan mengkritiknya dengan menggunakan undang-undang darurat yang disifatkan sebagai satu penderaan kepada rakyat.

Beliau memberikan contoh bagaimana seorang individu dihukum dan diugut hanya kerana bertanya pihak mana mendapat kontrak mengendalikan laman sesawang pendaftaran vaksin yang gagal berfungsi dengan baik.

“Ini negara apa, kepimpinan samseng? Guna darurat (sepatutnya) untuk licinkan pentadbiran tetapi dera rakyat. Masalah kelembapan vaksin, mereka kata Selangor sudah diberikan 2.9 juta vaksin yang nasib baik dijelaskan kerajaan Selangor jumlahnya hanya lebih 600,000.

“Mereka kata akan dapat vaksin Mac dan suntik 75,000…yang dapat hanya 25,000 kemudian naik 45,000 pada April. Dengan jangkaan sekarang ini dan ikut unjuran tidak mungkin selesai akhir tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sekali lagi mengulangi pendirian pakatan itu untuk bekerjasama dengan parti pembangkang bagi meruntuhkan kerajaan PN yang didakwanya dibarisi pemimpin yang rakus dan tamak kuasa.

“Tetapi janganlah anggap kita nak bolot kuasa, kita perlu ada kesepakatan dalam semua aspek kerana kita lihat ada kesenjangan yang nyata dalam PN ketika ini,” katanya sambil menyifatkan nakhoda negara ketika ini tiada hala tuju dalam membangunkan ekonomi dan rakyat.

“Negara tak boleh terhoyong-hayang, kita kena tegas dan tak boleh bertolak ansur. Perdana menteri dan kerajaan bersilih ganti tetapi kita masih terpalit dengan isu mengumpul khazanah, mengumpul kekayaan untuk keluarga itu keluar ini…

“Rasuah.. kalau rakyat izinkan ini berlaku, ini bermakna negara akan terus dilanda krisis dan malapetaka amat dahsyat dan akhirnya negara tidak akan mendapat keberkatan untuk tangani Covid-19.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/06/anwar-ajak-rakyat-bangkit-ubah-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Kerajaan Bukan Berharap Tetapi Harus Memberi Harapan Kepada Rakyat Anwar

Kerja Kerajaan Bukan Berharap Tetapi Harus Memberi Harapan Kepada Rakyat Anwar

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 296 hits
POSTED BY AMIR WRLRKerajaan Perikatan Nasional perlu gunakan data dan sains data bagi mengoptimumkan keberhasilan program vaksinasi Covid 19 kebangsaan Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim Strategi Pasca Covi...
Benarkah Rakyat Punca Kegagalan Dan Pertukaran Kerajaan Tidak Mampu Merubah Keadaan

Benarkah Rakyat Punca Kegagalan Dan Pertukaran Kerajaan Tidak Mampu Merubah Keadaan

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 233 hits
Berikutan trending tanda pagar KerajaanGagal dan KerajaanBodoh di media sosial sejak kebelakangan ini sebagai manifesti penolakan terhadap kerajaan bersekali dengan kecaman terhadap beberapa menteri yang juga dianggap gagal dan tidak berfun...
Anwar Mahu Rakyat Lantiknya Jadi Pm Walaupun Tiada Majoriti

Anwar Mahu Rakyat Lantiknya Jadi Pm Walaupun Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 321 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat menuntut perubahan pentadbiran negara dengan melantiknya menjadi Perdana Menteri baharu bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Dakwa Presiden PKR itu negara perlu melantik PM baharu ...
Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

Kerajaan Perikatan Nasional Gagal Dalam Menangani Pandemi Covid 19 Dengan Berkesan Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 275 hits
utusan com myBiar tauke besar beli sendiri vaksin AnwarPETALING JAYA Kerajaan digesa segera memberi kelonggaran kepada syarikat syarikat berkemampuan dari segi kewangan membeli vaksin dan mengedarkan dalam kalangan ahli keluarga dan pekerja...
Vaksin Tg Zainul Asri Ubah Pendirian Bersama Kerajaan

Vaksin Tg Zainul Asri Ubah Pendirian Bersama Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 291 hits
Oleh NOOR SARA MASHITOH KANGAR Berdasarkan peningkatan kes Covid 19 yang mendadak sehingga mencapai 9 020 kes baharu jangkitan pada 29 Mei lalu Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli akhirnya mengubah pendirian turut bersama dengan ke...
Adakah Kerajaan Tidak Boleh Ditegur Rakyat

Adakah Kerajaan Tidak Boleh Ditegur Rakyat

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 246 hits
Hamzah Rie NaSalah laku kerajaan kudeta tidak boleh ditegur Adakah demokrasi sudah mati bersama runtuhnya kerajaan PH
Rayuan Rakyat Agar Tydpa Bubarkan Kerajaan Yang Tidak Berguna

Rayuan Rakyat Agar Tydpa Bubarkan Kerajaan Yang Tidak Berguna

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 270 hits
ZAFARIN AFFENDI Sila baca sampai hujung untuk tahu perlembagaan apa aku maksudkan Kalau bercakap benar tetapi dengan nada mengajuk adalah 1 kesalahan maka aku yakin beribu ribu orang akan ditangkap di seluruh negara setiap hari tiada menghi...
5693 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette 11 06 2021

5693 125 Ngo Desak Kerajaan Beri Moratorium Enam Bulan Kepada Rakyat Malaysia Gazette 11 06 2021

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk memberikan moratorium automatik selama enam bulan kepada semua rakyat di negara ini Desakan itu diberikan 125 buah badan bukan kerajaan memandangkan kepada kesukaran meneruskan perniaga...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bahaya Vitamin Dan Suplemen Tanpa Nasihat Pakar

Drama Jadikan Aku Bidadari Lakonan Farah Nabilah Nazim Othman

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks

Cara Solat Sunat Dhuha Panduan Lengkap

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar