Ketika Umno Masih Mahu Jadi Abang Besar



Keliru. Itu yang boleh digambarkan dalam Umno ketika ini apabila pemimpin parti itu sibuk menyerang sesama sendiri, khususnya selepas kembali mendapat 'sedikit kuasa' di Putrajaya.Sikap Umno nampak cantik ketika menjadi pembangkang. Ramai melihat parti itu bagaikan sudah ada keinsafan terhadap kesilapan lalu dan kembali menjujung perjuangan rakyat.
Namun, sayangnya selepas beberapa bulan bersama Perikatan Nasional (PN), Umno tampak sedikit berubah dan dilihat cuba kembali menjadi "abang besar".
Memang tidak dapat dinafikan Umno adalah parti dominan dalam PN. Malah tidak dapat dinafikan juga layanan Bersatu terhadap Umno tidak kena pada kedudukan Umno yang menyelamatkan mereka.
Namun, menghalakan serangan sesama sendiri dalam parti, adalah satu perkara yang amat merugikan di kala Umno sedang bangkit ketika ini.
Terbaru, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa menjadi sasaran serangan dari dalam parti selepas dia bersuara mempertahankan kerjasama yang terbentuk antara parti itu dengan PAS dan Bersatu.
Annuar mungkin sudah menjangka serangan terhadapnya, namun dia boleh dikira cukup berani untuk meminta agar Umno tidak lagi mendabik dada sebagai abang besar dalam mana-mana gabungan setelah menjadi parti yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Umno sepatutnya lebih terbuka dan menghayati politik baru. Perbezaan pendapat atau persepsi dalam kalangan pimpinan Umno pada masa ini, jika gagal diurus dengan baik tentunya merumitkan lagi keadaan akar umbi parti itu.
Mana tidaknya, bagaimana pemimpin akar umbi mahu menerangkan kepada rakyat apa nasib yang bakal terjadi kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah dan kesannya ke atas parti itu menjelang PRU15 yang menjadi penentu hidup atau matinya parti keramat itu.
Bagaimana pula nasib bekas presiden Umno, Najib Razak yang dilihat masih membawa imej besar dalam parti, namun telahpun didapati bersalah dalam kes melibatkan SRC International Sdn Bhd.
Akar umbi pening kepala
Umno perlu terbuka menerima teguran. Parti itu berhak untuk tidak berpuas hati dengan layanan Bersatu, namun Umno perlu menjelaskan hala tujunya. Jika tidak mahu bersama PN apakah Umno mahu bersama PKR yang sudah tentu rakannya adalah DAP. Atau Umno mahu bergerak sendirian?
Akar umbi Umno pasti pening kepala kerana setelah puluhan tahun bergasak melawan Anwar Ibrahim, kini ahli-ahli Umno dihidangkan dengan cadangan untuk memeluk Anwar dalam satu kerajaan.
Sementara menunggu tindakan seterusnya oleh Zahid Hamidi, timbalannya Mohamad Hasan pula dilihat sepi tanpa berita. Tiada penerangan mengenai hala tuju Umno dalam menuju PRU15.
Panglima-panglima Umno lain juga nampaknya semacam berada dalam dunia masing-masing tanpa mempedulikan resah-gelisah ahli-ahli yang semakin keliru dengan apa yang sedang dan bakal berlaku.
Menteri-menteri Umno seperti Ismail Sabri Yaakob, walaupun muncul setiap hari di kaca televisyen, sibuk menerangkan tindakan kerajaan dalam menangani Covid-19.
Hishammuddin Hussein pula, setelah tidak mahu bertanding pada pemilihan Umno sebelum ini selepas BN kalah pada PRU yang lalu, terlalu sibuk dengan kerja-kerja di kementeriannya sehingga ahli-ahli Umno ternanti-nanti maklumat dan strategi untuk mula bekerja menuju PRU15.
Lebih teruk lagi, apabila muncul dakwaan beberapa menteri Umno dalam kerajaan PN yang dilabel sebagai ‘berwajah Umno tapi berjiwa Bersatu’ seperti yang berlaku ke atas Noraini Ahmad dan Khairy Jamaluddin.
Noraini yang Ketua Wanita Umno bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan menyifatkannya dakwaan tidak berasas.
Akhirnya, akar umbi Umno terpinga-pinga menantikan strategi, pelan tindakan dan hala tuju dari pimpinan parti itu untuk digembelingkan dalam usaha mereka untuk kembali menang pada PRU akan datang, setidak-tidaknya mencatatkan prestasi lebih baik berbanding PRU14.
Sesungguhnya, memang inilah masa yang tepat untuk Umno bermuhasabah dan kembali memacu kapal perjuangannya kembali kepada era kegemilangannya. 
Umno perlu berani berubah jika mahu terus disenangi rakyat.
Kalau Umno gagal berbuat demikian, pastinya peluang untuk parti itu kembali menjadi abang besar terpaksa diambil alih oleh Bersatu atau PAS yang dilihat lebih berpotensi untuk mendapat tempat di hati rakyat yang mahukan pemimpin yang bersih, kompeten dan mampu menyatukan semua, tidak kira parti atau kaum.

HASPAIZI ZAIN
wartawan Malaysiakini





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/ketika-umno-masih-mahu-jadi-abang-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

Pas Talam Dua Muka Ppbm Masih Mahu Hapuskan Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 274 hits
YBhg Dato Kamal Amir Kamal Hijaz penganalisa politik bekas editor Karangkraf mengulas kenyataan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah agar UMNO menarik diri dari Kerajaan Perikatan Nasional Adakah PAS yang telah me...
Langit Masih Cerah Namun Bagaimana Nasib Taman Tema Ketika Pandemik

Langit Masih Cerah Namun Bagaimana Nasib Taman Tema Ketika Pandemik

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 197 hits
Hi Korang Tahun ini merupakan tahun yang sukar buat semua orang dan pastinya berbeza jika dibandingkan dengan tahun tahun sebelum ini Ia berikutan kes Covid 19 meningkat naik secara mendadak di negara kita mahupun di seluruh dunia Banyak in...
Annuar Musa Masih Umno

Annuar Musa Masih Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 353 hits
S E T E P E K Tidak ragu ragu lagi Annuar wajar dilantik TPM memenuhi kuota UMNO Annuar akan lebih dikenang jika berani bersuara minta Najib dan Zahid berundur atau direhatkan sehingga kes mahkamah selesai UMNO akan lebih mudah bergerak dan...
Belanjawan 2021 Umno Masih Dolak Dalik Pn Kurang Tiga Undi

Belanjawan 2021 Umno Masih Dolak Dalik Pn Kurang Tiga Undi

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 285 hits
Umno masih berdolak dalik sama ada parti itu akan menyokong Belanjawan 2021 atau sebaliknya manakala kerajaan Perikatan Nasional kini terumbang ambing dengan majoriti yang agak tipis Mereka kini kekurangan tiga anggota parlimen dengan Dewan...
Annuar Nafi Sertai Ppbm Jiwa Masih Bersama Umno

Annuar Nafi Sertai Ppbm Jiwa Masih Bersama Umno

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 295 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa berikrar untuk terus setia kepada Umno dan tidak akan menyertai PPBM Walaupun berdepan pelbagai tekanan dan cabaran dalam politik ahli Parlimen Ketereh itu berkata jiwanya kekal sebagai ahli Umn...
Pru15 Bersatu Pahang Harap Umno Terima Seruan Muhyiddin Bentuk Gabungan Besar

Pru15 Bersatu Pahang Harap Umno Terima Seruan Muhyiddin Bentuk Gabungan Besar

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 351 hits
198 total views 138 views today Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang berharap UMNO menerima seruan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kepimpinan parti Melayu Islam membentuk gabungan terbesar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum...
Insiden Hand Of God Penjaga Gol England Masih Berdendam Dengan Maradona

Insiden Hand Of God Penjaga Gol England Masih Berdendam Dengan Maradona

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 285 hits
Tiada maaf bagimu Penjaga gol England masih menaruh dendam terhadap Diego Maradona atas insiden Hand of God Insiden Hand of God Penjaga Gol England Masih Berdendam Dengan Maradona Bekas penjaga gol England Peter Shilton masih menaruh dendam...
Makanan Dikerubungi Semut Masih Boleh Dimakan

Makanan Dikerubungi Semut Masih Boleh Dimakan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 356 hits
Dokter Devia Irine Putri mengatakan makanan yang telah disemutin memang sebaiknya dibuang dan jangan dimakan kembali Makanan yang sudah disemutin pasti kebersihannya akan berkurang Ini karena kita This is a content summary only Visit my web...
Mendiang Baharuddin Ditemukan Masih Genggam Pistol

Mendiang Baharuddin Ditemukan Masih Genggam Pistol

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 348 hits
IPOH Sarjan Baharuddin Ramli yang maut dalam kejadian tembakan di sempadan Malaysia Thailand kelmarin ditemukan dalam keadaan masih menggenggam pistol automatik Walther P99 yang telah kehabisan peluru Pegawai Memerintah Batalion 3 Pasukan G...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching