Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple Dan Sedap


As Salam,
Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple dan Sedap-Yeahh.Akhirnya impian anak jawa yang seorang ni terkabul jugak sempena penghujung Syaaban ini.heh.Kemain.Sebenarnya dah lama saya nak kongsi cara family saya buat dan masak Sambal Goreng Jawa yang menjadi signature kebanyakan wong Jowo bila musim buat kenduri kesyukuran atau majlis tertentu

Sambal Goreng Jawa Asli Yang Lebih Sedap Dan Original:)
Tambah lagi, sambal goreng yang saya nak kongsi ini mestilah ada sedikit kelainananya sebab bila jawa Muo dan Jawa Kota Tinggi bergabung, masing-masing nak menangkan mak dia punya cara dan resepi kann.kihkih.Apapun, saya dan Encik Suami finally setuju yang sambal goreng jawa air tangan kami ini confirm sedap gitu.ceh.Jangan ambik hati na.This is our recipe right.Omputih pulak tiba-tiba.haha

Resepi Sambal Goreng Kami memang simple habis sebab biasanya dalam masyarakat Jawa, sambal goreng ini akan dimakan bersama nasi ambeng dan beberapa extra lauk lain.Jadi, kalau korang nak belajar buat sambal goreng yang basic, inilah bahan dan caranya.InshaAllah sedap dan tidak mengecewakan:)


Resepi Sambal Jawa Goreng Asli ( Johor ) Yang Simple dan SedapSumber Asal Resepi : Mak Cik Matahariku & Mak Encik SuamikuSumber Olahan Resepi  : Cik Matahariku & Encik SuamikuSaiz Hidangan  : 5 -10 orang dewasaBahan-Bahan3 keping Tempe-dihiris nipis dan digoreng4 keping tauhu-dihiris dan digoreng8 batang kacang panjang-dihiris5 biji kentang saiz sederhana-dihiris nipis dan digoreng3 tangkai cili hijau/ merah-dihiris2 packet soo hoon- direndam1 packet tauhu kering /fucuk-digunting saic 3-4 cm dan direndam10 tangkai cili kering- digunting nipissatu gengam ikan bilis-digorengsatu ulas bawang sederhana besar -dihiris2 ulas bawang putih -dihiris
Bahan-Bahan Kisar4 ulas bawang merah3 ulas bawang putihsatu gengam ikan bilissatu inci lengkuassatu batang serai5 sudu makan cili kering yang sudah diblend
Bahan-Bahan lainsatu sudu makan asam jawa extra Adabi/ perahan air asam jawaSetengah kotak santan Kara / dibancuh dengan setengah cawan airGaram dan gula secukupnyaKicap lemak manis Jalen sukatan lebih kurang satu cawan-Minyak masak yang secukupnya

Bahan-bahan diatas kecuali kacang panjang dan cili hijau, kalau nak sedap, tak payah goreng garing sangat.Dia sedap kalau rasanya lembut sedang elok digigit.Terutamnya tauhu dan tempe tu, kalau dapat yang garing sangat, nanti jadi liat dan buat sambal goreng hilang keenaknnya.Sejuk hati tengok hasil air tangan Encik Suamiku.Bab kupas kentang sampai hiris tempe bagai tu semua kerja dia.Goreng pun dia.I tukang masak je.I is Chef today.lalala. 
Ini pula tauhu kering dan Soo hoon yang kena rendam dulu dan bahan kisar. Hirisan bawang merah dan putih tu tujuannya supaya minyak bahan tumisan akan jadi lebih sedap dan overall akan buat sambal goreng lebih mantap rasanya.This is basic dalam mana-mana masakan yang kena tumis.Ceh gitu

Cara Menyediakan Sambal Goreng Jawa Asli Yang SedapSediakan semua bahan-bahan yang perlu dihiris dan digoreng.Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih.Goreng sehingga naik bau.Masukkan bahan-bahan yang dikisar.Biarkan seketika dan kacau bagi rata.Masukkan pula cili kering blend, perahan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam ( letak garam dalam secubit dulu,sebab kicap akan buat sambal goreng automatik cukup lemak masinnya.Kacau sehingga sebati dan biarkan mendidih sekejap.Masukkan hirisan kacang panjang dan cili merah hijau.Masukkan juga tauhu kering/ fucuk ( Toskan dulu airnya).Tutup kuali seketika untuk lembutkan kacang panjang dan tauhu kering/fucuk.Kalau tak buat macam ni nanti tauhu kering tu tak lembut dan tak sedaplah sambal goreng kita:) Selepas 10 minit, boleh masukkan santan dan tuang kicap.Kalau suka sambal goreng yang lebih gelap warnanya, boleh tambah kicap lagi.Kacau sehingga rata dan sebati semua bahan.Akhir sekali masukkan tempe, tauhu, kentang dan kacau lagi.Biarkan sehingga sambal goreng nampak sedikit kering dan berkilat.Jangan lupa kacau sekejap.Gunakan api kecil sahaja sebab nak bagi santan tadi betul-betul masak dan jadikan sambal goreng tahan lebih lama.Angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.Sedia untuk dihidangkan:)Sambal Goreng Jawa time panas-panas baru lepas masak ni.Dalam kuali lagi ko.Masa ni pun anak-anak dah sibuk tanya mama masak apa tu? Sedapnya bau! of course.I am ur mum hokey.haha. Sebenarnya yang bagi naik bau dan sedap tentulah campuran bahan kisar tadi, ada serai dan lengkuas.Ini rahsia sambal goreng jawa asli.Kalau ko buat tak masukkan dua benda ni, its not real sambal goreng jawa.huk alohhh

Ini pula hasil pendapatan hidangan Sambal Goreng Jawa Asli kita untuk hari ini.Kan dah bagitahu awal-awal tadi, masyarakat Jawa masak sambal goreng jawa ni bukan hari-hari biasa, sebab hasil bahan yang dicampurkan tadi akan jadi banyak.No worries.Kalau korang buat sambal goreng ni kering, of course kita boleh simpan dia dalam bekas kedap udara dan frozenkan.gitu

Orait, saya buat sambal goreng jawa ni sekali dengan ayam masak kicap.Memang dah ngam sangatlah kan.Dah boleh buat set nasi ambeng.Adalah juga rezeki untuk jiran sebelah sempena dengan esok bermulanya Awal Ramadhan.Kata Dok Nogori Pasir Berdengung, nak jugaklah buat ala-ala sambutan Mantai gitu.hehehe

 Ayam masak kicap lemak manis
Konjongan untuk jiran sebelah sempena Hari Mantai :)
Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak kat korang yang gigih baca resepi ni sampai habis.Selamat mencuba.InshaAllah, saya kongsikan hanya resepi-resepi yang sedap dan jadi bila korang nak try nanti.Kalau korang tak jawa pun, sambal goreng ni memang kena cuba sebab manalah tahu korang bakal berjodoh dengan side-side jawa kannn.Hey, orang lelaki dari side sini boleh diharap sangat-sangat tau:) rajin tu harus.kihkih

sempat lagi update instagram ko:)
Selamat Meraikan Ramadhan Kareem semua readers Blog Cik Matahariku:)-Semoga Ramadhan tahun ini menjadikan kita lebih cemerlang dalam akhlak, ibadah dan tindakan.Aamin




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/05/cara-mudah-buat-sambal-goreng-jawa-asli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Buat Kuih Siput Sedap Dan Rangup Sukatan Cawan

Cara Mudah Buat Kuih Siput Sedap Dan Rangup Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 1839 hits
As Salam Resepi Kuih Siput Rangup Sukatan Cawan Hey buat apa cuti sempena Labour Day hari ni Saya dan Suami memang takde plan nak kemana mana melainkan nak lepak lepak kat rumah sahaja Sebelah pagi hanya keluar pi breakfast dengan hero dua ...
Cara Buat Roti John Sedap Mudah Secara Homemade

Cara Buat Roti John Sedap Mudah Secara Homemade

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 737 hits
Mudah rupanya nak buat Roti John homemade ni Ia adalah antara sajian berbuka popular di kalangan rakyat Malaysia Bila bulan puasa ia ibarat menu wajib ada di meja hidangan Jika anda penggemarnya cubalah buat sendiri Pasti puas hati Resipi p...
Cara Bancuh Adunan Tepung Pisang Goreng Yang Sedap

Cara Bancuh Adunan Tepung Pisang Goreng Yang Sedap

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 763 hits
Nak makan pisang goreng homemade Ini cara bancuh tepung beras yang mudah dan dijamin menjadi Petang petang begini memang sedap kalau makan pisang goreng atau cempedak goreng Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang dan cempedak yang ...
Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 1631 hits
As Salam Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap Kemain update post bulan bulan puasa ni kann hehe Kalau korang rajin ikut update blog ni korang mesti perasan saya biasanya hanya akan kongsikan resepi resepi ya...
Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1053 hits
Pernah rasa tak kek yang satu ini Kek kukus coklat cheese memang nikmat jika dapat merasainya cair dimulut katanya Seronok jika dapat membuat kek ini dengan jayanya Boleh cuba buatnya ikut resipi ini BAHAN A 1 cawan gula 1 cawan susu cair 1...
Flavorista Cara Mudah Menyediakan Masakan Tanpa Menjejaskan Ketulenan

Flavorista Cara Mudah Menyediakan Masakan Tanpa Menjejaskan Ketulenan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1574 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Korang pernah dengan tentang produk FLAVORISTA Maha sendiri baru tahu tentang satu produk Easy to Cook ini Selalunya yang banyak ada kat pasaran da...
8 Cara Mendapatkan Backlink Mudah Dan Gratis

8 Cara Mendapatkan Backlink Mudah Dan Gratis

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 501 hits
Cara Mendapatkan Backlink Ada dua macam pilihan cara yang bisa digunakan untuk menaikkan backlink yaitu menggunakan Sistem Berbayar atau Sistem Gratis Kalau menggunakan sistem bayar Anda tinggal mengeluarkan uang untuk membeli daftar link y...
Resepi Mudah Dan Sedap Sayur Kolok Sotong

Resepi Mudah Dan Sedap Sayur Kolok Sotong

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1640 hits
Resepi Sayur Kolok SotongSelera Pantai Timur Lauk yang tidak asing lagi bagi warga Pantai Timur Terengganu dan Kelantan Selera kampung Belum cuba belum tahu Alang alang sekarang sotong tengah banyak dan musim jambu golok jugak Selalunya dua...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand