Antara Hijrah Ezra Kong Dan Emma Maembong Rileks Media


SEBAGAI otai artis TV (agama), saya turut mengikuti perkembangan artis dan hiburan tanah air. Menarik sungguh perkembangannya pembuka tirai tahun 2019. Dua isu dunia artis yang hangat dibicarakan warganet dan tular.
Pertama, mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL33) yang dimenangi komposer dan penulis lirik lagu ‘Haram’ iaitu Ezra Kong. Lagu beliau dinyanyikan oleh Hael Husaini (komposer dan penulis lirik) dan Dayang Nurfaizah.
Ketika Anugerah Juara Lagu (AJL33) diumumkan, Ezra Kong naik ke pentas, penyanyi wanita lagu beliau, Dayang Nurfaizah datang menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Ezra Kong, tetapi ditolak dengan cara paling berhikmah oleh Ezra Kong dengan meletakkan tangan di dada.
Ketika memberikan ucapan, Ezra Kong memulakan dengan memberi salam, “Assalamualaikum” diikuti dengan salam 1Malaysia dan salam baru. Boleh dikatakan semua warganet yang belum mengenali beliau terkejut, rupa-rupanya Ezra Kong adalah seorang muslim. Sejak bila beliau memeluk Islam? Saya pun tidak tahu. Ingin sekali saya mengenalinya.
Aksi Ezra Kong mendapat pujian warganet. Antaranya oleh Lany Bakerren:
“Dalam pada artis bukan muhrim bersalam, berpegangan tangan naik ke pentas. Dia menolak pelawaan salam artis perempuan dengan sopan dengan meletak tangan di dada. Subhanallah bagusnya dia. Inilah contoh Islam yang sebenar. Tahniah@Ezra Kong!#AJL33”.
Komen saya, menolak salam tangan, bukanlah contoh Islam sebenar, masih banyak lagi, tetapi itulah tanda dan ciri ke arah kefahaman sebenar.
Lagi melucukan bila membaca dialog warganet,
Ezra Kong: Assalamualaikum
Meleis: Ezra Kong ni Islam ker? Ingatkan Cina!
Apa benda lah! Cina tu bangsa, Islam tu agama. Tolonglah jangan stereotype kan Islam tu untuk Melayu je.
Nyata sekali, kefahaman kita terhadap Islam masih cetek. Islam sebagai agama rahmahtan lil alamin, tidak dapat dibezakan dengan bangsa. Dalam segelintir orang Islam, masih berpandangan Islam itu Melayu, Melayu itu Islam. Jika ada Cina masuk Islam, maka dikatakan jadi Melayu, masuk Melayu.
Maka timbullah kata-kata “ingatkan dia Cina”. Apakah dengan memeluk Islam, hilanglah kecinaannya? Sedangkan agama dan bangsa adalah dua isu berbeza. Bangsa apapun boleh memeluk Islam, tanpa menjadi Melayu.
Kedua, tidak seperti kisah Ezra Kong, cerita sensasi Emma Maembong membuka semula tudung yang telah dipakai sebelum ini selama lima tahun turut mendapat perhatian warganet. Sudah tentu sebelum ini, apabila bertudung, seluruh peminat dan warganet bersyukur dan memuji, sebab berhijrah kepada yang lebih baik.
Namun, apabila tudung dibuka semula, reaksi warganet sudah dapat dijangkakan. Ribuan komen mengkritik dan hen tam, terlampau sedikit memuji. Ini adalah perkara biasa dalam dunia artis.
Dalam memberikan respon membuka tudung, Emma Maembong berkata:
“Apa sebabnya biarlah saya sendiri yang simpan. Biarlah, ia antara saya dengan Allah. Apa yang saya boleh cakap, saya mahu jadi diri sendiri. Itu sahaja. Dalam masa sama saya tidak mahu sembunyikan kesalahan yang saya buat dengan melarikan diri.”
“Ya, saya tegaskan di sini janganlah ikut tindakan saya yang tidak baik ini. Saya akui dan tahu ia contoh yang tidak baik. Saya sudah melalui pelbagai dugaan sepanjang menjadi anak seni… dalam berpuluh-puluh ribu komen, setahu saya hanya ada empat komen yang positif… sebaliknya yang lain semua mema ki ha mun sehingga ada yang mendoakan saya ma ti.”
Ingin saya bertanya kepada Emma, sudah berapa lama menjadi anak seni? 10 tahun? 20 tahun? Sudah tahu tidak baik, kenapa dibuat balik? Ada artis yang seumur hidupnya menjadi anak seni, tidak pula mereka berubah-ubah. Lebih baik dia tidak bertudung sampai ke penghujung ha yatnya daripada tutup buka balik.
Tindakan ini mema lukan dan merosakkan imej Islam. Jika belum bersedia pakai, jangan pakai lagi. Buka… tutup… buka… hodoh sangat rupanya.
Saya sebenarnya tidak mahu komen pasal kehidupan artis, kerana kita tahu kenapa mereka mahu jadi artis. Namun, apabila mereka berubah, sudah tentu menarik perhatian. Apatah lagi setelah berubah, kembali jahil.
Kita tidak boleh salahkan netizen atau warganet. Mereka berhak memberikan pandangan orang menjadi ‘pujaan’ suatu ketika dahulu.
Sebelum ini saya ada menulis mengenai rasa muak saya dengan telatah dan tingkah laku artis yang bergelar pelakon dan penyanyi. Ada yang begitu berani melakukan maksiat secara terang-terang dengan merakam dan menghantar gambar. Ada yang lain pula, mengandung dan beranak pun nak bagi tahu orang. Apabila gambar menjadi viral, ma rahkan orang.
Begitu juga dengan kisah seorang artis yang menghantar gambar dia memeluk pemain bola sepak Brazil, Roberta Carlos. Sebelum ini, ada artis yang membuat pelancaran tudung dalam kelab malam The Zouk. Bila dikritik, dijawab dengan selamba, ‘aku tau apa yang aku buat’.
Hi na betul orang seperti ini. Berbangga dengan mak siat yang dilakukan. Yakinlah, orang sebegini, apabila menjelang usia nanti, apabila sudah tidak laku dalam dunia seni, sibuk pula mahu berhijrah dengan bertudung, kemudian berniaga tudung. Pada mereka, berhijrah itu adalah bertudung. Bertudung itu namanya hijrah. Mereka tidak faham roh bertudung dan roh menutup aurat.
Bertudung tidak semestinya menutup aurat, belum tentu berhijrah. Ada orang bertudung, tetapi pakaiannya macam sarung nangka. Sendat sana sini, tertonjol dan menonjol. Menutup auratkah kalau macam itu, jika sudah boleh nampak urat-urat? Itu masih belum berubah atau berhijrah, kerana hanya fizikal sahaja berubah, kefahaman masih belum ada. Dalam Islam, gabungan jasmani dan rohani amat penting difahami.
Wahai artis! Jika jahil mengajilah agama. Cuba fahami dan hayati sepertimana Ezra Kong. Tak malukah kita dengan Ezra Kong. Usahkan buka aurat, menolak bersalaman dengan wanita. Jika kitalah, dapat bersalaman dengan artis dan komposer, sudah tentu sangat teruja. Mungkin sampai tak tidur malam.
Apakah kita sudah lupa bagaimana anak gadis kita memeluk artis K Pop Korea yang membuat persembahan di kota raya suatu ketika dahulu?
Kepada Emma Maembong, saya yakin, apabila menjelang Ramadan nanti, pasti apabila Emma Maembong keluar berjalan, Emma pasti akan menutup kepalanya. Paling kurang dengan selendang mak indang selendang. Bulan Ramadan jadi jahid, masuk bulan Syawal dan seterusnya, jadi ja hat.
Jika inilah pemahaman kita terhadap Islam, seolah-olah ada hari atau bulan tertentu kena jadi baik, ada bulan tertentu tidak perlu jadi baik, iaitu boleh berjahat atau bermaksiat, maka sampai bila-bila pun mereka akan berkelakuan seperti yang disebutkan di atas tadi, seperti memeluk jantan, buka… tutup… buka.
Justeru, sudah sampai masa artis-artis bertudung tidak sekadar bertudung, tetapi pada masa sama mereka perlu ada ilmu dan meningkatkan ilmu. Kena mengaji agama seperti Allahyarham Azmil Mustapha, Shamsul Ghau Ghau, Iwan dan lain-lain.
Saya cukup bimbang artis hanya bertudung untuk mencari populariti. Walhal sebenarnya mereka tidak faham roh bertudung. Bertudung sekadar fesyen untuk mencari wang tambahan bagi melariskan tudung. Tidak pasti pula saya yang membuka tudung semula mahu berniaga apa.
Jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan dengan sebenar-benar hijrah. Hayatilah penghijrahan itu melalui pembelajaran dan penghayatan ilmu. Berhijrah bukan sekadar bertudung. Bertudung itu belum tentu menutup aurat. Banyak lagi perkara yang perlu diketahui apabila bertudung, bagi menjaga maruah dan harga diri seorang muslimah.
Islam bukan agama seperti kedai kopi, boleh masuk keluar sesuka hati. Buka… tutup… buka. Ini berat namanya. Contohilah Ezra Kong, istiqamah beliau berada pada tahap tinggi. Ingin sekali saya berjumpa dengannya.
Jika diberi pilihan antara Ezra Kong dan Emma Maembong, saya pasti memilih Ezra Kong, meskipun sepatutnya saya memilih Emma Maembong sebab dia wanita, tidak sejenis saya. Cantik pulak tu. Biasalah lelaki tertarik kepada wanita.
Namun, Ezra Kong menjadi pilihan kerana ada nur Islam di wajahnya. Bukan selayaknya saya menghukum Emma Maembong. Mohon ibu bapa Emma Maembong untuk menasihati anaknya, kembalilah ke pangkal jalan, sebelum sesat di hujungnya.
sumber; ismaweb
Source link
The post Antara hijrah Ezra Kong dan Emma Maembong – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/antara-hijrah-ezra-kong-dan-emma-maembong-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Rileks Media

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 414 hits
1 Mendengar berita kema tian Melayu AlfatihahIslam Innalillahi wa inna ilaihi rojiun 2 Usung jena zah Melayu Baca al fatihah sambil usung jena zah Jena zah akan dita nam di tempat yang keluarga request Contoh mening gal dunia di Sarawak tap...
Emma Maembong Sah Buka Tudung Dosa Pahala Antara Diri Dengan Tuhan

Emma Maembong Sah Buka Tudung Dosa Pahala Antara Diri Dengan Tuhan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 940 hits
Selepas kontroversi gambar tidak berhijab bersama Syed Abdull Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Emma Maembong yang hampir lima tahun berhijab mengesahkan dirinya tidak lagi bertud...
Selain Emma Maembong Inilah Antara Artis Malaysia Yang Memilih Buka Bertudung

Selain Emma Maembong Inilah Antara Artis Malaysia Yang Memilih Buka Bertudung

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 780 hits
Isu artis wanita menanggalkan tudung kembali hangat selepas pelakon Emma Maembong di lihat menanggalkan tudung sewaktu bercuti di luar negara Namun Emma masih mengekalkan tudungnya walaupun menerima kutukan terhadap tindakannya itu Ini sena...
Cara Mudah Bezakan Ikan Segar Yang Baru Naik Dari Laut Dengan Ikan Lama Yang Sejuk Beku Rileks Media

Cara Mudah Bezakan Ikan Segar Yang Baru Naik Dari Laut Dengan Ikan Lama Yang Sejuk Beku Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 412 hits
Ikan adalah sumber makanan yang kaya dengan protein serta sangat baik untuk kesihatan Malah ia juga tidak mengandungi lemak Oleh yang demikian kita disarankan agar mengambil lebih banyak ikan berbanding sumber protein lain seperti daging da...
Lima Ibadah Ini Membuat Muslimah Semakin Cantik Rileks Media

Lima Ibadah Ini Membuat Muslimah Semakin Cantik Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 233 hits
Setiap perempuan terlahir dengan keunikan dan kecantikan Tidak melulu masalah paras namun kecantikan sejati adalah kebaikan hati Bukan hanya kecantikan dari luar namun kebaikan hati juga akan memancarkan kecantikan dari dalam diri Hal yang ...
2 Petua Gadis Ini Untuk Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Rileks Media

2 Petua Gadis Ini Untuk Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 469 hits
Salam mlam ni hakak nk share petua jeragat n jerawat kat korg hakak xde mslah jeragat n jerawat but hakak just nk share tips kat korg Pic1 untuk hlgkn jerawat n parut herawat Caranya bakar kacang badam sehingga hangus then blend smp lumat t...
Ikut Cara Simpanan Mudah Ini Dalam Masa 6 Bulan Boleh Dapat Rm3 700 Kena Buat Rileks Media

Ikut Cara Simpanan Mudah Ini Dalam Masa 6 Bulan Boleh Dapat Rm3 700 Kena Buat Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 454 hits
Ramai mereka diluar sana telah mencuba untuk menyimpan duit dari duit gaji tetapi ramai tidak berjaya melakukannya Simpan duit ini lebih kepada memerlukan pengorbanan kita untuk berjimat cermat dan berdisiplin sama konsep dengan diet nak ku...
Kisah Pengalaman Arwah Dr Haron Din Masuk Dalam Kaabah Rileks Media

Kisah Pengalaman Arwah Dr Haron Din Masuk Dalam Kaabah Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 1070 hits
Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri Pelik tetapi benar Waktu itu iaitu empat tahun sudah saya datang ke Mekah Allah taala lah yang mengaturkannya saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah Sebab saya datang atas tetamu tokey yan...
Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Rabun Mata Rileks Media

Doa Dan Amalan Untuk Menyembuhkan Rabun Mata Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 950 hits
Doa dan amalan untuk menyembuhkan rabun mata ini asalnya dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin di laman youtube beliau Menurut ustaz Amin doa ini beliau dapat semasa menziarahi ulama di Makkah Kami ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu