Anda Kurus Ini Senarai Makanan Untuk Menaikkan Berat Badan


Apakah makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk menaikkan berat badan anda.
Kredit Foto : Google
Pernahkah anda mencuba untuk menaikkan berat badan sebelum ini? Selain menurunkkan berat badan, menaikkan berat badan juga antara tujuan sesetengah individu seperti individu yang mengalami kekurangan berat badan.

Di dalam proses menaikkan berat badan, antara tujuannya adalah untuk menaikkan berat secara sihat dengan menaikkan peratusan otot di dalam badan bukannya peratusan lemak.

Dengan panduan dan tunjuk ajar yang betul, pasti kenaikkan berat badan yang sihat dapat dicapai. Artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai makanan yang sesuai diambil untuk menaikkan berat badan.


Apakah proses yang menyebabkan kenaikkan berat badan? Sama seperti penurunan berat badan, kenaikkan berat badan turut mengambil kira konsep keseimbangan tenaga. Untuk menaikkan berat badan, tenaga yang diambil haruslah melebihi keperluan tenaga harian.

Anda boleh mengira keperluan tenaga harian anda di pelbagai laman web yang terdapat secara percuma di internet. Setiap 3500 kcal bersamaan dengan 0.5 kg berat manakala 7000 kcal bersamaan dengan 1 kg berat. Ini bermakna sekiranya anda mengambil lebih 500 kcal tenaga dari keperluan tenaga harian anda selama seminggu, anda boleh menaikkan berat anda sebanyak 0.5 kg.

Oleh itu, makanan apa yang sesuai diambil untuk menaikkan berat badan? Di bawah disenaraikan makanan yang sesuai diambil untuk menaikkan berat badan.

10 Makanan Untuk Kenaikkan Berat Badan

1. Susu penuh krim

Susu penuh krim merupakan antara pilihan susu yang ada bagi yang ingin menambah berat badan. Anda juga boleh mengambil pilihan susu lain namun susu penuh krim mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi bagi satu hidangan berbanding dengan jenis susu lain.

Di dalam satu kajian yang dijalankan terhadap peserta yang melakukan senaman jenis rintangan, didapati bahawa protein yang terdapat di dalam susu menyokong pembentukkan otot.

2. Nasi putih

Nasi putih merupakan antara makanan ruji masyarakat di Malaysia. Tahukah anda bahawa kandungan lemak di dalam nasi putih adalah rendah di setiap satu sajian nasi putih mempunyai antara 0.5 g lemak dan 75 kalori. Bagi yang ingin menambah berat, anda boleh melebihkan pengambilan nasi putih anda.

3. Daging merah

Daging merupakan antara sumber protein yang kaya dengan sumber tenaga. Setiap satu sajian daging iaitu bersamaan dengan saiz 1 kotak kecil mancis sudah dapat membekalkan sebanyak lebih kurang 65 kcal jika ingin dibandingkan dengan satu sajian ikan yang hanya menyumbang lebih kurang 35 kcal sahaja.

Satu kajian telah mendapati bahawa pengambilan daging berkait dengan peningkatan berat badan.

4. Telur

Telur merupakan antara sumber protein yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan. Ianya kaya dengan sumber tenaga, protein, mineral dan vitamin yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Anda juga boleh memilih telur yang diperkaya dengan omega-3 iaitu sejenis sumber lemak yang baik untuk ditambah di dalam diet harian.

5. Yogurt penuh lemak (natural/plain)

Yogurt penuh lemak atau sering dilabel sebagai natural atau plain yogurt merupakan antara pilihan makanan yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan. Yogurt ini mengandungi kandungan lemak yang baik untuk badan dan ia selalunya tidak dicampurkan dengan sebarang perasa.

Elakkan dari mengambil yogurt yang berperisa kerana sering dicampur dengan perasa dan gula tambahan. Anda boleh mencampurkan yogurt dengan buah-buahan pilihan dan diambil sewaktu snacking.

6. Keju

Antara makanan lain yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan adalah keju. Keju merupakan makanan yang kaya dengan sumber lemak, protein dan kalsium yang sesuai bagi mereka yang ingin menaikkan berat badan. Ianya juga tinggi dengan kandungan kalori.

Anda boleh menambah keju ke dalam diet harian anda seperti menambah keju cheddar ke dalam sandwich sarapan pagi.

7. Bar bijirin (cereal bar)

Bagi menambahkan berat badan, anda juga boleh cuba mencuba untuk mengambil bar bijrin sebagai snek. Bijirin bar kaya dengan tenaga dan protein yang boleh membantu untuk menaikkan berat badan.

Terdapat pelbagai jenis bar bijrin yang terdapat di pasaran namun anda haruslah bijak memilih bar bijirin yang tidak ditambah dengan sebarang gula tambahan.

8. Ubi keledek

Ubi keledek juga antara pilihan yang boleh dicuba untuk menaikkan berat badan. Ubi ini bukan sahaja kaya denga tenaga, tetapi juga penuh dengan khasiat seperti beta karotin yang bagus untuk kesihatan mata. Anda boleh mengambil ubi keledek sebagai snek samada direbus atau dijadikan bubur mengikut citarasa dan selera anda.

9. Mentega kacang

Antara pilihan makanan lain yang boleh diambil untuk menaikkan berat badan ialah mentega kacang. Mentega kacang merupakan makanan yang kaya dengan tenaga, lemak baik, protein dan pelbagai lagi mineral lain yang baik untuk kesihatan. Anda boleh menyediakan menambah mentega kacang ke dalam sandwich sarapan pagi anda ataupun ke dalam smoothie untuk menambahkan tenaga makanan anda.

10. Kacang walnut

Kacang walnut merupakan sejenis kacang yang mengandungi kandungan lemak baik. Ianya juga kaya dengan kandungan tenaga. Satu kajian telah mendapati bahawa pengambilan kacang walnut dalam diet harian telah meningkatkan pengambilan kalori peserta kajian di mana mereka turut mengalami peningkatan berat badan.

Kesimpulannya, untuk menaikkan berat badan, tenaga yang diambil haruslah melebihi keperluan tenaga harian anda. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, anda haruslah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar doktor dan pegawai dietetik untuk mereka menilai keadaan kesihatan semasa anda agar sebarang masalah kesihatan dapat dielakkan.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/03/anda-kurus-ini-senarai-makanan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 1 Orang Dewasa Di Malaysia Alami Obesiti Berat Badan Berlebihan Kj

50 1 Orang Dewasa Di Malaysia Alami Obesiti Berat Badan Berlebihan Kj

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 149 hits
Foto The StarLaporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menyatakan 50 1 peratus golongan dewasa di Malaysia berdepan dengan masalah obesiti dan berat badan berlebihan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata prevalen obes m...
Makanan Proses Tinggi Omega 6 Nak Balance Kena Beri Anak Makanan Tinggi Omega 3 9 Baru Kurang Radang Dalam Badan

Makanan Proses Tinggi Omega 6 Nak Balance Kena Beri Anak Makanan Tinggi Omega 3 9 Baru Kurang Radang Dalam Badan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 143 hits
Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega memang digalakkan pada kanak kanak untuk tumbesaran mereka yang lebih baik Ada 2 jenis minyak yang tinggi Omega boleh ibu ayah gunakan untuk kurangkan radang dalam badan Malah pengambilan dua minya...
Berpuasa Tetapi Berat Badan Tidak Turun Juga

Berpuasa Tetapi Berat Badan Tidak Turun Juga

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 171 hits
Seringkali kita dengarkan apabila bulan puasa hampir tiba banyak desas desus bermula tentang keinginan untuk diet dan turunkan berat badan Ramai yang kata ingin lakukan demi kesihatan tidak kurang juga yang ingin kelihatan ramping berseri d...
Terung John Idea Menu Rendah Karbo Untuk Turunkan Berat Badan

Terung John Idea Menu Rendah Karbo Untuk Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 588 hits
Terung John Menu rendah karbo yang enak dan mampu menjadi salah satu hidangan bagi anda yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan Menurut empunya resipi saudari Noorul Izzah Marzuki menu ini adalah salah satu menu rendah karb...
Lirik Berat Badan Danilla

Lirik Berat Badan Danilla

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 167 hits
beratnya bertambah buang pakaiannyayang di sana berkurang lekas makan malamkatanya lebih cantik tanpa dagu duakatanya lebih menarik yang tak ringanbuang saja dulu sayangtidur saja dulu sayangsemua dirasa harus samasaat sama dibilang biasama...
Kuatkan Imunisasi Badan Dengan Biowonders

Kuatkan Imunisasi Badan Dengan Biowonders

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 323 hits
Hello pembaca kesayangan Dalam keadaan dunia ditawani oleh virus corona yang menyebabkan wabak Covid 19 menular tanpa ada titik noktahnya kita tiada pilihan melainkan menguatkan sistem imunisasi badan Memperkenalkan BioWonders makanan kesih...
Badan Lesu Lepas Pulih Covid 19 Ikhtiarkan Mandi Air Rebusan Herba Ni Badan Makin Segar

Badan Lesu Lepas Pulih Covid 19 Ikhtiarkan Mandi Air Rebusan Herba Ni Badan Makin Segar

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 143 hits
Selepas tubuh dijangkiti virus berbahaya Covid 19 dan sebaik tamat kuarantin tubuh masih lagi terasa tidak kuat Batuk batuk berterusan malah lebih cepat penat dan tubuh rasa lesu berbanding sebelumnya Apa kata kita ikhtiarkan mandi air rebu...
Kanggaru Jantan Menayang Otot Badan Dan Biseps Cvri Tumpuan

Kanggaru Jantan Menayang Otot Badan Dan Biseps Cvri Tumpuan

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 170 hits
Seekor kanggaru merah jantan dari Australia menjadi tular di media sosial selepas fotonya yang menayang otot badan dan biseps dimuat naik oleh seorang jurugambar lapor portal berita MailOnline kelmarin Jurugambar Deborah Schutz merakam mome...
Bambang Susantono Otorita Ikn Sebagai Regulator Ada Badan Usaha Khusus Investor

Bambang Susantono Otorita Ikn Sebagai Regulator Ada Badan Usaha Khusus Investor

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 174 hits
Untuk itu saat ini ia tengah menggodok dan menyusun organisasi menjadi institusi yang lincah dan memiliki tata kelola yang baik Penyusunan itu dilakukan bersama dengan Kementerian dan Lembaga terkait
People Over Cars Rethinking Highway Development For Real Growth

Aurora A Porsche Green Bmw R100r Caf Racer From Texas

Interest Wells Fargo Savings

Wanita Bersalin Dekat Kaunter Tiket Lapangan Terbang

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones

Lupakan Sakit Hati Nikmatilah Hidup Dengan Gembira


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Hypertiroid Adalah Penyakit Berulang

Tyson Belum Menyerah Mahu Bertumbuk Lagi

Pemandu E Hailing Cemas Kereta Terjun Tasik

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Lelaki Muda Hilang Di Sungai Jeram Badoh Risau Lemas