Anwar Ahli Amk Terlibat Insiden Gaduh Akan Dipecat




MELAKA, 6 Dis -- Anggota parti yang bertanggungjawab mencetuskan kekecohan sewaktu persidangan Kongres Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 akan berdepan dengan tindakan dipecat, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya perlakuan yang disifatkan biadap itu tidak boleh boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

"Saya telah menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku di Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019. Justeru, saya telah meminta Lembaga Disiplin Parti untuk mengambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar turut memohon kerjasama polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata laporan mengenai isu kekecohan pada Kongres AMK 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Katanya satu mesyuarat post mortem mengenai kongres itu akan dibuat bagi mengenal pasti isu yang dihadapi pada penganjuran kongres AMK dan Wanita termasuk fasiliti kepada media, dan laporan hasil mesyuarat itu akan dibawa ke MPP PKR bagi memastikan ia tidak berulang.

"Jika kita lihat pada kongres AMK, dewan itu dilihat kecil untuk menampung perwakilan AMK yang hadir agak ramai, tetapi bagi Wanita dewan disediakan pula dilihat agak besar. Jadi kita lihat ada isu seperti cerita 'Goldilocks' dalam penganjuran ini.

"Apapun kita akan bincangkan perkara ini dan akan tambah baik bagi memberi fasiliti paling sesuai selepas ini," katanya ketika dihubungi Bernama mengenai insiden kecil kekecohan ekoran sekumpulan anggota AMK tidak dibenarkan masuk ke dewan persidangan kerana telah penuh.

Beliau berkata AMK akan menyerahkan kepada lembaga disiplin parti itu untuk tindakan sekiranya didapati berlaku kekecohan atau perbuatan sabotaj, dan kekecohan melibatkan fizikal akan diserah kepada polis untuk diambil tindakan.

Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata setiap anggota AMK hendaklah menjaga nama baik parti PKR dan menjaga adab serta tata susila mereka, selain mengelakkan isu peribadi yang menggugat kesejahteraan sesama anggota parti.

"Elok jangan buat provokasi dan timbulkan kekacauan. Wakil MPP (Majlis Pimpinan Tertinggi) kita juga tidak mahu apa-apa ruang provokasi. Kita kesal dengan kekecohan berlaku kerana ia memburukkan nama AMK dan PKR.

"Kita akan teliti tindakan, kita mahu perjalanan sempurna sepanjang perbahasan. Nak selesaikan kongres dengan baik, segala kekurangan kita pikul tanggungjawab tetapi masa sama bebanan secara kolektif untuk pastikan perjalanan kongres sempurna," katanya pada sidang media.

Kongres tahunan AMK hari ini dicemari dengan insiden kecil kekecohan yang pertama ekoran sekumpulan anggota AMK tidak dibenarkan masuk ke dewan persidangan kerana telah penuh manakala kali kedua semasa kongres berhenti rehat.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/anwar-ahli-amk-terlibat-insiden-gaduh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Lelaki Ditahan Insiden Gaduh Di Kongres Amk

Dua Lelaki Ditahan Insiden Gaduh Di Kongres Amk

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 777 hits
Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan pada Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini hari ini Loading Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berk...
Dua Ahli Pkr Pahang Dipecat Dipercayai Terlibat Rasuah

Dua Ahli Pkr Pahang Dipecat Dipercayai Terlibat Rasuah

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 298 hits
THE MALAYSIAN TIMES PETALING JAYA Dua ahli PKR dari Pahang dipecat berkuat kuasa serta merta semalam setelah dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan suapan ketika pemilihan parti itu pada tahun lepas Pemecatan Ketua Cabang PKR Bera Zakari...
Anwar Senaraikan Ahli Parlimen Sokong Kamu Jadi Pm Kelapan Khairuddin

Anwar Senaraikan Ahli Parlimen Sokong Kamu Jadi Pm Kelapan Khairuddin

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 230 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menyenaraikan nama nama Ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri kelapan Penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan nama nama itu kelak perlu dimaklumkan Presi...
Anwar Kait Tuduhan Perbuatan Keji Terhadap Ahli Politik Dengan Peralihan Kuasa

Anwar Kait Tuduhan Perbuatan Keji Terhadap Ahli Politik Dengan Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 375 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengaitkan kenyataan seorang lelaki yang mencadangkan seorang ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai perbuatan keji dan tidak bermoral dengan peralihan kuasa perdana menteri Beliau percaya i...
Anwar Pecat Dalang Kekecohan Kongres Amk

Anwar Pecat Dalang Kekecohan Kongres Amk

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 321 hits
BERITAPresiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang menimbulkan kekecohan di kongres Pemuda PKR hari ini sebagai tidak beradab Anwar berkata beliau telah meminta lembaga disiplin parti untuk mengambil tindakan memecat pihak yang menimbu...
Terlibat Narkoba Dan Desersi 2 Personel Polisi Aceh Utara Dipecat

Terlibat Narkoba Dan Desersi 2 Personel Polisi Aceh Utara Dipecat

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 197 hits
PTDH yang dilakukan telah melalui proses yang panjang dengan berbagai pertimbangan serta pilihan terakhir hingga terbitlah keputusan PTDH kata Kapolres Aceh Utara AKBP Ian Rizkian Milyardin
Anwar Mohon Maaf Insiden Semalam

Anwar Mohon Maaf Insiden Semalam

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 310 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka foto IQBAL BASRI AYER KEROH Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan u...
Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 695 hits
By 6 December 2019Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka foto IQBAL BASRI 06 DISEMBER 2019...
Amk Serah Pada Polis Siasat Insiden Rempuhan Kongres Di Melaka

Amk Serah Pada Polis Siasat Insiden Rempuhan Kongres Di Melaka

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 260 hits
Angkatan Muda KEADILAN menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kekecohan di Kongres sayap parti itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ketuanya Akmal Nasir berkata beliau kesal perka...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month