Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple Dan Cepat Kesukaan Ramai


Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Tudiaaa time siang macam ni lah nak tunjuk aneka nasi goreng sedap sedap kan? Sengaja nak menyeksa jiwa raga kan? Hahaha. Rileksss. I'm just sharing je. Sesiapa yang masih tiada idea nak masak untuk berbuka puasa petang ni atau menu sahur esok pagi, don't worry! Bawah ni ada SEBELAS resepi nasi goreng pelbagai rasa, jenis dan favorite all time ramai orang (termasuk saya hee)! Bukan setakat budak budak, orang dewasa, orang tua pun suka tau. Mana-mana ibu ayah yang ada anak anak susah nak makan, haa boleh cuba semuaaa resipi nasi goreng mudah dan sedap sedap ini. Confirm anak suka! Kalau masak untuk mereka, pasti mereka "nak lagi!". Gitchuww.

Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap, Simple dan Cepat, Kesukaan Ramai!
1. NASI GORENG KAMPUNG
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan-bahan:7 senduk nasi putih untuk 4 orang15-20 biji lada hijau ikut tahap kepedasan anda2 biji telur ayam4 sudu makan sos tiram2 biji bawang merah saiz sederhana.8 ulas bawang putih2 cm belacan yang dibakar terlebih dahulu4 sudu makan minyak masak-Sayur pilihan anda contoh: kangkung
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan asas untuk perencah nasi goreng kampung. Lada, ikan bilis, bawang putih dan belacan bakar. Bawang merah masukkan last sebab dia berair. Nanti masuk mata pedih. Tumbuk. jangan blend tau.
2 Panaskan minyak goreng camtu ja isi ayam tanpa letak apa-apa. Dah nampak garing angkat. Minyak dia tu buat tumis bahan tumbuk perencah nasi goreng tadi. Guna api kecil tumis hingga nampak garing.
3. Suka telur? Masukkan telur dan biarkan sekejap dan kacau supaya sebati. Baru tambahkan 4 sudu makan sos tiram dan 2 sudu teh garam. Kacau lagi 2-3 minit guna api sederhana. Jangan besar nanti hangit tak best rasa nasi goreng kita.
4. Masukkan ayam dengan kobis atau sayur anda nak. Jangan lak masukkan terung. Tak sesuai tu. Last sekali bila dah masak layu sayur.
Ingat api sederhana ja tau sebab kita tak nak hangit di bawah. Baru masukkan nasi yang dah sejukkan tadi.
5. Kacau 4-5 minit, besarkan api sikit supaya nasi masak elok kering cantik. Masa ni kalau nak tambah bilis goreng, masukkan sekali.
2. NASI GORENG CILI KERING
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan-bahan
1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak2. Bawang besar | ditumbuk3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk4. Belacan sikit5. Ikan bilis tumbuk6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.8. Garam secubit
Cara-Cara Memasak
1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.4. Siap dan boleh dimakan
sumber : myresepi.com.my
3. NASI GORENG CINA
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat[Kuantiti sukatan bahan adalah untuk 2 orang dewasa ya. Boleh tambah ikut kesesuaian]
Bahan-bahan:
2 cawan nasi putih (yang semalam atau dimasukkan dalam peti sejuk terlebih dahulu)1 biji telur ayam12 batang lobak merah dipotong daduLauk pilihan1 sudu makan sos tiram2 sudu makan kicap cair masin12 sudu teh garam12 sudu teh serbuk perasaLada sulah lada putih secukup rasaMinyak untuk menumis
Bahan tumbuk untuk perencah nasi goreng:¼ bawang besarHolland2 ulas bawang putih size sederhana½ inci halia
Cara-cara:
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Pecahkan sebiji telur dan kacau sebati biar kuning dan putih telur bercampur. Masukkan dalam kuali dan jadikan telur hancur. Boleh tengok video. Ketepikan. Masukkan pula lauk pilihan dan goreng tanpa minyak. Bila dah masak ketepikan.
2. Masukkan minyak dalam anggaran 3 sudu makan. Masukkan bahan tumbuk nasi goreng cina kita ni, dan tumis hingga naik bau. Tambahkan sayur lobak merah yang dah dipotong dadu dan biarkan masak. Jangan tambah air ya. Nanti berair atau lembik nasi goreng. Tak sedap.
3. Bila dah masak sayur, masukkan sos tiram bersama kicap cair masin. Kita gunakan kicap cair sebab tak nak warna nasi goreng jadi gelap. Kan nasi goreng ni jernih je kan warnanya.
4.  Masukkan nasi, telur tadi bersama lauk dan lada sulah secukup rasa beserta garam.Apa lagi ,kacau nasi goreng dengan skill yang ada ikut lah macam mana asalkan nasi tu sebati elok je hee. Rasa dan tambahkan serbuk perasa sedikit. Tengok nasi dah kering, angkat dan hidangkan.
sumber : myresepi.com.my
4. NASI GORENG TOMYAM ALA THAI
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan-bahan:
2 Cawan Beras Wangi Thai – masak nasi (selalunya beras ni agak lembut jadi sukatan air selalunya sama banyak dengan beras)7-8 ekor udang sederhana besar (suka hati nak letak banyak mana) – buang kulit4 ekor sotong sederhana – potong bulat bulat1/2 biji bawang besar atau 3-4 ulas bawang merah- potong nipis sesuka hati2-4 biji cili padi – diketuk sikit (mengikut kesukaan)4 ulas bawang putih- cincang halus1-2 batang serai – potong kecil kalau suka kalau malas nak asingkan potong besar-besar macam aku buat tu tapi kalau nak telan sekali potong kecik2 helai daun limau purut (wajib ni nanti tak bau tom yam kalau tak letak ni)Sayuran mengikut kesukaaan di sini aku guna carot & kubis1 sudu besar sos tiram2 sudu besar pes tomyamSedikit minyak ikan thai , gula , garam & lada sulah
CARA-CARA MEMASAK
1. Tumis bawang.. masukkan cili & serai & kacau sebentar… kemudian masukkan sos tiram, cili, pes tom yam kacau kejap dalam kuali (tambah sedikit air jika perlu)
2. Masukkan udang & sotong & kacau sampai udang & sotong masak. (tambah air supaya tak kering & hangit.)
3. Bila sotong & Udang masak, masukkan sayuran & kemudian nasi
4. Kuat kan api sikit & gaul Nasi hingga sebati, tambah perasa & sos ikan
5. Kemudian perlahankan sedikit api & masukkan daun limau purut dan kacau-kacau lagi supaya Nasik masak dengan cantik dan sedikit kegaringan. Kalau nak ala thai lagi tambah secubit daun sup + daun bawang & bawang goreng dihiris halus ketika menghidang.
sumber: myresepi.com.my
5. RESEPI NASI GORENG BIASA
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan-Bahannya
1 mangkuk nasi sejuk2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inciSedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis2 biji telur2 sudu makan cili kering kisar1 sudu makan kicap lemak masinSedikit garam dan serbuk perasa
Bahan tumbuk
2 ulas bawang putih1 biji bawang besar2 sudu makan ikan bilis
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.5. Masukkan kicap. Gaul rata.6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.9. Tutup api dan hidangkan.
6. NASI GORENG IKAN MASIN
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan-bahan:
Bawang putih kisar kasar/tumbuk.Ikan masin jenis apapun boleh, cincang kasar.Kacang panjang hiris kasar.Minyak.Cili padi. Untuk yang suka pedas.Fish sos.Sos tiram.Garam.
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin sehingga betul-betul garing.2. Masukkan 1/2 sudu masak (sdm) bawang putih, jika masukkan 1 sdm pun boleh. Tumis sehingga bawang putih warna coklat.3. Kemudian masukkan kacang panjang, gaul sebentar.4. Ketepikan kacang panjang di tepi kuali, selepas itu pecahkan sebiji telur. Gaul sehingga telur masak5.Kemudian masukkan nasi dan gaul rata.6. Selepas itu masukkan 2 sdm sos ikan.7. Masukkan 1 sdm sos tiram. Akhir sekali, masukkan garam. Gaul sebati lebih kurang 10 minit. Siap!
sumber :myresepi.com.my
7. RESEPI NASI GORENG SEAFOOD SPECIAL
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan-bahan
2-3 mangkuk nasi putih1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)2 ulas bawang putih (ditumbuk)Sedikit sawi (dipotong)1 genggam isi kerang5-6 ekor udang (sederhana besar)4-5 ekor sotong (dipotong bulat)1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)1 sudu cili giling1 sudu besar sos tiram2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)Sedikit minyak masak/minyak bijanGaram dan secukup rasaDaun sup dan timun (untuk hiasan)
Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/ hiris. Kacau rata.3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.4. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.6. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.
Credit: Anika Resepi
8. RESEPI NASI GORENG AYAM GORENG KUNYIT
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan-bahan nasi goreng
1 mangkuk nasi putih6 tangkai cili kering - dikisar1 biji bawang merah - dikisar1/2 inci belacan - dikisar2 sudu kicap5 biji cili api - diketukGaram secukup rasaMinyak untuk menumis
Bahan-bahan ayam goreng kunyit
200g isi ayam - dipotong dadu2 batang kacang panjang1 biji bawang besar - dihiris1 biji cili besar - dihiris2 sudu serbuk kunyitGaram secukup rasaMinyak untuk menumis
Cara-cara membuat nasi goreng
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.3. Masukkan cili padi. Kacau.4. Perasakan dengan garam secukup rasa.5. Angkat.
Cara-cara memasak ayam goreng kunyit
1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.
Sumber: #ResepiUmmi
9. RESEPI NASI GORENG PATTAYA
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan-Bahan:
Sepinggan nasi putih sejuk1 sudu besar minyak masak1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend1 mangkuk kecil isi ayam3 sudu besar sayur campur3 tangkai cili padi diketuk1 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil kicap1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos cili2 biji telur ayamGaram & kiub ayam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak.2. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.3. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.6. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.8. Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.
Proses Membungkus Nasi dengan Telur:
1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.
sumber : myresepi.com.my
10. RESEPI NASI GORENG USA
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatTerbahagi kepada dua bahagian
1. Nasi Goreng2. Lauk
Bahagian Pertama Nasi Goreng
Bahan-bahan
Nasi putih satu mangkukBawang putihSayur lobak merah- dipotong kecil macam batang mancisMinyak masak
Cara-cara
1. Masukkan minyak2. Masukkan bawang putih3. Masukkan 1 sudu cili boh4. Masukkan semangkuk nasi5. Masukkan sayur campur6. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap masin, sedikit garam dan serbuk perasa
Nota:* Biasanya masakan thai mengunakan 2 jens kicap.. Kicap yang masin berwarna agak jernih dan kicap pekat yang berwarna hitam pekat.* Hanya guna sedikit garam kerana lauk ayam yang akan dimasak nanti juga masin. Gaulkan sehingga masak..
Bahagian Kedua Lauk Ayam
Bahan-bahan
Ayam (kalau nak daging pun boleh)minyak masakCili bohCili besar merahBawang putihBawang BesarTomatoSedikit daun limau purut
Cara-cara
1. Masukkan minyak2. Masukkn cili boh3. Masukkan bawang putih4. Masukkan ayam- bahagian dada sahaja potong dadu gaul sehinga ayam masak5. Masukkan sos cili, sos tomato ,sos tiram, kicap masin, garam, gula dan serbuk perasa6. Potong bawang besar, cili besar dan tomatomasukkan daun limau purut.7. Gaul sehingga masak
Nota:* Boleh juga ditambah udang/sotong dalam nasi goreng* Goreng telur mata kerbau dan letak atas nasi tersebut
Hiasan:Potong timun, daun bawang dan tomato, dan jangan lupa taburkan sedikit lada sulah dan bawang goreng diatas hidangan tersebut.
11. RESEPI NASI GORENG DAGING MERAH
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan CepatBahan untuk daging merah:
200 gram dagingpewarna merah1 senduk minyak masak1 inci halia, hiris nipis3 ulas bawang putih diketuk5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit1/4 cawan cili kisar2 sudu besar sos tomato1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos ikan2 helai daun limau purut3 batang kacang panjang, potong 2 inci4 biji jagung muda, potong memanjangSedikit tepung jagungKarot (carrot), potong memanjang
Bahan untuk nasi goreng:
4 cawan nasiSayuran campur atau mixed vegi2 sudu besar cili kisar1/2 ketul kiub ayam1 biji telur2 ulas bawang putih, hiris nipis3 biji bawang merah, hiris nipisGaram dan gula secukup rasa
Cara untuk memasak daging merah:
1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis.3. Simpan air rebusan daging untuk kuah.4. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing.5. Angkat dan ketepikan.Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.6. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar8. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung.9. Angkat dan hidang.
Cara untuk memasak nasi goreng:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.2. Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati.3. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati.4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan boleh dihidang.
sumber : myresepi.com.my
Selamat mencuba! Semoga berjayaa! heheh.
Till next time, daa~ wassalam! :)
BACA JUGA:
- Resepi Kek Coklat Kukus Moist | Mudah, Sedap, Lembut dan Meleleh!- 18 Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan- ANEKA RESEPI BISKUT RAYA 2019, KUIH RAYA TRADISIONAL DAN MODEN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/05/aneka-resepi-nasi-goreng-sedap-simple-dan-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple Dan Sedap

Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1446 hits
As Salam Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple dan Sedap Yeahh Akhirnya impian anak jawa yang seorang ni terkabul jugak sempena penghujung Syaaban ini heh Kemain Sebenarnya dah lama saya nak kongsi cara family saya buat dan ma...
Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin Manis Lemak Dan Pedas

Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin Manis Lemak Dan Pedas

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 898 hits
Menu Sahur Ringkas Resepi Udang Goreng Nestum Yang Sedap Cukup Masin Manis Lemak Dan Pedas Salam semua alhamdulillah selamat berpuasa semua untuk tahun 1440 Hijrah ini Dah sahur apa tadi hii kita goreng telur mata kerbau makan dengan nasi b...
Resepi Daging Goreng Kicap Sedap

Resepi Daging Goreng Kicap Sedap

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 3186 hits
Daging goreng kicap antara masakan ringkas kegemaran CN Ada banyak versi daging goreng kicap Kalau versi malas adalah seperti resepi di bawah iaitu daging goreng kicap malas Jika ingin mencuba versi masak kicap berempah boleh cuba resepi ta...
Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap Dan Patut Cuba

Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap Dan Patut Cuba

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 2057 hits
Resepi Aneka Biskut Raya Popular Yang Sedap Dan Patut Cuba Assalamualaikum Mood nak buat biskut raya dah datang Suami pun dah mula bertanya nak beli atau nak buat macam tahun sebelumnya Masih lagi bersemangat nak buat biskut raya sendiri th...
Resepi Ramadan Yang Sedap Cepat Mudah Daripada Ayam Brand

Resepi Ramadan Yang Sedap Cepat Mudah Daripada Ayam Brand

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 444 hits
Resepi Ramadan yang Sedap Cepat Mudah daripada Ayam Brand l Assalamualaikum Masuk minggu ke 2 Ramadan ni orang masih gigih cari resepi dekat blog blog So far Ana masih berbuka dengan masakan rumah Satu dua lauk dah cukup Lagi simple lagi ba...
Ddhn Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup

Ddhn Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 475 hits
Assalamualaikum Menu Sambal Kentang Ikan Bilis Goreng Rangup ni adalah menu hari pertama berbuka puasa Ummi duk scroll FB dan ternampak member share Terus
Resepi Nasi Tumis Pandan Mewangi Yang Lazat

Resepi Nasi Tumis Pandan Mewangi Yang Lazat

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 663 hits
Bahan bahan2 cawan Beras dibersihkan3 1 2 cawan Air3 biji Bawang Merah dimayang2cm Halia dihiris1 batang Kulit Kayu Manis2 kuntum Bunga Lawang2 biji Buah Pelaga4 kuntum Bunga Cengkih2 helai Daun PandanPewarna HijauSecubit GaramMinyak masak ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt