Sebelum Pertimbang Nak Tambah Anak Fikir Dulu 5 Perkara Penting Ini Ya


Kami ingin bertanya kepada anda, adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak-anak anda sahaja? Berapakah jumlah ‘pemain’ yang ingin anda hasilkan?

Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kelihatan mudah, tetapi anda belum tentu bersedia dengan sebarang kemungkinan sehinggalah anda memiliki anak yang kedua dalam keluaraga. Apakah cabaran yang sering dialami oleh ibu bapa apabila anak kedua telah dilahirkan?
Reaksi anak pertama anda
Anak pertama anda mungkin akan menunjukkan beberapa perubahan kelakuan disebabkan oleh kelahiran adiknya yang baharu. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu memberikan terlalu banyak perhatian terhadap kelakuannya, tetapi ambil sedikit masa untuk bercakap dengannya. Anak pertama anda mungkin akan memberikan reaksi dengan cara memicit-micit lengan anak kedua atau mungkin juga mencucuk matanya. Katakan kepada anak pertama anda secara lembut bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan. Galakkan anak pertama anda berinteraksi dengan anak kedua dengan cara yang lebih baik yang ditunjukkan oleh anda.

Masa bersama dengan anak
Jika dahulu, anda hanya menghabiskan masa melayan kehendak anak pertama anda, tetapi kini tidak lagi. Anda mempunyai tanggungjawab untuk membahagikan masa dengan baik untuk kedua-dua anak anda. Ketika mana anda sedang menyuapkan makanan kepada anak pertama anda, anak kedua anda pula merengek meminta untuk disusukan. Anda perlu bijak untuk menangani situasi yang berlaku. Mungkin anda boleh meminta saudara terekat untuk menjaga anak pertama anda sementara anda menyusukan anak kedua.
Waktu napping
Kedua-dua anak anda pasti akan mempunyai waktu nap mereka pada waktu tengah hari. Pada ketika ini, anda boleh menenangkan diri anda sebentar ketika mereka sedang tidur. Walau bagaimanapun, waktu nap juga mempunyai cabarannya yang tersendiri. Anda akan mempunyai kesukaran untuk merancang sebarang aktiviti dan keluar dari rumah. Begitu juga sekiranya salah seorang daripada mereka terjaga daripada tidur dan merengek. Rengekan yang kuat pasti akan mengejutkan anak anda yang lain daripada tidurnya.
Keluar dari rumah
Sekiranya anda rasa bahawa keluar dengan seorang bayi sudah cukup sukar, anda belum tentu dapat membayangkan bagaimana untuk keluar dari rumah bersama dua orang anak. Anda memerlukan lebih banyak masa untuk bersiap dan mempersiapkan kedua-dua anak anda. Selain itu, trip yang jauh amatlah tidak sesuai sekiranya kedua-dua anak anda masih kecil. Apatah lagi sekiranya anda perlu bersedia untuk menukar lampin dan memberi makan keduanya semasa anda dalam perjalanan.
Waktu tidur anda
Anda menidurkan kedua-dua anak anda pada waktu malam, tetapi belum pasti anda akan turut tidur dengan nyenyak pada malam tersebut. Bayi kedua anda mungkin akan mudah terjaga pada waktu tengah malam disebabkan oleh kelaparan atau ketidakselesaan yang berpunca daripada lampin. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada bangun tidur dan menyusukan bayi anda.

Jangan pernah menganggap setiap kelahiran baharu itu sebagai beban kepada anda. Sekiranya tidak diuji dengan kelahiran baharu, bagaimana anda boleh mengetahui tahap kemahiran anda dalam pengurusan anak dan rumah tangga? Oleh itu, anggaplah kelahiran baharu ini sebagai satu landasan untuk anda mengasah kemahiran anda untuk menjadi lebih cekap, fokus dan efektif dalam melakukan sesuatu perkara.
The post Sebelum Pertimbang Nak Tambah Anak, Fikir Dulu 5 Perkara Penting Ini Ya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sebelum-pertimbang-nak-tambah-anak-fikir-dulu-5-perkara-penting-ini-ya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Nak Makan Tu Perkara Biasa Tapi Ini Tip Doktor Sarankan Ibu Buat Jemput Selera Anak

Anak Tak Nak Makan Tu Perkara Biasa Tapi Ini Tip Doktor Sarankan Ibu Buat Jemput Selera Anak

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 361 hits
Anak anak memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk membesar dengan baik namun ada antara anak anak yang menolak untuk makan Kalau diikutkan itu memang perkara normal yang sering berlaku tapi sebagai ibu bapa pastinya perasaan risau akan ter...
Kalau Nak Kelentong Pun Fikir Dulu Kata Khalid Samad Kepada Zuraida

Kalau Nak Kelentong Pun Fikir Dulu Kata Khalid Samad Kepada Zuraida

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 289 hits
Pilihan raya kerajaan tempatan Khalid dakwa Zuraidah merapu di Parlimen Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamarudin didakwa merapu di Dewan Rakyat apabila mendakwa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyokong cadan...
Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

Nak Anak Berjaya Di Masa Hadapan Ibu Bapa Pastikan Persiapkan Perkara Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 399 hits
Semua ibu bapa mahu anak mereka bijak dan berjaya di masa hadapan Namun anak yang bijak tak datang dengan sendirinya Banyak usaha yang perlu kita sebagai ibu bapa lakukan untuk memastikan anak berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah di ...
Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu

Nak Latih Baby Duduk Boleh Tapi Ambil Tahu 19 Perkara Penting Ini Dahulu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 436 hits
Pada usia berapa bayi mula duduk Boleh ke kalau ada parents yang melatih bayi duduk atau ia 1 tindakan tidak wajar Bergelar ibu bapa pastinya anda berasa bangga apabila melihat si manja mencapai tahap perkembangan yang baik Antara salah sat...
Nak Anak Petah Cakap Paling Penting Mak Ayah Kena Libatkan Diri Baru Lebih Berkesan

Nak Anak Petah Cakap Paling Penting Mak Ayah Kena Libatkan Diri Baru Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 403 hits
Seronoknya mama papa bila dengar perkataan pertama si kecil tersayang Ada yang siap rekodkan video bila anak sebuat perkataan pertama dan ada juga tulis dalam jurnal untuk dijadikan sebagai kenangan bila mereka besar nanti Kemahiran anak un...
Pancake Cereal Comel Versi Baby Senang Nak Buat Anak Pun Teruja Nak Makan

Pancake Cereal Comel Versi Baby Senang Nak Buat Anak Pun Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 396 hits
Bila anak dah mula pandai makan mama memang teruja nak cuba macam macam jenis resipi Ya lah selain seronok tengok anak makan berselera boleh juga mama bereksperimen dengan resipi baru yang inovatif Yang penting bukan sahaja bentuknya memika...
10 Persediaan Ibubapa Dan Anak Sebelum Kembali Ke Sekolah Pasca Pkp

10 Persediaan Ibubapa Dan Anak Sebelum Kembali Ke Sekolah Pasca Pkp

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 744 hits
Sekolah kembali dibuka setelah berbulan lamanya ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Berakhirnya satu penantian terutama buat ibubapa yang mempunyai anak anak yang masih bersekolah Dan mungkin sebilangan anak anak yang sud...
Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya Nak Elak Jadi Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni

Anak Boleh Jadi Pendendam Kalau Tak Kena Gaya Nak Elak Jadi Mak Ayah Kena Tahu Benda Ni

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 336 hits
Mendidik anak anak sehingga mereka membesar dan menjadi dewasa satu proses yang bukan mudah sedikit sebanyak ibu bapa juga memerlukan ilmu supaya dapat menjadi panduan Ilmu ilmu keibu bapaan ini boleh didapati secara semulajadi iaitu melalu...
Nak Otak Anak Makin Bijak Hebat Cuba 5 Cara Doktor Sarankan Ni Memang Membantu

Nak Otak Anak Makin Bijak Hebat Cuba 5 Cara Doktor Sarankan Ni Memang Membantu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 419 hits
Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya jadi nak didik anak anak memang perlu dari kecil lagi Kalau ibu ayah nak anak anak membesar menjadi anak yang bijak dan hebat jadi dari kecil kena terapkan amalan atau rutin yang boleh membua...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel