Mat Yo Saman Nstp Berhubung Artikel Fitnah Terhadapnya



KUALA LUMPUR - Penyerang veteran kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai 'Mat Yo' memfailkan saman terhadap The New Straits Times Press (M) Berhad dan dua pengarang akhbar tempatan itu atas dakwaan menerbitkan artikel fitnah terhadapnya

Norshahrul, 34, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu pada 27 April lepas menerusi Tetuan The Chambers of KK Tan dengan menamakan syarikat penerbitan itu, pengarang kumpulan New Straits Times Ahmad Lokman Mansor dan pengarang akhbar itu, Farah Azharie sebagai defendan pertama sehingga ketiga

Mengikut senarai kes mahkamah, kes itu ditetapkan untuk sebutan secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli hari ini yang kemudiannya menetapkan 22 Julai depan untuk pengurusan kes berkenaan

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat melalui carian dalam e-filing oleh Bernama, Norshahrul berkata selepas tamat kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Pahang pada 30 Nov 2019, beliau telah mendapatkan khidmat ejen bola sepak profesional iaitu Pro24 Agency bertujuan menguruskan proses pencarian pasukan bola sepak baharu untuk beliau sertai termasuk tatacara dan persiapan perpindahan

Bekas penyerang Pahang itu mendakwa Pro24 telah mendapatkan tawaran daripada pasukan bola sepak dari Thailand bernama Sukhotai FC namun plaintif tidak bersetuju dengan gaji yang ditawarkan kerana tidak memenuhi kehendaknya dan tawaran daripada Sukhotai FC itu ditolak

Norshahrul mendakwa beliau kemudiannya dihubungi oleh Pengarah Urusan Offside Sports Management, Abdul Halim Abdul Shukor yang menawarkan diri untuk menjadi ejen kepada plaintif dan pada 10 Jan lepas, ejennya itu memaklumkan mengenai tawaran daripada pasukan bola sepak dari Thailand, Bangkok Glass (BG) Pathum United dan plaintif bersetuju dengan tawaran itu serta kontrak antara mereka telah ditandatangani pada 16 Jan lepas

Dakwa plaintif, akibat penularan wabak Covid-19, liga bola sepak di Thailand ditangguhkan dan pihak BG Phatum United telah memanggil kesemua pemain untuk berbincang mengenai beberapa perkara termasuk isu pemotongan gaji dan ketika itu, plaintif cuba menghubungi Abdul Halim tetapi gagal serta tindakan ejennya menghilangkan diri menyebabkan plaintif membawa isu berkenaan kepada pihak akhbar supaya beliau mengetahui bahawa plaintif sedang cuba menghubunginya

Norshahrul mendakwa pada 11 April lepas, kesemua defendan telah menerbitkan artikel bertajuk Norshahrul's agent disappears amid pandemic dan pada tarikh sama, Abdul Halim memberi maklum balas di Facebook miliknya antara lain membuat beberapa dakwaan bahawa beliau bukan menghilangkan diri tetapi berdiam diri kerana terdapat on going case (kes yang masih berjalan) antara beliau, plaintif, Pro24, BG Phatum United dan Persatuan Bola Sepak Thailand

Dakwa plaintif dakwaan Abdul Halim adalah tidak benar dan menimbulkan tanggapan seolah-oleh kes sedang berjalan di antara plaintif dengan Pro24 dan dakwaan itu telah menarik perhatian pihak media khususnya defendan-defendan

Norshahrul seterusnya mendakwa pada 13 April lepas, kesemua defendan telah menerbitkan artikel bertajuk Norshahrul sued by Thai agent yang mengandungi pernyataan-pernyataan fitnah merujuk kepada plaintif yang diterbitkan secara dalam talian dan turut disebarkan melalui Facebook dan Twitter yang dikawal oleh kesemua defendan

Plaintif mendakwa artikel memfitnah itu antara lain menyatakan bahawa beliau telah disaman oleh Pro24, dihalang keluar dari Thailand sehingga kes selesai sedangkan plaintif mendakwa beliau tidak pernah menerima sebarang surat tuntutan dengan kes yang kononnya telah difailkan oleh Pro24 di Thailand

Dakwanya, tajuk dan kandungan artikel memfitnah itu adalah tidak benar dan ia menyebabkan nama baik serta reputasinya selaku pemain bola sepak tercalar dan plaintif juga menyatakan adalah wajar jika kesemua defendan mendapatkan penjelasan daripadanya sebelum menerbitkan artikel berkenaan namun mereka gagal berbuat demikian

Norshahrul mendakwa sehingga kini, artikel fitnah itu masih belum ditarik balik daripada laman sesawang yang dikawal oleh defendan-defendan

Plaintif menuntut ganti rugi antaranya ganti rugi teladan, ganti rugi kerana memfitnah, faedah, satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada meneruskan penerbitan artikel yang sama dengan penerbitan artikel memfitnah, kos serta relief lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2020/06/mat-yo-saman-nstp-berhubung-artikel.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mohon Batal Saman Berhubung Pengampunan Penuh

Anwar Mohon Batal Saman Berhubung Pengampunan Penuh

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 433 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalkan saman peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berhubung pengampunan penuh yang diberikan terhadap presiden PKR itu yang dipenjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya...
Pelakon Zarina Anjoulie Fail Saman Fitnah Rm3 Juta Terhadap Amyza Aznan

Pelakon Zarina Anjoulie Fail Saman Fitnah Rm3 Juta Terhadap Amyza Aznan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 418 hits
Pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap rakannya Amyza Aznan berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional daripada kerajaan kesan waba...
Fitnah Katanya Sila Saman Doj Fbi Cia Interpol

Fitnah Katanya Sila Saman Doj Fbi Cia Interpol

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 241 hits
Udalan matakitupun kalau still nak kata ini semua fitnah la bossku seingat aku PM angkat kau sekarang ini dia la yang banyak bercakap pasal 1mdb semasa pru14Tak pernah dengar Najib minta maaf pada rakyat Malaysia pasal 1 MDB dan tabung haji...
Mat Yo Sues Nstp Over Defamatory Article

Mat Yo Sues Nstp Over Defamatory Article

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 312 hits
National veteran striker Norshahrul Idlan Talaha who is better known as Mat Yo has filed a lawsuit against The New Straits Times Press Berhad its group editor and writer for allegedly publishing articles defaming him Norshahrul 34 as plaint...
Sprm Tahan Pemimpin Pemuda Ppbm Berhubung Kehilangan Wang Syed Saddiq

Sprm Tahan Pemimpin Pemuda Ppbm Berhubung Kehilangan Wang Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 331 hits
KUALA LUMPUR Seorang pemimpin Pemuda PPBM ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang bekas menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Penahanan berkenaan disahkan Timbalan ...
Perutusan Khas Tan Sri Muhyiddin Yasin Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perutusan Khas Tan Sri Muhyiddin Yasin Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 574 hits
Antara intipati Perutusan khas YAB Perdana Menteri tadi adalah PKPB akan berakhir pada 9 Jun dan digantikan dengan PKPP bermula dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020lebih banyak kelonggaran diberikanPergerakan rentas negeri dibenarkan kecuali ke ...
Dokumen Persiapan Awal Berhubung Cadangan Sama Ada Pkp Tamat Atau Disambung Adalah Palsu

Dokumen Persiapan Awal Berhubung Cadangan Sama Ada Pkp Tamat Atau Disambung Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 476 hits
SEBENARNYA Menurut Majlis Keselamatan Negara Maklumat tersebut adalah palsu Jangan sebar atau kongsi SUMBER Saluran Telegram Rasmi MKN MAINKAN PERANAN ANDA Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berit
Apa Apa Pun Boleh Jadi Kata Bung Moktar Berhubung Desas Desus Kerajaan Sabah Tumbang

Apa Apa Pun Boleh Jadi Kata Bung Moktar Berhubung Desas Desus Kerajaan Sabah Tumbang

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 305 hits
KOTA KINABALU Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri yang diketuai parti tempatan Warisan tumpas kepada Perikatan Nasional berikutan tersebarnya desas desus mengenai penjajaran semula kerjasama dala...
Pos Malaysia Sahkan Polis Tahan Suspek Berhubung Penipuan Derma Di Facebook

Pos Malaysia Sahkan Polis Tahan Suspek Berhubung Penipuan Derma Di Facebook

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 374 hits
Pos Malaysia Bhd pada Khamis mengesahkan Polis Diraja Malaysia telah menahan seorang suspek berhubung penipuan kutipan derma di Facebook Kami memuji tindakan pantas PDRM untuk membawa scammer ke muka pengadilan dan menghentikan eksploitasi ...
When Politicians Choose Ego Over People

Hengjing168 Hengjing168 Top 30 By Maddison Hengjing168 Wiki 6 2025

Raya Bergaya Dengan Huawei

The Case Against European Rearmament

Anugerah Kesenian Boh Cameronian Ke 20 Sambutan Masa Lalu Insipirasi Masa Depan

Kalau Ada Jarum Yang Patah

Salam Ramadan 1446h

Failed Startups To Success


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zul2by2 Maya The Girls Nanad Nayla Ruzzara Hary Ray Zahari Miss En Raya Dah Tiba Chord

Pengertian Simpati Dan Empati

Apakah Terdapat Doa Berbuka Puasa Daripada Hadith

Cara Mudah Dan Cepat Cek Tekanan Angin Tayar Kereta

Portal Simpeni Jakim Semakan Keputusan Upkk 2024 2025

Is The 2008 Bmw 6 Series Reliable Pros And Cons