Kuatkan Imunisasi Badan Dengan Biowonders
Hello pembaca kesayangan,
Dalam keadaan dunia ditawani oleh virus corona yang menyebabkan wabak Covid 19 menular tanpa ada titik noktahnya, kita tiada pilihan melainkan menguatkan sistem imunisasi badan. Memperkenalkan BioWonders, makanan kesihatan terbaru di pasaran khusus buat mereka yang mahu menguatkan sistem pertahanan badan supaya 'askar-askar' di dalam badan kita lebih kuat dan dapat memerangi virus Corona dengan lebih effektif.
Misz-ella dah cuba sekotak BioWonders (trial pack). Dalam satu kotak ni ada 6 peket BioWonders.
Ada 2 jenis Biowonders di dalam kotal trial pak tu iaitu 3 peket BioWonders Mighty Immunity khusus untuk menyokong atau mempertingkatkan lagi sistem pertahanan badan kita dan 3 peket BioWonders Inflamma-Care dalam trial pack tersebut. BioWonders Inflamma-Care diambil pada waktu malam iaitu sebelum tidur bertujuan untuk meremajakan tubuh badan kita.
I love the packaging colours - striking and attractive! buat kita terus rasa teruja nak cuba
BioWonders Mighty Immunity
BioWonders Inflamma-Care
Well, tidur tu penting ye wahai pembaca ku sayang kerana ia adalah proses istirehat buat semua hidupan di muka bumi ini. Dengan hanya tidur, kita telah beri peluang kepada tubuh kita untuk berehat, memperbaiki dan menyiapkan diri untuk aktiviti esok hari. Tidur sebenarnya adalah satu proses yang sangat penting (walaupun saya sangat kurang tidur) sebab masa kita tidur organ-organ dalam badan sedang bekerja .. proses detoksifikasi sedang berlaku, otak sedang berehat dan hormon pertumbuhan atau human growth hormone sedang aktif. Agaknya sebab tu lah orang yang cukup tidur awet muda, kan .. sebab hormon dia sentiasa aktif dan grow .. (humm .. tak boleh jadi, kena cukup tidur ni).
BioWonders Mighty Immunity ni kita minum di waktu siang, selepas sarapan. Ia mengandungi bahan-bahan seperti Mixed orange, Apple with Vitamin C dan ektrak bawang putih.Wow! Saya suka! sebab saya susah nak makan bawang putih walaupun saya tau ianya sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita.
Kalau terjumpa bawang putih dalam masakan, saya kuis-kuis bawang putih tu ke tepi supaya tak tergigit atau termakan. Bila bawang putih ada dalam BioWonders Mighty Immunity .. I LIKE!
Saya dah cuba BioWonders Mighty Immunity - rasanya sedikit masam (macam minum air asam jawa) tapi sangat sedap!
Dan saya dah cuba Biowonders Inflamma-care yang mengandungi blueberry (king of anti-oxidant foods), apple with curcumin (sejenis kandungan yang terdapat di dalam kunyit) dan ekstrak cinnamon (kayu manis). Sedap tapi dihujungnya ada rasa pedas-pedas sikit.
Selepas cuba Biowonders Mighty Immunity selama 3 hari, badan rasa lebih ringan dan tak cepat penat (walaupun saya exercise 2 jam sehari, siang dan malam) dan saya ada 4 appointments sehari. Ye .. hidup saya ni macam 'amazing race' saya yang pergi pitching, saya lah buat proposal, saya lah tukang taip, kadang-kadang saya jadi tukang design jugak, saya yang pergi event dan saya lah tukang menaip yang sedang berkongsi pengalaman minum Biowonders Mighty Immunity dengan pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku ini. Dalam waktu yang sama, saya pergi exercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (biasanya lebih sebab i suka dance, dance and dance). Dengan gaya hidup ala-ala Superwoma saya ni, BioWonders banyak membantu.
Selepas cuba BioWonders Inflamma-Care selama 2 malam, bangun tidur rasa lebih segar dan bertenaga (walaupun tidur lewat). Tak rasa lesu atau rasa malas nak bangun.
Saya yang selalu busy - lepas Ramadan review, bergegas ke lantai tari, lepas habis menari pergi meeting lagi .. i dah terbiasa hidup ala-ala 'Amazing race' ni tapi Alhamdulillah, BioWonders banyak membantu gaya hidup sihat saya
Kesimpulannya, kedua-dua BioWonders ini membantu menyokong gaya hidup seorang wanita yang aktif dan umur hampir separuh abad seperti Misz-ella dan sesungguhnya kita memang memerlukan makanan tambahan yang boleh membantu kita menguatkan sistem imunisasi badan dalam usaha memerangi covid 19. Kita tak da pilihan selain dari kuatkan imunisasi badan kita sebab Covid 19 sudah hidup bersama kita. Nak perang dengan dia tak boleh .. dia lagi subur dari manusia dalam dunia ni .. dok membiak dan beranak tanpa henti sampai dah keluar macam-macam variasi. The best that we can do is take care of ourselves, kan.
So pembaca kesayangan, mari kita sama-sama jaga diri kita dengan cara menguatkan sistem imunisasi badan kita. Salah satu caranya ialah dengan BioWonders.
Maklumat lanjut tentang Biowonders boleh didapati di :-https://www.instagram.com/biowondershq/ ataulayari https://biowonders.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2022/03/kuatkan-imunisasi-badan-dengan.html