Hubungan Dalam Mn Kukuh Umno Tidak Halang Pas Sertai Pn Kata Pemuda Pas


Faiz Zainudinfreemalaysiatoday.com
-November 15, 2020 4:40 PM
Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khiruddin berkata, walaupun parti itu menyertai gabungan PN, namun hubungan dengan Umno dalam MN tetap teguh.
PETALING JAYA: Penyertaan PAS dalam penubuhan Perikatan Nasional (PN) tidak menjadi isu, termasuk dari segi hubungan dengan parti sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN), iaitu Umno.

Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin berkata, walaupun parti itu menyertai gabungan PN, namun hubungan dengan Umno dalam MN tetap teguh dan tidak timbul isu bahawa hubungan antara 2 parti Melayu itu semakin dingin seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

“Penubuhan PN ada dalam makluman Umno dan dibincang dalam mesyuarat MN pusat. Umno tidak menghalang,” katanya kepada FMT, selain memberitahu bahawa dakwaan kononnya PAS mahu meninggalkan Umno dan MN selepas menyertai PN tidak tepat sama sekali.

Katanya, penyertaan PAS dalam PN adalah sama seperti penyertaan Umno dalam Barisan Nasional (BN).

“PAS adalah parti komponen dalam PN, macam Umno dalam BN. Jadi tiada perbezaan apa-apa.

“Kita terus perkasakan hubungan dalam MN,” katanya.

Terdahulu setiausaha agung veteran Umno, Mustapha Yaakub mengakui hubungan parti itu dengan rakan sekutunya PAS tidak seintim dulu dan semakin renggang sejak kebalakangan ini, tetapi tidak membawa kepada pertelingkahan yang serius.

Mustapha berkata, perubahan itu berlaku apabila PAS mula mendapat tempat dalam kerajaan PN.

Hubungan PAS dan Umno menjadi bualan dan dilihat tidak sehaluan apabila ahli Parlimen Pasir Mas dari PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan sokongan bersyarat yang ditetapkan oleh dan ahli Parlimen Pekan Najib Razak untuk menyokong Belanjawan 2021 seumpama “hikayat Puteri Gunung Ledang”.

Fadhli mengkritik Najib kerana bekas perdana menteri itu mahu kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pencarum mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Terbaru Fadhli berkata, walaupun pendirian PAS nampak berbeza berhubung Belanjawan 2021, khususnya melibatkan isu KWSP dan lanjutan moratorium, ia tidak menandakan 2 parti itu “bertembung”.

“Dalam hal itu (sokongan bersyarat) sahaja saya tidak bersetuju. Kerana itulah timbulnya contoh syarat “puteri dari gunung” itu.

“Saya tidak bermaksud menyindir. Saya menyebutnya dengan penuh hormat. Jika ia mengguris, saya mohon maaf, tetapi saya cuma bertujuan menyampaikan maksud dengan jelas,” katanya merujuk kepada kisah lagenda peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Melaka dalam buku Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu..

“Dato Seri Najib bagi saya tetap seorang pejuang. Tidak ada apa-apa yang mengurangkan hormat saya kepada beliau. Isu ini, sudah tentu tidak sepatutnya diheret menjadi isu pertembungan Umno-PAS.

“Jika ia berlaku, yang rugi nanti bukan sahaja kedua-dua parti, tetapi rakyat.

“Saya kekal menghormati hubungan Umno-PAS,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Najib dalam respons berkata, beliau tidak mengambil hati dengan ucapan Fadhli.

“Terima kasih ustaz. Saya tak pernah ambil hati dan kita tetap kawan,” kata Najib


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/hubungan-dalam-mn-kukuh-umno-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Pas Umno Tidak Renggang Kata Tuan Ibrahim

Hubungan Pas Umno Tidak Renggang Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 335 hits
Hubungan PAS Umno tidak renggang kata Tuan Ibrahim Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Nov 2020 3 54PM
Pas Umno Ppbm Bentuk Gabungan Rasmi Dalam Masa Terdekat Kata Tuan Ibrahim

Pas Umno Ppbm Bentuk Gabungan Rasmi Dalam Masa Terdekat Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 347 hits
PAS memberi bayangan bahawa parti itu bersama sama Umno dan PPBM akan membentuk gabungan rasmi dalam masa terdekat di sebalik khabar angin yang mendakwa hubungannya dengan Umno semakin renggang Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man be...
Pbt Lain Wajar Contohi Dbkl Kata Pemuda Pas Wp

Pbt Lain Wajar Contohi Dbkl Kata Pemuda Pas Wp

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 413 hits
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menggesa majlis perwakilan pendududuk serta jawatankuasa masjid dan surau memainkan peranan sebagai pemantau iklan iklan permohonan lesen menjual minuman keras dalam empat akhbar utama Ketuanya Mohammad Rashid...
Hubungan Umno Pas Umpama Baru Kahwin Tidur Tak Lagi Berpelukan

Hubungan Umno Pas Umpama Baru Kahwin Tidur Tak Lagi Berpelukan

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 340 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 9 14 pmVeteran Umno mengakui hubungan parti itu dengan rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional iaitu PAS tidak seintim dulu lagi Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata hubungan erat itu ki...
Umno Terengganu Boikot Pas Tolak Sertai Kerajaan Negeri

Umno Terengganu Boikot Pas Tolak Sertai Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 397 hits
Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Exco Terengganu YB Dr Azman Ibrahim yang mengatakan kerajaan Negeri Terengganu akan melantik lima individu daripada kalangan ahli parti komponen Perikatan Nasional bagi menganggotai Jawatankuasa Pem...
Hubungan Umno Pas Mula Bermasalah

Hubungan Umno Pas Mula Bermasalah

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 307 hits
Hubungan Umno Pas mula bermasalah Oleh November 20 2020Peringatan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaliegh Hamzah agar menilai semula kerjasama antara parti itu dengan Bersatu dan Pas memberi isyarat jelas wujud masalah dalam gabun...
Pas Umno Ppbm To Form Official Coalition Soon

Pas Umno Ppbm To Form Official Coalition Soon

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 341 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man says discussions between the parties are ongoing and will be finalised soon PETALING JAYA An official coalition of PAS Umno and PPBM is expected to be formed soon deputy PAS president Tuan Ibrahim ...
Umno Pas Ties Strong Despite Differences Over Budget Says Pas Youth

Umno Pas Ties Strong Despite Differences Over Budget Says Pas Youth

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 363 hits
Umno s Najib Razak and PAS MP Fadhli Shaari differ on need for blanket loan moratorium and EPF withdrawals in 2021 Budget PETALING JAYA The relationship between political giants PAS and Umno in Muafakat Nasional remains strong contrary to t...
Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Kad Kredit Terbaik Untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak

Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

5 Polis Ditahan Sprm Disyaki Minta Suapan Rm9 000

Masak Ikan Kerapu Stim Hong Kong Daging Masak Halia

Stres Melampau Urus 6 Anak Isteri Ini Berpakat Dengan Doktor Sekolahkan Suami Trik Wanita Ini Raih Perhatian

Pengawal Keselamatan Maut Motosikalnya Langgar Lori Tangki

The Day Trippers Come For Trieste


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Boleh Kita Pelajari Apa Berlaku Di Indonesia

Asyraf Wajdi Dedah Rekod Lampau Punca Kebanyakan Kes Buli Di Mrsm

Mahkamah Perintah Kda Fc Bayar Lebih Rm300 Ribu Kepada Sony Norde

Avolia Feat Maulana Ardiansyah Rindu Itu Berat Chord

Putrajaya Urged To Abolish Mp S Fixed Allowances To Avoid Similar Fall Out To Indonesia

Polis Siasat Skuter Elektrik Diguna Di Jalan Raya