Benarkah Rakyat Punca Kegagalan Dan Pertukaran Kerajaan Tidak Mampu Merubah Keadaan


 
Berikutan trending tanda pagar #KerajaanGagal dan #KerajaanBodoh di media sosial sejak kebelakangan ini sebagai manifesti penolakan terhadap kerajaan, bersekali dengan kecaman terhadap beberapa menteri yang juga dianggap gagal dan tidak berfungsi, terdapat kecenderungan untuk mengalihkan kegagalan itu kepada rakyat sendiri.
Mereka mengatakan, yang sebenarnya gagal ialah rakyat itu sendiri, bukannya kerajaan, Perdana Menteri atau menteri-menterinya.
Hujah mereka ialah jika kerajaan didakwa gagal dalam menguruskan pandemik Covid19 dengan berkesan, rakyat jauh lebih gagal kerana masih ramai yang cuba merentas negeri secara haram, berziarah ketika Aidil Fitri dan pergi ke tempat-tempat yang sesak tanpa keperluan yang mendesak.
Mereka seterusnya berkata, berbanding kerajaan, rakyatlah sebenarnya yang menjadi penyumbang kepada kegagalan kerajaan itu.
Serentak dengan sikap rakyat yang dikatakan gagal itu, mereka berhujah lagi bahawa pertukaran kerajaan tidak mungkin dapat membawa apa-apa perubahan kepada negara kerana rakyat yang sama yang menyumbang kepada kegagalan itu masih tetap ada untuk terus membawa kegagalan.
Benarkah begitu?
Yang nyata, kecenderungan untuk menyalahkah rakyat ini adalah suatu pandangan yang nyata bertujuan agar kerajaan PN dan Mahiaddin Md Yasin terus diberi ruang memimpin negara ini.
Dalam erti kata lain, mereka kini kian menyedari PN dan Mahiaddin gagal berfungsi, semakin ditolak dan tidak lagi diperlukan.
Hakikatnya, tugas kerajaan dan pemimpin ialah memimpin dan kerana mereka dibayar gaji yang lumayan dengan pelbagai kemudahan serta berpeluang pula menyapu komisyen untuk kemewahan diri sendiri dan keluarga, malah untuk menambah isteri sehingga dua atau tiga, beban kesalahan atas kegagalan itu haruslah ditanggung sepenuhnya oleh mereka, bukan rakyat.
Rakyat sebaliknya hanya kelompok penerima sebagai balasan pelbagai cukai yang perlu mereka bayar kepada kerajaan untuk membayar gaji dan segala kemudahan yang dinikmati oleh pemimpin.
Maka itu, di mana asasnya untuk meletakkan beban kegagalan kerajaan kepada rakyat?
Memang benar ada rakyat melanggar SOP, banyak yang cuba merentas negeri dan pergi ke tempat-tempat sesak yang tidak perlu, tetapi harus diingat, pemimpin juga ramai yang berbuat demikian.
Wajarkah pemimpin turut sama degil melanggar SOP dan cuba merentas negeri sedangkan peraturan itu mereka sendiri yang memperkenalkannya, di samping kedudukan mereka adalah pemimpin yang dibayar gaji seharusnya memimpin dan menunjuk teladan kepada rakyat, bukan menjadi ibu ketam yang berjalan senget?
Bukankah jika pemimpin yang tugasnya memimpin itu patuh 100 peratus kepada SOP dan peraturan, maka ia dengan sendiri akan mendorong rakyat untuk sama mematuhinya?
Dalam hal ini, sementara ramai yang didapati melanggar SOP dan cuba-cuba merentas negeri, sesetengahnya sengaja berbuat demikian sebagai tanda marah dan protes kepada pemimpin yang dilihat bebas berbuat dengan sewenang-wenangnya.
Lebih dahsyat, ramai pemimpin yang dipaparkan gambar dan video mereka tidak mematuhi SOP, namun masih tidak diambil sebarang tindakan, termasuk Mahiaddin sendiri yang dikesan tidak memakai pelitup muka dan beberapa menteri yang lain dengan pelbagai kesalahan masing-masing.
Sebahagian pemimpin yang lain dikatakan perlu perlu siasatan lanjut terlebih dahulu dengan mengambil masa yang lama serta ada pula diberi alasan harus mendapat kebenaran Pejabat Peguam Negara sebelum boleh diambil tindakan.
Semua ini membuatkan rakyat kecewa dan rasa tertindas kerana jika terkena kepada mereka, saman atau denda serta-merta terus dikeluarkan tanpa menunggu matahari tenggelam.
Jadi, siapa yang lebih bersalah – pemimpin atau rakyat?
Berkaitan hal yang sama, di sinilah pentingnya sebuah kerajaan lain yang benar-benar berwibawa dengan pemimpin yang sepenuhnya mampu memimpin harus mengambil alih pentadbiran negara ini.
Kalau #KerajaanGagal dan #KerajaanBodoh ini terus berkuasa lebih lama atau diberi peluang lagi selepas PRU akan datang, maka kegagalan dan keboodohan yang sama akan berpanjangan menyusahkan kita semua.
Kita akan sengaja menempah kegagalan dan membiarkan kebodohan berterusan melainkan kita harus segera menjadi lebih pandai dan tidak terus diperbodohkan. 


(ShahbudinHusin 31/05/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/benarkah-rakyat-punca-kegagalan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Perdana Menteri Hanya Mampu Umum Ketatkan Pkp3 0 Lebih Baik Rakyat Minum Kacip Fatimah

Jika Perdana Menteri Hanya Mampu Umum Ketatkan Pkp3 0 Lebih Baik Rakyat Minum Kacip Fatimah

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 251 hits
Oleh ANINA SAADUDIN Seharian dari pagi rakyat tunggu keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Rakyat nak tahu hasil pemikiran kepala otak barisan Menteri dan Timbalan Menteri seramai 73 orang yakni yang terbesar dalam se...
Kes Cecah 6 000 Rakyat Desak Kerajaan Laksana Total Lockdown

Kes Cecah 6 000 Rakyat Desak Kerajaan Laksana Total Lockdown

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 394 hits
ismaweb netSistem kesihatan dah tenat tapi kerajaan masih bimbangkan ekonomiBANGI 7 Syawal 1442H Rabu Bimbang terhadap peningkatan mendadak kes harian COVID 19 hari ini rata rata rakyat mendesak kerajaan mengambil tindakan drastik menguatku...
Pemuda Umno Marah Kerajaan Pentingkan Tauke Besar Abu Hafiz Ingatkan Rakyat Malaysia Siapa Dalam Kabinet Pn

Pemuda Umno Marah Kerajaan Pentingkan Tauke Besar Abu Hafiz Ingatkan Rakyat Malaysia Siapa Dalam Kabinet Pn

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 285 hits
May 23 2021 Ketua Pemuda UMNO marahkan kerajaan PN BN katanya pentingkan tauke tauke Buat rakyat Malaysia perlu sentiasa jelas dan faham siapa dalam Kabinet PN BN PAS Kalau negara sedang jahanam dan rosak sekarang mereka yang dalam gambar d...
Kerajaan Kelantan Tidak Beri Bantuan Rakyat Gelisah

Kerajaan Kelantan Tidak Beri Bantuan Rakyat Gelisah

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 308 hits
Kerajaan Negeri Kelantan dikritik rakyat kerana tidak mengumumkan sebarang bantuan dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 Tambahan pula Kerajaan Negeri bukan lagi pembangkang dan tiada masalah memohon bantuan tertentu dari kerajaa...
Kau Sampahkan Rakyat Jatuhnya Kerajaan Pn Ni Kau Tahulah Siapa Bapa Kau Nanti

Kau Sampahkan Rakyat Jatuhnya Kerajaan Pn Ni Kau Tahulah Siapa Bapa Kau Nanti

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 151 hits
MOHD MUKHLISAnak MB yang gelar berdoalah banyak banyak yang PN ini tak jatuh kalau jatuhlah kerajaan al ghadr ini dia akan tahu bapa dia sebenarnya lebai lori sampah yang selama ini pelahap duit UMNO
Kerajaan Yang Menyusahkan Rakyat

Kerajaan Yang Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 245 hits
PKP 3 0 di Malaysia telah banyak menyusahkan ramai pihak disebabkan syarat syarat yang telah diumumkan oleh kerajaan Terutamanya kepada peniaga peniaga dan rakyat Pengumuman kerajaan mengenai langkah dan syarat syaratnya lebih kita lihat in...
Bila Rakyat Dah Hilang Keyakinan Pada Kerajaan

Bila Rakyat Dah Hilang Keyakinan Pada Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 219 hits
HAMDAN TAHAAyat ayat macam ni sepatutnya bukan di tujukan pada rakyat sahaja dia kena bagitahu ahli MKN kena bagitahu Pm kena bagi ismail sabri kena bagitahu Azmin ali pembohong tu baru betulRakyat jika ada keyakinan pada kerajaan cakap lah...
Rakyat Kecewa Tiada Total Lockdown Diumum Kerajaan

Rakyat Kecewa Tiada Total Lockdown Diumum Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 480 hits
ismaweb netPeniaga kecil merungut terkesan teruk jika pelaksanaan PKP berlanjutanBANGI 10 Syawal 1442H Sabtu Rakyat hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap pengumuman kerajaan yang hanya memperketatkan prosedur operasi standard sektor ekono...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba