Anda Bangga Jadi Tukang Viral Fitnah Di Laman Sosial


Pada zaman serba moden dan canggih kini, gejala fitnah berleluasa dengan semakin pantas, ditambah lagi dengan adanya pelbagai platform media sosial dan internet di hujung jari, 'penyakit' hati yang telah pun wujud sejak turunnya Nabi Adam a.s. di muka bumi ini kini nampaknya semakin menjadi-jadi.


Jika dahulu, fitnah disebarkan secara 'telinga ke telinga' atau melalui kaedah lisan dan mungkin mengambil masa yang agak lama untuk tersebar, kini ia hanya mengambil masa selama beberapa saat sahaja untuk tersebar ke seluruh dunia.

Hanya dengan menggunakan telefon pintar atau skrin komputer, sesiapa sahaja boleh mencipta sesuatu fitnah dan menyebarkannya kepada semua orang.

Kesannya daripada aktiviti fitnah ini, ia bukan sahaja akan memburukkan maruah mangsa fitnah, malah lebih malang, ia mampu membawa kepada satu lagi penyakit sosial masa kini, iaitu buli siber.

Pernahkah anda terfikir apakah kesan yang akan menimpa kepada mangsa fitnah, apabila kita yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu cerita, terus-menerus mengecam dan menulis perkara-perkara yang tidak elok mengenai seseorang itu?

Jika benar individu itu ialah mangsa fitnah, pernahkah kita terfikir bagaimana dia ingin berdepan dengan seluruh dunia dengan maruahnya yang telah dipijak-pijak?

Inilah bahana gejala fitnah yang mungkin tidak pernah kita fikirkan, namun memberi impak yang sangat besar kepada individu yang terlibat.

Jangan Membantu Menyebar Fitnah

Apakah yang anda lakukan ketika sedang melayari newsfeed di laman Facebook, tiba-tiba ada rakan berkongsi posting mengenai sesuatu perkara atau gambar yang tidak dapat dipastikan kesahihannya?

Adakah anda akan turut sama memberi komen pada posting tersebut dengan menyokong kenyataan berbaur fitnah rakan anda itu, atau anda turut berkongsi posting tersebut pada profil sendiri, atau anda tidak mengendahkan posting tersebut?

Jika anda seorang yang sering berkongsi semula posting rakan lain mengenai sesuatu isu yang tidak pasti kesahihannya, anda sebenarnya tergolong dalam golongan penyebar fitnah.

Ini kerana, selagi sesuatu perkara itu belum dipastikan kebenaran atau kebatilannya, ia dianggap sebagai fitnah.

Sebaiknya, kita hendaklah menyelidik sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya secara membuta tuli.

Kepentingan untuk tidak mempercayai bulat-bulat sebarang berita yang diterima tanpa menyelidik terlebih dahulu amat ditekankan dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka bertabayun (selidikilah untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Justeru, apabila anda terbaca sebarang posting yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, jika mampu untuk menasihati rakan anda yang berkongsi posting tersebut, nasihatilah dia.

Namun, jika tidak mampu, anda hanya perlu scroll paparan newsfeed tersebut tanpa perlu memberi sebarang respons.

Samalah dengan mesej berantai "copy paste dari group sebelah' yang kita selalu terima di grup WhatsApp.

Ada maklumat yang sudah terang-terangan berbaur fitnah, tetapi masih disebar oleh individu-individu yang suka forward mesej. Kononnya sentiasa mahu menjadi orang pertama berkongsi sesuatu maklumat.

Dosa Menyebar Fitnah

Bagi mereka yang menyebar berita bohong dan fitnah, Allah SWT memberi amaran yang keras dalam al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara), sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian)." – Surah An-Nur, ayat 19

Dalam surah Al-Buruj, ayat 10 pula Allah S.W.T. berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan fitnah (bencana) terhadap orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api neraka yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)."

Daripada kedua-dua ayat ini, jelas menunjukkan bahawa dosa memfitnah dan menyebarkan berita bohong ini amatlah besar azabnya.

Sanggupkah kita menerima azab tersebut dengan membantu penyebar fitnah menyebarkan fitnah yang diciptanya terhadap seseorang?

Jika tidak sanggup, elakkanlah diri daripada menjadi pecipta fitnah, penyebar fitnah mahupun sekadar mengeluarkan kenyataan atau pendapat sendiri mengenai fitnah tersebut, tanpa usul periksa.

Cuba letakkan diri anda di tempat mangsa fitnah tersebut, apakah perasaan anda jika kita difitnah sesuka hati sehingga satu dunia memijak maruah anda yang telah tercalar itu?

Bagaimanakah anda akan berdepan dengan satu dunia yang memandang serong kepada anda tanpa mengetahui perkara sebenar yang terjadi?

Justeru, marilah kita sama-sama mengelak dan membendung gejala fitnah yang semakin berleluasa pada dunia akhir zaman ini.

Jadilah pengguna media sosial yang berhemah, yang tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu perkara tanpa usul periksa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Cara Saman Pembuli Siber7 Sifat Riak Ibu Bapa di Laman Sosial
sumber: salamweb



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/tukang-viral-fitnah-di-laman-sosial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raeni Anak Tukang Becak Viral Karena Gelar Doktor Di Inggris Kini Makin Sukses Lihat Foto Fotonya

Raeni Anak Tukang Becak Viral Karena Gelar Doktor Di Inggris Kini Makin Sukses Lihat Foto Fotonya

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 218 hits
Saat itu Raeni sukses menjadi wisudawati terbaik di Unnes Latar belakang Raeni yang berasal dari keluarga sederhana membuat cerita perjuangan Raeni berhasil lulus kuliah dengan nilai terbaik menjadi sorotan publik Ayah Raeni adalah seorang ...
Membuat Komen Jelik Di Laman Sosial Terhadap Tunku Mahkota Johor

Membuat Komen Jelik Di Laman Sosial Terhadap Tunku Mahkota Johor

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 443 hits
Patrick Teoh mengaku tidak bersalahJOHOR BAHRU Selebriti dan deejay radio Patrick Teoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik di laman sosial terhadap Tunku ...
Hiburan Kongsi Foto Pertunangan Di Laman Sosial Peminat Unfollow Ikmal Amry

Hiburan Kongsi Foto Pertunangan Di Laman Sosial Peminat Unfollow Ikmal Amry

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 415 hits
Pelakon dan model Ikmal Amry difahamkan masih kekal positif dan yakin apabila mengetahui kebanyakan peminatnya berasa senang hati selepas beliau melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya Najla pada hari raya ketiga tempoh hari Menuru...
Hiburan Hilang 900 000 Followers Rugi Rm500 000 Akibat Laman Sosial Di Hack Linda Rafar Buat Laporan Polis

Hiburan Hilang 900 000 Followers Rugi Rm500 000 Akibat Laman Sosial Di Hack Linda Rafar Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 437 hits
Linda Rafar baru baru ini dilaporkan telah jatuh ditimpa tangga apabila laman sosial miliknya telah digodam oleh pihak bertanggungjawab Lebih malang lagi dia juga telah kehilangan hampir 900 000 pengikut di Instagram dan Facebook Menurut Li...
Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah

Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 480 hits
Kemesraan dan gurau senda di antara suami isteri memang digalakkan bagi memperkukuhkan lagi keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga Tanpa gurau senda hidup suami isteri akan menjadi hambar Namun tidak semua perlakuan atau aksi aksi kemesraa...
Sarawak Report Fitnah Ydp Agong Benci Muhyiddin Kerana Terasa Ditipu

Sarawak Report Fitnah Ydp Agong Benci Muhyiddin Kerana Terasa Ditipu

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 315 hits
Sarawak Report sekali lagi membawa agenda mereka untuk memecahbelahkan negara Malaysia Baru baru ini Sarawak Report telah mengeluarkan artikel yang bertajuk The King Has Not Been Pleased With Muhyiddin He was Misled On The Race To 112 Artik...
Laporan Polis Terhadap Fitnah Leman Raja Lawak

Laporan Polis Terhadap Fitnah Leman Raja Lawak

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 313 hits
HARAKAH DAILY SIK PAS Kawasan Sik telah membuat laporan polis berikutan satu muat naik di laman sosial Facebook peribadi milik Sulaiman Ibrahim yang merupakan mantan Ketua PAN Sik kerana berupa fitnah dan dakwaan palsu Laporan polis tersebu...
Mat Yo Saman Nstp Berhubung Artikel Fitnah Terhadapnya

Mat Yo Saman Nstp Berhubung Artikel Fitnah Terhadapnya

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Penyerang veteran kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo memfailkan saman terhadap The New Straits Times Press Berhad dan dua pengarang akhbar tempatan itu atas dakwaan menerbitkan artikel fitnah ...
Picit Punggung Undang Fitnah

Picit Punggung Undang Fitnah

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 413 hits
Oleh Muhammad Saufi Hassan BERGAMBAR memeluk isteri sambil memicit punggung isteri Itu cabaran media sosial yang dikenali sebagai picitchallenge yang mula tular sejak sambutan Aidilfitri lalu mengundang pelbagai persepsi umum termasuk kecam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba