Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah


Kemesraan dan gurau senda di antara suami isteri memang digalakkan bagi memperkukuhkan lagi keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga. Tanpa gurau senda, hidup suami isteri akan menjadi hambar.
Namun, tidak semua perlakuan atau aksi-aksi kemesraan suami isteri boleh dipertontonkan di khalayak ramai bagi mengelak berlakunya fitnah. Islam amat menekankan kepada adab dan tingkah laku. Oleh itu, ada baiknya suami isteri kena tahu batas-batasnya.
Malah mengenai isu yang viral ketika sambutan Aidilfitri lalu mengenai picit challenge oleh pasangan suami isteri ia sepatutnya tidak berlaku. Cabaran tersebut menampilkan suami memicit punggung isterinya dan gambar berkenaan dimuat naik di laman sosial serta meletakkan tanda pagar #picitchallenge.
Aksi #picitchallenge yang viral di media sosial baru-baru ini Sebagai pasangan suami isteri secara umumnya, kita seharusnya saling hormat menghormati dan mempertahankan maruah masing-masing. Dalam Surah At-Taubah: ayat 71, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Allah SWT turut berfirman dalam Surah Al-Baqarah: ayat 187 yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” Dalam erti kata lain suami isteri saling memerlukan, saling melengkapi, saling menutup rahsia masing-masing dan menjadi cermin akhlak sesama mereka. Justeru itu, sebagai suami didiklah isteri ke arah jalan kebaikan menuju ke syurga bersama-sama. Bukan menjadi alpa sehingga terlupa mempertontonkan maruah isteri kepada khalayak ramai.
Tidak dinafikan di akhir-akhir ini terdapat pelbagai perilaku menjadi ikutan hanya bertujuan untuk bergurau senda sahaja tanpa memikirkan akibatnya yang adakalanya menyentuh sensitiviti keagamaan ataupun menimbulkan bahaya kepada keselamatan nyawa.
Gambar Hiasan Kebanyakan alasan hanya untuk berseronok sahaja. Sudah pasti ianya mendorong kepada kecaman netizen atau orang ramai. Seandainya pelaku perbuatan tersebut telah sedar dan meminta maaf atau membuang perkara berikut dari laman sosial, maka kita perlu menerima kemaafan mereka dan hentikan segala kecaman. Kerana kecaman berterusan akan memburukkan lagi keadaan dan proses dakwah akan menjadi sukar.
Selagi ianya tidak melibatkan kesalahan jenayah, maka bantulah mereka untuk bangun memperbetulkan kesalahan mereka, bukan makin menghentam, menghenyak sehingga mereka menjadi lebih agresif.
Namun, iktibar perlu diambil di setiap kesalahan yang dilakukan samada ianya sengaja dilakukan atau tidak. Dalam menentukan keharmonian hidup di dunia ini kita perlulah mencari kawan yang baik, agar kita turut melakukan kebaikan. Elakkan berkawan dengan mereka yang melakukan kejahatan, agar tidak terkena tempias kejahatan tersebut. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan seorang individu yang baik (yang duduk bersama dengan kita) dan juga individu yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan juga tukang besi. Duduk bersama penjual minyak wangi sama ada kamu akan membelinya atau kami dapat menikmati bauan wanginya. Manakala duduk bersama tukang besi pula sama ada menyebabkan terpercik api ke badan atau baju kamu, atau kamu mendapati bauan yang busuk darinya.” (Riwayat Al-Bukhari: 2101).
Gambar Hiasan Kita juga perlu berfikir dengan teliti setiap perkara yang hendak dilakukan kerana ramai mata yang memandang dan zaman sekarang adalah zaman viral. Maklumat sukar dikawal. Oleh itu kita perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan, percakapan, perwatakan dan status-status yang kita masukkan di laman media sosial kita.
Andai kita tersalah langkah, cepat-cepat perbetulkan dan bertaubat. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A’raaf: ayat 200 bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Maka kawallah diri kita dalam setiap perilaku kita. Kerana tiap yang kita lakukan pasti akan dinilai oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra’: ayat 7 bermaksud: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu sentiasa berhati-hati. Sekiranya kita tersalah langkah, perbetulkan segera, minta maaf daripada mereka yang terlibat dan mohon keampunan daripada Allah SWT. Bertaubatlah selagi belum terlambat. Masyarakat pula hentikan segala kecaman bagi memberi ruang kepada mereka yang sedar kesilapan mereka untuk terus melangkah dengan gagah dalam keadaan bertaubat dan melakukan kebaikan.
Perkongsian artikel ini telah dikongsikan oleh Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood
Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam
 
 
 
 
The post Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial. Boleh Undang Fitnah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hadkan-kongsi-gambar-aksi-manja-suami-isteri-di-media-sosial-boleh-undang-fitnah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekarang Anak Anak Boleh Diculik Melalui Media Sosial Hati Hati Waktu Upload Gambar Mereka

Sekarang Anak Anak Boleh Diculik Melalui Media Sosial Hati Hati Waktu Upload Gambar Mereka

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 479 hits
Dek kerana keterujaan melihat perkembangan anak anak kita selalu memuatnaik status dan foto mereka di media sosial Tanpa kita sedari ia sebenarnya mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan anak anak Di internet terlalu ramai pemangsa ya...
Diy Bakul Beroda Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri Senang Tarik Tarik Aje

Diy Bakul Beroda Suami Boleh Buatkan Untuk Isteri Senang Tarik Tarik Aje

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 376 hits
Bila dah ramai yang duduk dalam satu rumah jarang sekali bakul baju tak penuh Bertimun timbun sehingga nak diangkat pun tak larat Jika keadaan ini selalu terjadi eloklah suami sediakan bakul beroda ini untuk isteri Caranya pun mudah saja Is...
Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami Self Reward Untuk Diri Sendiri

Isteri Menyusukan Anak Boleh Minta Upah Dari Suami Self Reward Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 346 hits
Dapat menyusukan bayi yang dilahirkan secara eksklusif sekurang kurangnya dalam tempoh 6 bulan adalah idaman setiap ibu Siapa yang dapat memberikan si kecil susu ibu sehingga dua tahun itu memang satu bonus Perjalanan menyusukan anak adalah...
Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi Usaha Dulu Pasti Allah Bagi

Bila Isteri Minta Sesuatu Suami Jangan Kata Tak Boleh Lagi Usaha Dulu Pasti Allah Bagi

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 311 hits
Bila isteri minta sesuatu jangan kata TAK BOLEH lagi Usaha dulu tapi JANGAN JANJI Sebab bila berjanji dia akan berharap Bila dia berharap kalau dia tak dapat dia akan kecewa Hari tu abang kata nak beli Dah 3 bulan ni tak beli beli lagi pun ...
Wanita Zaman Sekarang Tiada Suami Pun Dia Boleh Berdikari

Wanita Zaman Sekarang Tiada Suami Pun Dia Boleh Berdikari

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 253 hits
Perkongsian dari facebook tuan firdaus shakirin Isteri zaman sekarang cepat p3nat sbb serba serbi dia yang kena buat Menguruskan rumah dia memasak dia menjaga anak2 dia hantar anak sekolah dia ambik anak sekolah dia keluar beli barang dapur...
Hiburan Akui Berbeza Bcl Kongsi Pengalaman Sambut Aidilfitri Tanpa Arwah Suami

Hiburan Akui Berbeza Bcl Kongsi Pengalaman Sambut Aidilfitri Tanpa Arwah Suami

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 372 hits
Meskipun berbeza menyambut Aidilfitri tanpa kelibat arwah suami di sisi penyanyi popular Indonesia Bunga Citra Lestari meraikan perayaan itu dalam keadaan norma baharu susulan penularan wabak COVID 19 yang semakin berleluasa di Indonesia Me...
Tnb Terkejut Nampak Bil Netizen Luah Perasaan Di Media Sosial

Tnb Terkejut Nampak Bil Netizen Luah Perasaan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 392 hits
Isu kenaikan bil TNB yang mendadak sewaktu PKP masih berlarutan sehingga kini Tidak sedikit rakyat berkongsi bil masing masing yang menjangkau ribuan ringgit sesuatu yang tidak pernah mereka lihat sepanjang membayar bil elektrik setiap bula...
Disahkan Positif 4 Hari Lepas Kehilangan Suami Bekas Pesakit Covid 19 Ini Kongsi Pengalaman Tak Dapat Dilupakan

Disahkan Positif 4 Hari Lepas Kehilangan Suami Bekas Pesakit Covid 19 Ini Kongsi Pengalaman Tak Dapat Dilupakan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 428 hits
Terasa kematian begitu hampir Itulah pergolakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID 19 apabila disahkan positif dijangkiti virus itu Lebih memilukan Aiza Syafinaz Shahak 34 disahkan positif COVID 19 empat hari selepas keh...
Influencers Dari China Kongsi Rupa Sebenar Mereka Jika Gambar Tidak Disunting

Influencers Dari China Kongsi Rupa Sebenar Mereka Jika Gambar Tidak Disunting

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 393 hits
Sekiranya anda percaya influencers di media sosial semuanya cantik belaka anda pasti akan terkejut dengan pendedahan influencers dari China ini Di dunia digital ini majoriti gambar telah disunting untuk menjadikan gambar tersebut sempurna u...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue