Anak Suka Makan Carrot Bukan Hanya Bagus Untuk Mata Tapi Ini Kelebihanya


Lobak merah dan mata, adalah 2 perkara yang selalu dikaitkan bersama. Malahan ia menjadi kepercayaan kebanyakan mommies di luar sana. Tetapi betul ke makan lobak baik untuk penglihatan?

Propaganda lobak merah
Lobak lazimnya dikatakan sebagai 1 ubat ajaib yang dapat menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan pada waktu malam. Mungkin ada di antara kita yang mempersoalkan mengenai perkara ini, adakah ia benar atau sekadar auta semata-mata, bukan?
Lobak dan manfaatnya kepada mata telah menjadi kepercayaan kebanyakan individu di dunia ini dalam meningkatkan kesihatan mata. Walaupun ada kebenaran mengenainya, namun asal usul tersebarnya berita ini bermula daripada mitos.
Semasa Perang Dunia II, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja British berjaya menggunakan radar, satu teknologi baru ketika itu untuk menyasar dan menembak jatuh pesawat musuh.
Mitos mengenai kehebatan lobak ini disebarkan bagi menutup rahsia teknologi baru tersebut yang mempunyai keupayaan memberikan ketepatan visual kepada juruterbang daripada pengetahuan musuh, iaitu pihak Nazi Jerman.
Bermula daripada itulah, propaganda mengenai kehebatan lobak merah atau carrot yang kononnya dapat meningkatkan penglihatan pada waktu malam tersebar dan dipercayai sehingga ke hari ini.
Hubungan lobak merah dan penglihatan
Carrot merupakan antara sayuran yang popular dan menjadi kegemaran kebanyakan individu. Sayuran rangup dengan nama saintifik Daucus carota ini kaya dengan pelbagai khasiat seperti:
Karbohidrat Protein Serat Vitamin A, C, K Kalsium Zat besi Magnesium Fosforus Kalium Zink Folat Selain itu lobak juga kaya dengan lutein, iaitu antioksidan penting dalam membantu memperbaiki tahap kesihatan individu. Makanan tinggi kandungan lutein akan meningkatkan ketumpatan pigmen dalam makula.
Apabila ketumpatan pigmen meningkat, ia akan dapat membantu melindungi retina. Keadaan ini sekali gus akan mengurangkan risiko kemerosotan penglihatan.
Beta-karotena yang terdapat dalam lobak merah juga bermanfaat dalam membantu fungsi penglihatan. Selepas dimakan, mineral ini akan bertukar bentuk kepada vitamin A yang dikenali sebagai retinol dan boleh dicerna badan.
Kekurangan beta-karotena atau turut dikenali sebagai karotenoid yang penting untuk penghasilan vitamin A dalam badan akan meningkatkan risiko berlakunya masalah penglihatan apabila dalam keadaan kurang pencahayaan.
Mitos lain berkaitan mata
Selain daripada carrot, terdapat juga 3 mitos lain berkaitan mata yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Jom kita bongkar!
Tengok televisyen pada jarak dekat
Selalunya kita akan melarang anak-anak daripada menonton televisyen (TV) pada jarak yang terlalu dekat kerana mempercayai ia akan merosakkan penglihatan, betul?
Tetapi hakikatnya, duduk pada jarak yang dekat ketika menonton TV hanya akan menyebabkan anda berasa sakit kepala tetapi TIDAK akan menjejaskan penglihatan anda.
Sinaran biru yang ada pada televisyen membahayakan mata jika terdedah secara berlebihan. Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan pada retina, sekali gus menyebabkan kerosakan serius pada mata.
Membaca dalam keadaan gelap
Sebenarnya, situasi ini sama seperti menonton TV pada jarak dekat. Ia boleh mengakibatkan anda mendapat sakit kepala atau mata menjadi penat. Namun ia TIDAK sampai menyebabkan tahap penglihatan anda merosot.
Kebergantungan kepada cermin mata atau kanta lekap
Jika anda adalah individu yang memakai cermin mata, mesti pernah mendengar bahawa pemakaian cermin mata hanya akan membuatkan penglihatan anda menjadi lebih teruk. Tetapi betul ke?
Ia TIDAK BENAR sama sekali. Keupayaan penglihatan mata anda tidak akan merosot kerana penggunaan cermin mata atau pemakaian kanta lekap. Preskripsi tahap mata anda mungkin akan berubah tetapi ia bukan disebabkan cermin mata atau kanta lekap.
Sebaliknya peningkatan itu berlaku seiring dengan peningkatan usia atau didasari oleh sebarang masalah berkaitan kesihatan.
Sayangilah mata
Jadi mitos mengenai lobak merah adalah SAHIH. Ia sememangnya baik untuk memperbaiki tahap penglihatan, cuma kerap makan lobak tidaklah sampai membuatkan anda memiliki mata yang berkuasa pada waktu malam.
Apapun, mata merupakan satu deria yang penting bagi setiap individu. Amat penting untuk anda memberikan penjagaan yang terbaik pada mata. Jika menyedari sebarang masalah berkaitan mata, lakukan pemeriksaan dengan segera, jangan melengah-lengahkan masa, okay?

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Anak Suka Makan ‘Carrot’? Bukan Hanya Bagus Untuk Mata, Tapi Ini Kelebihanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-suka-makan-carrot-bukan-hanya-bagus-untuk-mata-tapi-ini-kelebihanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Try Error Apa Anak Suka Makan Dua Anak Lain Citarasa Belle Al Yahya Kongsi Cerita

Banyak Try Error Apa Anak Suka Makan Dua Anak Lain Citarasa Belle Al Yahya Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 185 hits
Pengalaman menyediakan masakan buat anak anak adalah satu cabaran namun cukup menyeronokkan bagi semua ibu Namun bagi usahawan dan selebriti media sosial Belle Al Yahya dia lebih senang memasak sendiri buat kedua anaknya Malah katanya ragam...
Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Tapi Perlu Tanam Rasa Malu

Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Tapi Perlu Tanam Rasa Malu

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 206 hits
Sebagai persediaan awal elok jika kedatangan Ramadan ini dimaklumkan seiring dengan beberapa perkongsian ringkas supaya anak mendapat motivasi untuk turut serta mengejar ganjaran pahala di bulan penuh keberkatan Kongsi kebaikan berpuasa Apa...
Anak Susah Makan Boleh Guna Produk Ini Untuk Naikkan Selera

Anak Susah Makan Boleh Guna Produk Ini Untuk Naikkan Selera

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 444 hits
Patut lah hari tu doctor ada kata anak anak ni kalau susah nak makan tak apa janji minum susu sebab khasiat susu ni dah cukup sgt utk anak anak Ni nak ada cerita sikit Hi mommies Ini sharing sy tentang susu Fernleaf utk anak sy yg picky eat...
Hiburan Guru Minta Pelajar Non Muslim Makan Sorok Sorok Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

Hiburan Guru Minta Pelajar Non Muslim Makan Sorok Sorok Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 270 hits
Sempena bulan Ramadan kebanyakkan sekolah akan membuat satu polisi dimana kantin sekolah akan ditutup bagi memastikan setiap murid beragama Islam berpuasa dan untuk murid bukan Islam pula mereka digalakkan untuk membawa bekalan dari rumah t...
Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema Asma Makan Ni Mak Ayah Kena Tahu

Tak Semua Buah Selamat Untuk Anak Ekzema Asma Makan Ni Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 193 hits
Buah sememangnya perlu diambil dalam pemakanan seimbang anak kecil kita Pun begitu bagi kanak kanak yang mengalami alahan lebih lebih lagi bagi yang mengalami asma dan ekzema ada beberapa buah yang perlu dielakkan Namun semuanya bergantung ...
Netizen Puji Cara Dr Sheikh Muszaphar Pujuk Isteri Untuk Tambah Anak Tapi

Netizen Puji Cara Dr Sheikh Muszaphar Pujuk Isteri Untuk Tambah Anak Tapi

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 214 hits
Baru baru ini personaliti media sosial Dr Sheikh Muszaphar memuat naik satu perkongsian yang sangat manis di Instagram Menerusi kapsyen yang ditulis pada sekeping gambarnya bersama keluarga Muszaphar berkata dia begitu menyukai keluarga yan...
5 Perkara Ni Bantu Anak Tak Cerewet Makan Membesar Dengan Sihat Cerdas

5 Perkara Ni Bantu Anak Tak Cerewet Makan Membesar Dengan Sihat Cerdas

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 212 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Hiburan Hanya Jaga Pada Hujung Minggu Netizen Terkejut Ada Parents Hantar Anak Pada Pengasuh Seminggu Terus

Hiburan Hanya Jaga Pada Hujung Minggu Netizen Terkejut Ada Parents Hantar Anak Pada Pengasuh Seminggu Terus

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 182 hits
Bergelar ibu bapa di zaman serba mencabar ini pastinya pasangan suami isteri ingin memberikan yang terbaik buat anak anak tidak kiralah dari segi keperluan dan juga masa bersama permata hati masing masing Namun satu perkongsian di nampaknya...
Isteri Boleh Cari Lain Tapi Buaya Ini Hanya Satu Dalam Sejuta Lelaki Ini Rela Ditinggal Isteri Demi Bersama Buaya

Isteri Boleh Cari Lain Tapi Buaya Ini Hanya Satu Dalam Sejuta Lelaki Ini Rela Ditinggal Isteri Demi Bersama Buaya

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 214 hits
April 4 2022 Anda mungkin pernah mendengar mengenai manusia yang berkawan baik dengan buaya namun kisah lelaki yang dikenali sebagai Gilberto Chito Shedden dengan seekor buaya ini mungkin adalah yang terbaik sekali kami pernah dengar Pada t...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kenaikan Gaji Minimum Rm1 700

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah