Ibu 4 Orang Anak Mohon Bantuan Nak Bayar Deposit Rumah Sewa Lepas Sekian Lama Menumpang


Terbaru tular  di media sosial Facebook Natipah Abu mengenai kisah suka duka seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata setelah suaminya ditahan oleh pihak polis.
Dalam perkongsian kisah tersebut, Natipah Abu juga memohon jasa baik orang ramai untuk memberi sumbangan atau sedekah kepada keluarga wanita tersebut bagi meringankan bebanan yang ditanggungnya di samping membela nasib anak-anak yang tidak berdosa itu.
Individu yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyumbang melalui Maybank menerusi nombor akaun 552107617521 atas nama Natipah Abu.
Perkongsian tersebut ternyata meruntun hati ramai pihak terutama warganet yang turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh wanita tersebut.
SEDEKAH JUMAAT
KELUARGA SEORANG TAHANAN.
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU 552107617521
Nani ( bukan nama sebenar ), berhijrah dari kampung ke kota setelah ikataan pertunangannya dengan lelaki yang dicintainya terputus di tengah jalan. Membawa hati yang luka, Nani mencuba nasib dengan bekerja di sebuah pasaraya. Di sana dirinya menjadi perhatian seorang lelaki yang layak dipanggil ayah, 27 tahun lebih tua darinya.
Pada awalnya dia memang tidak melayan langsung segala usikan Mr J ( bukan nama sebenar ). Selain layak dipanggil ayah oleh Nani, Mr J bukanlah beragama Islam. Mr J juga sudah pun beristeri dan anak-anaknya juga sebaya Nani.
Bagaimana kesungguhan Mr J yang jauh lebih berpengalaman dalam memenangi hati wanita, akhirnya telah mencairkan perasaan Nani. Apatah lagi dalam usia seperti Mr J, membeli jiwa wanita kampung yang naif seperti dia, semestinya bukanlah satu perkara yang sukar pun.
Kemuncaknya, Mr J telah memilih untuk memeluk Islam. Meninggalkan keluarga dan agama asalnya. Biarpun Nani tidak pasti nawaitu sebenar Mr J memeluk Islam, tetapi Nani yakin salah satu sebabnya ialah demi ingin memperisterikan dia. Jujur, Nani bukanlah gadis yang cantik. Tubuh Nani juga ada sedikit kecacatan. Kedudukan bahunya tidaklah terletak seperti sepatutnya. Ketinggian bahunya tidak sekata dan jelas di mata kasar. Sebelah bahunya tinggi dan sebelah lagi, rendah.
Justeru itu, bila Mr J meluahkan hasrat ingin mengahwini dia, Nani enggan lagi berfikir panjang. Yang pasti, maruahnya yang pernah tercalar akibat putus tunang dulu, terasa kembali dijulang.
Sebaik berkahwin, Nani pun berhenti kerja. 12 belas tahun mereka membina mahligai bahagia bersama. Mr J seorang suami yang baik dan penyayang. Sering membantu dia dalam menguruskan rumah tangga. Perkahwinan mereka, diserikan lagi dengan kehadiran empat orang cahaya mata yang comel dan pintar.
Walaupun hanya seorang pengawal keselamatan tetapi kerana bantuan dan sokongan kewangan dan motivasi oleh pihak BAITULMAL kepada golongan mualaf, mereka hidup aman bahagia dan serba cukup segalanya.
Namun harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Mr J akhirnya ditahan polis akibat satu tragedi hitam yang tidak pernah diimpikan sama sekali oleh Nani seumur hidupnya.
Kebahagiaan yang bertahun dibina itu runtuh dalam sekelip mata. Suami yang dicintai dan ayah yang dikasihi anak-anak itu hilang dari dakapan dan pandangan anak-anak dalam keadaan menyayat hati.
Rentetan itu, Nani terpaksa pulang ke kampung demi memulakan hidup baru bersama anak-anak. Di kampung mereka hidup dalam keadaan tertekan kerana terpaksa menumpang di rumah saudara terdekat. Sekejap di rumah A, sekejap di rumah B.
Anak-anak yang ramai , antara punca mengapa Nani terpaksa berpindah-randah. Saudara terdekat pun bukanlah orang senang. Kasihan anak-anak, merekalah yang paling terkesan dengan segala yang telah terjadi ini.
Di kampung, Nani menyara kehidupan dengan menjual kuih selain mendapat bantuan sara hidup dari LZNK. Mujurlah, tiga anaknya yang bersekolah ada menerima wang saku sekolah bernilai RM3 setiap hari dari projek sedekah jariah sukarelawan setempat.
Sedekah Jumaat kita hari ini bertujuan hendak membayar deposit dan menyediakan sebuah rumah sewa buat Nani dan anak-anaknya. Kita sudah mengenal pasti sebuah rumah yang berhampiran dgn sekolah dan hendak disewa dgn harga RM200 sebulan.
Selain itu, kita juga akan membeli segala keperluan rumah seadanya kerana Nani pulang ke kampung dalam keadaan sehelai sepinggang. Kita ingin memberi sebuah kehidupan baru yang selamat buat anak-anak yang tidak berdosa ini demi masa depan mereka. Ujian buat mereka, ujian juga buat kita.
Redha dengan takdir Illahi, Nani tidak punya masa untuk menangisi untung nasib suami kerana hatinya sarat menanggung pilu mengenangkan keadaan anak-anak hari ini apatah lagi, dia juga ada seorang anak perempuan. Dia sangat-sangat khuatir tentang nasib si gadis sunti yang punya seraut wajah yang sangat comel itu bila tidak punya rumah dan tempat kediaman yang tetap.
Mujurlah masyarakat setempat sangat memahami keadaannya. Banyak membantu, tidak pernah memandang serong terhadap dia dan anak-anak. Jauh sekali menyisihkan mereka meskipun dia yakin, masyarakat juga tahu tentang apa yang telah terjadi terhadapnya.
Sehingga saat ini, anak-anak yang empat orang dan berusia antara 12 – 5 tahun itu, sering meluahkan kerinduan terhadap ayah meraka. Yang dia mampu, hanyalah mendakap mereka dalam linangan air mata tanpa mampu berkata sebaris ayat pun.
Mereka terlalu kecil untuk menerima tentang hakikat sebenar segala-galanya. Cukuplah dengan segala kesakitan yang telah ditanggungnya hari ini . Dia tidak sanggup membiarkan mereka merasai apa yang dia rasakan selama ini. Anak-anak telah menjadi saksi bagaimana si ayah telah diseret pergi di depan mata dalam keadaan tangan bergari. Meraung mereka menangisi “pemergiaan “ ayah pada malam tragedi berdarah itu.
Saat itu, tangannya yang hanya ada dua ini, tidak cukup untuk menutup dan menghalang pandangan 8 pasang mata dari menyaksikan peristiwa itu. Air mata mereka yang tumpah pun tak mampu dikesatnya lagi. Apatah lagi untuk meredakan tangisan mereka. Akhirnya mereka terlelap dalam sendu yang panjang.
Sejak itu, ayah mereka hilang dari pandangan sehinggalah ke hari ini dan mungkin juga sampai bila-bila. Satu saja yang dia harapkan, biarlah jangan sampai anak-anak tahu bahawa ayah mereka telah ditahan di bawah seksyen 302 yang mana jika sabit kesalahan akan membawa kepada hukuman mati mandatori.
Jumaat yang barakah, salam dan selawat buat Junjungan Besar kita.
Sumber: Natipah Abu
The post Ibu & 4 Orang Anak Mohon Bantuan Nak Bayar Deposit Rumah Sewa, Lepas Sekian Lama Menumpang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/03/ibu-4-orang-anak-mohon-bantuan-nak-bayar-deposit-rumah-sewa-lepas-sekian-lama-menumpang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Dan 6 Anak Tidur Dalam Kereta Setelah Diceraikan Oleh Suami Diusir Pula Oleh Tuan Rumah Kerana Sewa Tertunggak

Ibu Dan 6 Anak Tidur Dalam Kereta Setelah Diceraikan Oleh Suami Diusir Pula Oleh Tuan Rumah Kerana Sewa Tertunggak

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 896 hits
Ujian Sungguh Besar Ibu Sakit Kanser dan bermalam dengan anak seramai 6 Orang di Stesen Pam Minyak Ibu dan 6 Anak tidur dalam kereta setelah diceraikan oleh Suami Diusir pula oleh Tuan rumah kerana Sewa Tertunggak Ibu 6 Anak kecil tidur di ...
Diceraikan Suami Diusir Dari Rumah Ibu Bersama 6 Orang Anak Bayi Tinggal Dalam Kereta

Diceraikan Suami Diusir Dari Rumah Ibu Bersama 6 Orang Anak Bayi Tinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 668 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul begitulah nasib seorang Ibu dan anak anak kecil yang terpaksa tidur dalam kereta setelah diceraikan suami dan diusir pula oleh tuan rumah kerana sewa tertunggak Kisah ini tular melalui perko...
Ibu Terkejut Jumpa Mayat Anak Di Rumah Selepas Lebih Dua Hari

Ibu Terkejut Jumpa Mayat Anak Di Rumah Selepas Lebih Dua Hari

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 595 hits
RAWANG Seorang ibu yang berkunjung ke rumah anaknya malam tadi terkejut apabila menemui anaknya itu dalam keadaan tidak bernyawa dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari Ibu tersebut menemui mayat mangsa kira kira jam 8 malam ketika ...
Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 383 hits
Semua ibu bapa mahu anak mereka bijak dan berjaya di masa hadapan Namun anak yang bijak tak datang dengan sendirinya Banyak usaha yang perlu kita sebagai ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah di ...
Anak Mennggai Dnia Dibeiasah Tiga Leiaki Depan Rumah Ibu Cerita Kejadian Sebenar Berkaitan Hutang

Anak Mennggai Dnia Dibeiasah Tiga Leiaki Depan Rumah Ibu Cerita Kejadian Sebenar Berkaitan Hutang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 549 hits
MARANG Seorang jurukimpal m4ut dipercayai akibat dibeIasah tiga lelaki termasuk dua yang dikenalinya di Kampung Bukit Gasing Marang hari ini Anak MennggaI Dnia DibeIasah Tiga LeIaki Depan Rumah Ibu Cerita Kejadian Sebenar Berkaitan Hutang
Dap Penang Dah Lama Bagi Bantuan Pada Institusi Islam Jakim Baru Nak Laksanakan Kah

Dap Penang Dah Lama Bagi Bantuan Pada Institusi Islam Jakim Baru Nak Laksanakan Kah

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 257 hits
Kelmarin diberitakan JAKIM atau Menteri Agama menyumbang RM 100 ribu dari tabung atas nama Musa adah kepada pusat asuhan milik parti PAS pertamanya pesan aku pada hentikanlan guna istilah Arab cakap jer Tabung bantuan Kedua pada prinsipnya ...
Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

Anak Mengamuk Nak Jajan Di Kaunter Kedai Ini Cara Ibu Ayah Jadi Kebal Tak Payah Belikan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 388 hits
Sudah menjadi perkara biasa pula bila ke kedai dengan anak anak mereka akan minta kita belikan snek atau jajan Kita dapat elakkan mereka dari ambil semua itu tapi sebaik sahaja sampai ke kaunter banyak pilihan yang memerangkap kita Anak ana...
Hiburan Ibu Alyssa Dezek Kecewa Dituduh Menumpang Kesenangan Anak

Hiburan Ibu Alyssa Dezek Kecewa Dituduh Menumpang Kesenangan Anak

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 716 hits
Meskipun tidak menyangka mampu memiliki kereta Toyota Vellfire pada usia muda dan mahu menghargai diri selepas bekerja keras penyanyi dan bintang Youtube Aryanna Alyssa Dezek kini berjaya membeli kereta idamannya pada usia 12 tahun Bagaiman...
Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

Jangan Mudah Beri Apa Anak Nak Ajar Bersabar Dulu Ibu Ayah Mesti Bertahan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 419 hits
Apa ibu bapa akan lakukan sekiranya anak merengek nak sesuatu Adakah terus memberi sebab tak mahu anak lagi lama merengek dan menangis atau biar dulu sambil menjelaskan kenapa bukan sekarang boleh dapat Ibu bapa kena belajar ilmu ini dan ja...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi