Anak Suka Basuh Tangan Lama Lama Petanda Awal Ocd


Kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) sering disalahertikan dengan perfectionist (mereka yang mementingkan kesempurnaan). Ini turut berlaku pada kanak kanak. Walaupun kedua-duanya kelihatan hampir sama, OCD ialah masalah kesihatan mental yang boleh mempengaruhi kualiti hidup individu.

OCD adalah tingkah laku yang lebih ekstrem daripada mereka yang mementingkan kesempurnaan. Apabila berbicara mengenai OCD, ia terbahagi kepada 2 elemen utama.
Elemen obsesif dalam penghidap OCD
Ia merupakan satu bentuk impuls, gerak hati atau dorongan yang bermain berulang kali di fikiran penghidap OCD. Mereka yang mempunyai corak pemikiran sedemikian kebiasaannya cuba untuk tidak mengendahkannya.
Namun begitu, tingkah laku tersebut seringkali gagal memandangkan mereka takut apa yang bermain di fikiran mereka benar atau boleh berlaku. Masalah ini boleh menyebabkan penghidap OCD mengalami keresahan dan kemurungan sekiranya mereka tidak buat apa-apa.
Elemen kompulsif dalam penghidap OCD
Kompulsif adalah satu bentuk tindakan berulang-ulang yang dilakukan oleh penghidap OCD kesan daripada elemen obsesif yang dialami. Sebagai contoh, jika penghidap khuatir tangan mereka dipenuhi bakteria (elemen obsesif), tindakan yang akan diambil adalah dengan membasuh tangan berkali-kali (elemen kompulsif).
Penghidap OCD percaya bahawa tindakan kompulsif boleh menghindarkan sesuatu yang buruk daripada berlaku. Ia juga dapat mengawal rasa resah gelisah serta menghindarkan mereka daripada stres berkaitan dengan faktor obsesif mereka.
Adakah kecelaruan obsesif kompulsif boleh dialami oleh kanak-kanak?
Sudah tentunya setiap ibu bapa risau akan perkembangan kesihatan mental anak yang sedang membesar. Sekiranya anak mempunyai masalah OCD, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka dari pelbagai aspek.
Sebagai contoh, penghidap OCD yang takut akan bakteria dan perlu membersihkan diri berkali-kali boleh lewat untuk hadir ke kelas. Proses pembelajaran mereka turut terganggu sekiranya perlu melakukan ritual rutin bagi mengawal tahap obsesi mereka terhadap bakteria.

Malahan, masalah ini tidak eksklusif kepada orang dewasa sahaja. Kanak-kanak dan remaja turut berisiko didiagnosis dengan masalah OCD dan mengalami tahap kualiti hidup yang rendah.
Apa yang lebih parah adalah sukar untuk kita buat penilaian objektif jika kanak-kanak tersebut terlalu muda untuk mengenal faktor obsesi mereka.
Keadaan ini boleh menyebabkan wujudnya salah faham di antara ibu bapa dan anak yang bergelut untuk tidak terpengaruh dan keadaan kesihatan mental yang mereka hadapi.
Rutin, ritual dan perbuatan berulang kali yang dilakukan oleh anak
Ibu bapa lebih arif berkaitan dengan perubahan yang berlaku pada anak mereka sendiri. Salah satu daripada gejala lazim bagi kanak-kanak yang menghidap OCD adalah perbuatan berulang kali yang menjadi rutin bagi mereka.
Mereka seringkali berasa tertekan sekiranya rutin tersebut tidak dibuat pada satu masa. Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang suka untuk memeriksa setiap barangan elektrik di dalam rumah sebelum mereka tidur.
Mereka perlu memastikan setiap daripadanya sudah ditutup. Apa jadi sekiranya mereka terlepas 1 atau 2 barangan elektrik? Mereka akan mengulang semula rutin tersebut sebelum tidur.
Ada juga anak yang mungkin tidak suka menyentuh benda kotor. Ia boleh disifatkan sebagai anak yang tidak mahu mengikat kasut sendiri, tidak suka menyentuh bahagian badan yang dianggap kotor seperti kemaluan walaupun ketika mandi dan sebagainya.
Mereka akan membasuh tangan berulang kali sekiranya perkara tersebut berlaku.
Marah sekiranya rutin mereka terganggu
Memang normal bagi kanak-kanak yang menyentuh benda kotor untuk membasuh tangan mereka selepas itu. Namun, jika perkara tersebut berlaku berulang kali dan mereka membasuh tangan lebih lama daripada yang biasa, ia boleh menjadi petanda awal OCD.
Lagi petanda OCD ialah mereka akan rasa marah, sedih dan tertekan jika rutin yang selalu dibuat tidak terlaksana. Ini bukan satu petanda tingkah laku normal.
Elemen obsesif yang tidak terkawal menyebabkan masalah tingkah laku. Sukar untuk kita ketahui apakah elemen obsesif yang bermain di fikiran anak-anak. Oleh sebab itulah komunikasi di antara ibu bapa dan anak penting bagi membantu mereka mengenal pasti faktor obsesi yang dialami.
Kanak-kanak yang menghidap OCD kebiasaannya malu dengan tindak kompulsif mereka sendiri. Ibu bapa perlu tahu bagaimana cara untuk mendorong si anak meluahkan isi hati mereka sendiri.
Jika ia tidak diuruskan dengan baik, perkara ini boleh menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Mereka mudah mengamuk dan lebih suka mengasingkan diri memandangkan tiada siapa yang faham masalah mereka.

 
Mak ayah, ambil perhatian
Kunci kepada diagnosis dan rawatan oleh doktor bergantung kepada ibu bapa. Anda perlu ambil tahu setiap perkara yang berlaku dalam hidup anak anda. Sekiranya mereka mempunyai satu bentuk obsesi atau ketakutan, anda perlu tahu cara untuk menggalakkan komunikasi dengan anak. OCD bukanlah satu masalah kesihatan yang boleh diambil mudah memandangkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi mental yang lebih serius.
Kredit: Hello Doktor

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Anak Suka Basuh Tangan Lama-Lama, Petanda Awal OCD? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-suka-basuh-tangan-lama-lama-petanda-awal-ocd/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Leka Bermain Lumpur Terlalu Lama Enam Anak Gajah Terpaksa Diselamat

Leka Bermain Lumpur Terlalu Lama Enam Anak Gajah Terpaksa Diselamat

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 114 hits
RENJER RENJER taman negara Thap Lan bekerjasama untuk mengeluarkan enam anak gajah yang terperangkap di dalam kolam lumpur Facebook Berita orang Ton Prakan BANGKOK Gelagat enam ekor anak gajah yang leka bermain kolam lumpur di sebuah taman ...
Tak Suka Unfollow Saya Tak Perlukan Ustaz Dan Ustazah Jadian Fiza Halim Beng4ng Anak Anaknya Dihent4m Tak Pakai Tudung

Tak Suka Unfollow Saya Tak Perlukan Ustaz Dan Ustazah Jadian Fiza Halim Beng4ng Anak Anaknya Dihent4m Tak Pakai Tudung

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 144 hits
Fiza Halim bengang perkongsiannya bertemu dengan anak selepas berbulan tak jumpa dicemari dengan komen negatif netizen Kata Fiza dia tak perlukan khidmat ustaz dan ustazah jadian Ini berpunca daripada komen netizen yang tak puas hati meliha...
Sadis Pria Di Bogor Tega Sekap Anak Tiri Tangan Dan Kaki Diikat

Sadis Pria Di Bogor Tega Sekap Anak Tiri Tangan Dan Kaki Diikat

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 202 hits
Anggota langsung ke TKP dan mengamankan pelaku yaitu ayah tiri dari korban Kaki dan tangan diikat tali plastik kata AKP Dwi saat dikonfirmasi Selasa
Cara Basuh Botol Yang Salah Punca Anak Cirit Birit Muntah

Cara Basuh Botol Yang Salah Punca Anak Cirit Birit Muntah

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 148 hits
Walaupun telah dicuci bersih dengan menggunakan sabun namun botol susu bayi masih lagi tidak bersih sepenuhnya jika tidak disteril Bagaimanakah cara mensterilkan botol susu bayi yang betul Kepentingan mengetahui cara mensterilkan botol susu...
Banyak Try Error Apa Anak Suka Makan Dua Anak Lain Citarasa Belle Al Yahya Kongsi Cerita

Banyak Try Error Apa Anak Suka Makan Dua Anak Lain Citarasa Belle Al Yahya Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 170 hits
Pengalaman menyediakan masakan buat anak anak adalah satu cabaran namun cukup menyeronokkan bagi semua ibu Namun bagi usahawan dan selebriti media sosial Belle Al Yahya dia lebih senang memasak sendiri buat kedua anaknya Malah katanya ragam...
Parents Relax Melenggang Anak Suka Hati Lintas Jalan Netizen Geram Tengok Reaksi Mak Ayah Steady

Parents Relax Melenggang Anak Suka Hati Lintas Jalan Netizen Geram Tengok Reaksi Mak Ayah Steady

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 166 hits
Tular satu video menunjukkan seorang kana kanak lelaki yang hampir dilanggar gara gara melintas jalan secara melulu
Bapa Anak 3 Kongsi Tip Ajar Si Kecil Makan Sayur Mula Tolak Lama Lama Makan

Bapa Anak 3 Kongsi Tip Ajar Si Kecil Makan Sayur Mula Tolak Lama Lama Makan

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 190 hits
Jika anak makan sayur sejak dari kecil tanpa perlu dipaksa percayalah anda adalah ibu bapa yang bertuah Hakikatnya ia jarang terjadi Sebaliknya kebanyakan ibu bapa sentiasa mencari cara mengatasi anak susah makan sayur Sekiranya anda tergol...
Anak Suka Makan Carrot Bukan Hanya Bagus Untuk Mata Tapi Ini Kelebihanya

Anak Suka Makan Carrot Bukan Hanya Bagus Untuk Mata Tapi Ini Kelebihanya

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 156 hits
Lobak merah dan mata adalah 2 perkara yang selalu dikaitkan bersama Malahan ia menjadi kepercayaan kebanyakan mommies di luar sana Tetapi betul ke makan lobak baik untuk penglihatan Propaganda lobak merah Lobak lazimnya dikatakan sebagai 1 ...
Ayu Raudhah Suka Anak Ramai Meriah Katanya Zaquan Adha Saya Pula Suka Nombor 8

Ayu Raudhah Suka Anak Ramai Meriah Katanya Zaquan Adha Saya Pula Suka Nombor 8

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 129 hits
Pelakon Ayu Raudhah selesa untuk meletakkan prioriti kepada keluarganya berbanding karier seni ketika ini Jelas Ayu punyai keluarga yang semakin membesar ketika ini merupakan kebahagiaan yang tak terbandingkan Semua kata nak anak satu pasuk...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint