Annuar Sudah Mati Dalam Umno Kata Nur Jazlan


 
Nora Mahpar -November 21, 2020 Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Annuar Musa sebagai figura yang sudah mati manakala veteran parti Shahrir Samad menyifatkan kenyataan setiausaha agung BN itu sebagai luar biasa. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Annuar Musa sebagai figura yang sudah mati dalam perjuangan Umno.
“Dia dah mati dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN),” katanya ringkas kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan setiausaha agung Barisan Nasional itu yang menegaskan Umno perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin Yassin.
Dalam satu wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan anjuran Umno Online kelmarin, Annuar juga mendakwa segelintir ahli dalam parti itu sudah lupa, Umno adalah parti yang kalah dan sudah jatuh.
Di sebalik sindiran daripada pemimpin Umno itu, Shahrir Samad selaku veteran parti menyifatkan kenyataan Annuar itu sebagai luar biasa kerana dikeluarkan setiausaha agung BN, dan bukannya pemimpin PPBM atau PAS.
Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata tajuk berita seperti itu sememangnya selalu lebih sensasi berbanding kandungannya bagi menarik minat pembaca.
“ ‘Umno kena sedar diri, kata Annuar Musa’. Ini macam cerita biasa sahaja, saya terfikir. Hanya yang luar biasa kali ini ialah ia pendapat Annuar Musa dan bukan lagi pendapat pemimpin muda PPBM atau PAS.
“Annuar menghuraikan bahawa pada PRU15, BN hanya ada 2 pilihan, iaitu pertama, bersendirian, atau ke-2, berpakat bersama PN,” katanya.
Bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, Annuar hanya mementingkan matlamat politik berbanding asas perjuangan parti.
“Sebelum dibangkitkan ‘matlamat politik’ dalam kalangan kepimpinan tertinggi parti, apa sebenarnya keputusan kepimpinan?
“Bukankah lebih waras memuktamadkan keputusan sebelum mencemuh parti sendiri seolah-olah kepimpinannya ‘tidak sedar diri’ yang kononnya PAS akan ‘pertahankan’ PN dan hanya akan ‘memperkasakan’ MN.
“Kalau belum ada keputusan, lebih baik bagi Annuar sebagai Setiausaha Agung BN tidak mendahului, malah tidak mencampuri, urusan sebuah parti komponen BN, iaitu Umno, yang tidak pernah pun memperkasakannya.”
Beliau berkata, semua pihak ketika ini hanya mampu menyaksikan sama ada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mempunyai matlamat politik untuk memperbetulkan situasi itu.
“Apa pun, kita tengok sahaja lah sama ada Zahid, selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN, mempunyai ‘political will’ membetulkan keadaan.”
Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin yang dihubungi FMT tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun berkata ia akan diselesaikan secara dalaman.
“Biar kita urus dalaman,” katanya ringkas.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/annuar-sudah-mati-dalam-umno-kata-nur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nur Jazlan Annuar Musa Should Quit Umno If He Cares So Much About Bersatu

Nur Jazlan Annuar Musa Should Quit Umno If He Cares So Much About Bersatu

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 352 hits
Datuk Nur Jazlan Mohamed says that Tan Sri Annuar Musa should leave Umno if he insists on supporting other parties more than he defends his own party This comes days after the Johor Umno deputy chairman claimed that Annuar had lost the supp...
Siapa Nur Jazlan Dan Adakah Dia Lebih Mulia Dan Berjasa Dari Annuar

Siapa Nur Jazlan Dan Adakah Dia Lebih Mulia Dan Berjasa Dari Annuar

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 271 hits
Banyak cerita tentang Annuar Musa tetapi yang aku ingat tentang Nur Jazlan ini adalah manusia yang boleh diplaster di zip mulutnya tentang 1mdb bila dilantik Timbalan Menteri Di politik Johor Nur Jaxzlan bukan pro Muhyiddin dan sebab itu na...
Layanan Macam Mana Kita Mahu Umno Perlu Sedar Diri Kata Annuar

Layanan Macam Mana Kita Mahu Umno Perlu Sedar Diri Kata Annuar

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 329 hits
November 19 2020 11 31 PMAnnuar Musa dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam ini PETALING JAYA Umno perlu sedar diri dan tidak berhak mempersoalkan layanan diterima parti itu dalam Kabinet Muhyiddin Yassin Setiaus...
Mati Dalam Beriman Lebih Penting Sindir Annuar Musa

Mati Dalam Beriman Lebih Penting Sindir Annuar Musa

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 252 hits
By 21 November 2020Tan Sri Annuar MusaKUALA LUMPUR Jurucakap Bersatu dan sudah mati dalam UMNO adalah antara tohmahan yang dilemparkan terhadap Tan Sri Annuar Musa kerana dilihat lantang mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding pa...
Kenapa Telur Nur Jazlan Senak

Kenapa Telur Nur Jazlan Senak

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 468 hits
Jazlan pun kalau tak kerana isu ini lama dah tenggelam dalam pasaran Tak pernah pulak kita dengar cerita Jazlan membantu Hasni di Johor menggerakkan jentera UMNO dan BN bersiap sedia menghadapi PRU yang akan datang Malah di Bahagian Pulai y...
Kenyataan Rela Mati Dalam Gelanggang Politik Bukti Shafie Angkuh Ketepi Rakyat Kata Ahli Parlimen Kimanis

Kenyataan Rela Mati Dalam Gelanggang Politik Bukti Shafie Angkuh Ketepi Rakyat Kata Ahli Parlimen Kimanis

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 357 hits
Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah menyifatkan Shafie Apdal sebagai ahli politik yang angkuh dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Shafie di De...
Annuar Musa Masih Umno

Annuar Musa Masih Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 353 hits
S E T E P E K Tidak ragu ragu lagi Annuar wajar dilantik TPM memenuhi kuota UMNO Annuar akan lebih dikenang jika berani bersuara minta Najib dan Zahid berundur atau direhatkan sehingga kes mahkamah selesai UMNO akan lebih mudah bergerak dan...
Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

Annuar Musa Jurucakap Bersatu Pas Curang Dakwa Umno

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 326 hits
MALAYSIA DATELINEPenyokong Datuk Seri Najib dalam Umno menyifatkan Tan Sri Annuar Musa sudah menjadi jurucakap Bersatu demi mempertahankan kedudukannya sebagai menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional Dia ni sudah jadi Setiausaha Agung Ber...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities