Picit Punggung Undang Fitnah


Oleh Muhammad Saufi Hassan
BERGAMBAR memeluk isteri sambil memicit punggung isteri? Itu cabaran media sosial yang dikenali sebagai #picitchallenge yang mula tular sejak sambutan Aidilfitri lalu mengundang pelbagai persepsi umum termasuk kecaman daripada warganet.
Cabaran berkenaan menampilkan suami memicit punggung isterinya dan gambar berkenaan dimuat naik di laman sosial serta meletakkan tanda pagar #picitchallenge.
Walaupun secara prinsipnya, isteri berkenaan adalah hak terhadap suaminya namun adakah sesuatu yang wajar gambar kurang sopan berkenaan dikongsi di akaun media sosial seolah-olah sudah hilang perasaan malu.
Bermesraan antara suami dan isteri selepas berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki.
Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.
Bagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri.
Menerusi sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Iman itu ada 70 lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang daripada iman.” (Riwayat Muslim, no. 35)
Rasa malu menurut Imam an-Nawawi RH adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya daripada kelalaian dalam memenuhi hak pemiliknya.”
Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai.
Justeru, perbuatan suami isteri bercumbu hendaklah dielakkan di khalayak umum dan di media sosial kerana ia bukan akhlak Muslim dan jauh sekali daripada adab ketimuran yang kita junjung selama ini.
Berdasarkan pandangan berkenaan, penulis lebih cenderung untuk meletakkan bahawa perbuatan berkongsi gambar suami memicit punggung isterinya bukan hanya menjatuhkan maruah, malah perkara itu mengundang imaginasi orang yang melihatnya.
Bagaimana maruah seorang isteri walaupun si isteri itu bersifat ‘reda’ dengan kelakuan suaminya dan berkongsi gambar untuk menjadi tontonan umum di media sosial. Adakah perkara berkenaan hanya mengejar ‘kebanggaan’ dan bagaimana pula adab pasangan suami isteri yang bergelar penganut Islam?
Sebuah hadis Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya sifat malu tidaklah mendatangkan apa-apa kecuali hanya kebaikan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6117)
Satu petikan kenyataan daripada Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyatakan bahawa perbuatan berkongsi keintiman dengan khalayak adalah dilarang oleh ajaran Islam dan perbuatan itu perlu disesuaikan dengan tempat yang sepatutnya.
Islam sangat mengutamakan adab, setiap langkah, kata-kata dan perbuatan ada tempat yang lebih sesuai walaupun seseorang itu bergelar suami isteri namun masih perlu mengutamakan tatasusila membabitkan gambar yang ingin dikongsi dengan umum.
Apa yang berlaku bagi segelintir umat Islam hari ini yang melihat semua itu sebagai ‘normalisasi baharu’ walaupun pada kaedah pemikiran akal adalah sangat bertentangan, malah mengundang terbukanya pintu fitnah.
Penulis ingin mengingatkan kepada semua termasuk diri sendiri berhubung satu sabda Nabi daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi Muhammad bersabda: “Kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya. Kami (iaitu kalangan sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda SAW menjawab: “Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
HM
The post Picit punggung undang fitnah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/10/picit-punggung-undang-fitnah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=picit-punggung-undang-fitnah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah

Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 488 hits
Kemesraan dan gurau senda di antara suami isteri memang digalakkan bagi memperkukuhkan lagi keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga Tanpa gurau senda hidup suami isteri akan menjadi hambar Namun tidak semua perlakuan atau aksi aksi kemesraa...
Manusia Durjana Fitnah Dan Hasut Kaum Cina Untuk Benci Pdrm Dan Kerajaan

Manusia Durjana Fitnah Dan Hasut Kaum Cina Untuk Benci Pdrm Dan Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 535 hits
Siapa punya kerja ni Buat fitnah jahat terhadap PDRM Polis trafik tahan trafik kerana ada anjing cedera di tengah jalan tapi gambar asal telah di Photoshop tanpa anjing dan kemudian fitnah mengatakan kerajaan tak ada duit dan nak kaut dari ...
Fitnah Lagi

Fitnah Lagi

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 354 hits
fitnah nimesti fitnah atuk lejen seorang negarawanGopal pendukung undang undangbaik saman Apandi tumestibuat report polis saman kaw kawjangan diammesti berani kerana benar kan
Fitnah Tuduhan Umno Isytihar Keluar Pn Berniat Jahat Tok Mat

Fitnah Tuduhan Umno Isytihar Keluar Pn Berniat Jahat Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 755 hits
Oleh Azlina Rosdy KUALA LUMPUR Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan kononnya UMNO keluar daripada Perikatan Nasional Jelas beliau berita yang kini tular di media sosial itu disifatkan ...
Selepas Fitnah Umno Fitnah Pas Pula Itu Kerja Hari Hari Cybertropper Ph

Selepas Fitnah Umno Fitnah Pas Pula Itu Kerja Hari Hari Cybertropper Ph

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 506 hits
Tindakan pihak tertentu meniru konsep BERNAMA dan menyebarkan fitnah adalah jijik Berhemahlah dalam politik Semoga Allah SWT mengadili mereka dengan sebaik baik pengadilan Itu kata kata Tuan Ibrahim Tuan Man menyerah kepada Allah supaya mem...
Sarawak Report Fitnah Muhyiddin Lagi Kata Pm Langgar Perintah Kuarantin

Sarawak Report Fitnah Muhyiddin Lagi Kata Pm Langgar Perintah Kuarantin

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 352 hits
Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan laporan fitnah Sarawak Report yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melanggar perintah kuarantin di rumah dengan ke luar negara untuk mendapatkan rawatan kanser Laporan Sarawak Report itu ...
Kenapa Cabar Hukuman Lebih Rendah Mengikut Undang Undang Islam Zainul Rijal

Kenapa Cabar Hukuman Lebih Rendah Mengikut Undang Undang Islam Zainul Rijal

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Peguam Muslim Malaysia mempersoalkan tindakan seorang lelaki mencabar keperlembagaan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah 1995 berhubung persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii Presidennya Datuk Zain
Kuat Kuasa Undang Undang Lebih Ketat Lebih Baik Daripada Gantung Jualan Alkohol Kata Persatuan

Kuat Kuasa Undang Undang Lebih Ketat Lebih Baik Daripada Gantung Jualan Alkohol Kata Persatuan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 344 hits
Kemalangan yang mengorbankan seorang lelaki di Kuantan semalam Mangsa dilanggar oleh pemandu yang melawan arus lalu lintas dipercayai di bawah pengaruh alkohol PETALING JAYA Sebuah persatuan perniagaan menolak cadangan PAS untuk menggantung...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna