Annuar Nafi Sertai Ppbm Jiwa Masih Bersama Umno


Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa berikrar untuk terus setia kepada Umno dan tidak akan menyertai PPBM.
Walaupun berdepan pelbagai tekanan dan cabaran dalam politik, ahli Parlimen Ketereh itu berkata, jiwanya kekal sebagai ahli Umno dan tidak akan berpaling tadah.
“Kita ini kalau sudah kahwin seorang, tak payah berhasrat nak kahwin banyak. Kalau yang satu pun kita tak dapat nak urus, tak usah nak bercita-cita besar.
“Lagipun soal kesetiaan saya kepada parti, bagi orang dah lama dalam Umno, dia kenal siapa saya, bagi orang baru, mungkin kena fikirlah,” katanya dalam wawancara Insight Talk bertajuk “Kestabilan kerajaan tunjang Melayu” malam tadi.
Baru-baru ini, tersebar satu poster didakwa daripada PPBM Bahagian Ketereh yang mengalu-alukan penyertaan Annuar dalam parti pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
Ia menyusul kenyataan Annuar pada minggu lalu yang mendakwa segelintir ahli lupa Umno ialah parti sudah kalah dan jatuh.
Oleh itu, katanya, Umno perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin.
Susulan itu, beliau dikritik beberapa pemimpin Umno lain, termasuk Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed yang menyifatkan beliau figura “sudah mati” dalam perjuangan parti Melayu itu.
Annuar kemudiannya membalas dengan berkata, beliau sedia dipecat daripada Umno atau dilucutkan jawatan menteri kerana lebih penting ialah perjuangan parti berterusan.
Malam tadi, Annuar yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, walaupun setia kepada Umno, beliau tetap bersikap sederhana dan tidak fanatik sehingga membenci semua orang.
Selepas dikutuk dan dicemuh ahli parti, katanya, beliau kekal bersama Umno serta pernah setia dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
“Bila bersama Mahathir, saya setia dengan dia. Sekarang bila Mahathir keluar Umno, saya kekal dengan Umno. Tetapi, tiap kali saya buat pendirian, saya kena kutuk.
“Saya kalah dalam pilihan raya, jatuh berkali-kali, tapi saya tetap tak tinggalkan Umno.”
Katanya, dalam politik ada turun naiknya, oleh itu beliau mengingatkan orang baru supaya tidak menghinanya.
“Orang baru belum lalui macam saya, dia tak boleh hina saya begitu. Yang pasti, saya orang yang pilih Umno sebagai wadah perjuangan.”
Mengenai kritikan ahli dan pemimpin parti terhadap pendiriannya yang dilihat mesra PPBM, Annuar berkata, beliau terbuka dan tidak mengambil hati terhadap kritikan mereka.
“Kita orang politik ni, kita juga kaki mengkritik. Jadi, kadang-kadang kalau kita suka mengkritik, orang (akan) mengkritik kita (juga), itu kita sabar-sabar sajalah, tak jadi masalah.” FMT
NOTA : Jiwa saja tak cukup wahai Tan Sri, perbuatan, pertuturan juga penting.
Annuar Musa kena smash kerana bertindak sebagai sole negotiator

The post Annuar nafi sertai PPBM, jiwa masih bersama UMNO appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/25/annuar-nafi-sertai-ppbm-jiwa-masih-bersama-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jiwa Saya Kekal Sebagai Ahli Umno Annuar Nafi Sertai Ppbm

Jiwa Saya Kekal Sebagai Ahli Umno Annuar Nafi Sertai Ppbm

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 260 hits
November 25 2020 11 04 AMAnnuar Musa berkata dalam politik ada turun naiknya oleh itu beliau mengingatkan orang baru supaya tidak menghinanya PETALING JAYA Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa berikrar untuk terus setia kepada Umno...
Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 298 hits
YBhg Dato Kamal Amir Kamal Hijaz penganalisa politik bekas editor Karangkraf mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah agar UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Adakah PAS yang telah me...
Annuar Musa Masih Umno

Annuar Musa Masih Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 378 hits
S E T E P E K Tidak ragu ragu lagi Annuar wajar dilantik TPM memenuhi kuota UMNO Annuar akan lebih dikenang jika berani bersuara minta Najib dan Zahid berundur atau direhatkan sehingga kes mahkamah selesai UMNO akan lebih mudah bergerak dan...
Umno Tidak Mahu Dipaksa Terima Ppbm Khaled Jawap Laporan Petik Annuar

Umno Tidak Mahu Dipaksa Terima Ppbm Khaled Jawap Laporan Petik Annuar

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 253 hits
November 23 2020 10 31 AMKhaled Nordin PETALING JAYA Seorang pemimpin tinggi Umno berkata parti itu tidak mahu dipaksa terima PPBM mengingatkan parti rakan supaya memahami dan menghormati kedudukannya tentang hubungan dengan parti serpihan ...
Annuar Musa Nafi Umno Tidak Dilayan Dengan Adil Dalam Pn

Annuar Musa Nafi Umno Tidak Dilayan Dengan Adil Dalam Pn

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 306 hits
CYBERJAYA Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menyanggah dakwaan sesetengah pemimpin UMNO bahawa parti itu tidak menerima layanan adil dalam Perikatan Nasional Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan bahawa dakwaan beberapa p...
Adun Amanah Lompat Sertai Pkr Tapi Ibupejabat Amanah Nafi

Adun Amanah Lompat Sertai Pkr Tapi Ibupejabat Amanah Nafi

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 311 hits
Adun Meru dari Amanah Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dispekulasikan meninggalkan partinya untuk menyertai PKR Fakhrulrazi dikatakan menyertai PKR pada September di bawah bahagian Petaling Jaya Bagaimanapun sumber dari Amanah menegaskan bahaw...
Ketika Umno Masih Mahu Jadi Abang Besar

Ketika Umno Masih Mahu Jadi Abang Besar

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 353 hits
Keliru Itu yang boleh digambarkan dalam Umno ketika ini apabila pemimpin parti itu sibuk menyerang sesama sendiri khususnya selepas kembali mendapat sedikit kuasa di Putrajaya Sikap Umno nampak cantik ketika menjadi pembangkang Ramai meliha...
Hubungan Dalam Mn Kukuh Umno Tidak Halang Pas Sertai Pn Kata Pemuda Pas

Hubungan Dalam Mn Kukuh Umno Tidak Halang Pas Sertai Pn Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 364 hits
freemalaysiatoday com November 15 2020 4 40 PMKetua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin berkata walaupun parti itu menyertai gabungan PN namun hubungan dengan Umno dalam MN tetap teguh PETALING JAYA Penyertaan PAS dalam penubuhan Perikatan N...
Annuar Sudah Mati Dalam Umno Kata Nur Jazlan

Annuar Sudah Mati Dalam Umno Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 819 hits
November 21 2020 Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Annuar Musa sebagai figura yang sudah mati manakala veteran parti Shahrir Samad menyifatkan kenyataan setiausaha agung BN itu sebagai luar biasa PETALING JAYA Tim...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib