Anak Umur 12 Bulan Belum Berdiri 18 Bulan Belum Berjalan Anda Wajib Risau


Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Menurut perkongsian dari portal MyHEALTH Malaysia, secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan.
Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Baca: Ceriakan Diri Waktu Hamil, Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung
Kredit: Freepik Perkembangan Awal Kanak-kanak
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
Kawalan kepala – umur 3 bulan
Kaki memijak – umur 4 bulan
Meniarap – umur 6 bulan
Duduk tanpa bantuan – umur 9 bulan
Berdiri tanpa sokongan – umur 12 bulan
Kredit: Freepik Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
Kredit: Freepik Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
Kredit: Freepik Cerebral palsy:
Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Kredit: Freepik Lewat perkembangan secara umum (global):
Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot:
Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Kredit: Freepik Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Artikel menarik: Sedapnya Aiskrim Homemade Coklat Beryl’s Ni, Manis-Manis Berlemak, Sekali Makan Nak Lagi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Umur 12 Bulan Belum Berdiri,18 Bulan Belum Berjalan? Anda Wajib RISAU! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-umur-12-bulan-belum-berdiri18-bulan-belum-berjalan-anda-wajib-risau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nikah Belum 1 Bulan Suami Ngotot Ceraikan Istri Alasannya Bikin Sedih

Nikah Belum 1 Bulan Suami Ngotot Ceraikan Istri Alasannya Bikin Sedih

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 288 hits
Seorang wanita pemilik akun Tiktok ellavadia menceritakan pengalaman pilu yang harus dialaminya Pernikahannya dengan sang suami tidak berjalan mulus Belum satu bulan menikah rumah tangganya diterpa badai Sang suami ngotot menceraikan istrin...
Ibu Terselamat Dalam Kemalangan Sebenarnya Belum Tahu Tiga Anak Sudah Pergi Buat Selamanya

Ibu Terselamat Dalam Kemalangan Sebenarnya Belum Tahu Tiga Anak Sudah Pergi Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 389 hits
789 total views 789 views today Perjalanan empat beranak berakhir dengan tragedi pilu apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 272 5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Gunung Lang Ipoh pada Rabu Namun memetik lapora...
Tersangkut Kasus Begal 5 Anak Di Bawah Umur Ditangkap Polisi

Tersangkut Kasus Begal 5 Anak Di Bawah Umur Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 219 hits
Ketika melakukan aksinya para pelaku juga berbagi peran mulai dari mengambil motor menjual serta membuka bodi sepeda motor agar tidak dikenali
Bentan Empat Bulan Selepas Melahirkan Anak

Bentan Empat Bulan Selepas Melahirkan Anak

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 347 hits
BENTAN EMPAT BULAN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK Assalamualaikum Dr Zubaidi Boleh saya minta pendapat Saya ada masalah joint tulang dan muscle tidak mampat sebab 4 bulan lepas saya kena bentan selepas bersalin selama sebulan juga saya tidak boleh...
Finally Assalamualaikum Sayang Selepas 9 Bulan Terpisah Aliff Aziz Bertemu Bella Astillah Anak Anak

Finally Assalamualaikum Sayang Selepas 9 Bulan Terpisah Aliff Aziz Bertemu Bella Astillah Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 340 hits
Setelah sembilan bulan terpisah dek kerana penularan pandemik Covid 19 akhirnya penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dapat bertemu isteri dan anak anak Ayden Adrean dan Ara Adreanna Dalam perkongsian video oleh Bella Astillah di Instagram milikn...
Hiburan Hamil 4 Bulan Ain Edruce Enggan Tahu Jantina Anak

Hiburan Hamil 4 Bulan Ain Edruce Enggan Tahu Jantina Anak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 389 hits
Mengetahui dirinya kini hamil anak sulung pelakon dan pengacara Ain Edruce akui bersyukur dikurniakan rezeki tersebut selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga Katanya beliau dan suami langsung tidak pernah merancang dan mendedahkan me...
Anak Bukan Rezeki Semata Tapi Amanah Kalau Tak Mampu Wajib Rancang

Anak Bukan Rezeki Semata Tapi Amanah Kalau Tak Mampu Wajib Rancang

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 330 hits
Saya nak 10 anak lantoklah kata suami pada isterinya tanpa memikirkan keselamatan si isteri Tanpa menghulurkan bantuan dalam menguruskan anak anak Malah ada yang menafikan hak anak anak untuk mendapatkan pelajaran yang sempurna pemakanan ya...
Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung

Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 340 hits
Tempoh kehamilan selama sembilan bulan sememangnya cukup menyukarkan Terpaksa berdepan pelbagai masalah tidak kurang juga pelbagai alahan yang membuatkan ibu merasa tidak kuat Pun begitu jangan jadikan hal ini mengganggu emosi diri Jika mer...
Mula Risau Bila Anak Menulis Terbalik Mak Ayah Bantulah Anak Segera

Mula Risau Bila Anak Menulis Terbalik Mak Ayah Bantulah Anak Segera

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 414 hits
Kemasukkan awal persekolahan tahun hadapan pastinya membuka satu lembaran baru buat murid murid Tahun 1 Adakah anak kita yang berada di tadika tahun ini sudah pandai membaca dan bersedia sepenuhnya untuk melangkah ke alam persekolahan seben...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage